bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Feb 2011

Ijtihaj Gadafi Vs Ijtihaj Yusuf Qardhawi - Umat Islam di Ambang Perpecahan Serius!!!


Zaman di mana umat Islam terpecah kepada tiga golongan seperti di zamam pemerintahan Saidina Ali r.a. dan Saidina Muawiyyah r.a. di mana umat Islam mempunyai dua khalifah yang asyik berperang di antara satu sama lain sehingga wujud puak ketiga iaitu golongan Khawarij seakan-akan berulang....


Dalam krisis di Libya, Gaddafi mendakwa beliau akan syahid kerana beliau mempertahankan negara daripada pemberontakkan yang dipengaruhi oleh anasir "luar" yang mahu menguasai Libya. Sememangnya hukuman untuk pemberontak di dalam Islam adalah hukuman bunuh. Jestru alasan ini digunakan oleh  Gaddafi dan penyokong-penyokong untuk menembak mati para petunjuk perasaan.

Ulamak besar Dr. Yusuf Qardhawi pula telah menghalalkan nyawa Gaddafi gara-gara tindakan kerajaan pimpinan Gaddafi yang diberitakan telah menembak mati para penunjuk perasaan.

Penulis ada terdengar satu berita yang menyebut tentera udara Libya melancarkan serangan roket terhadap petunjuk-petunjuk perasaan juga penembak-penembak hendap (sniper) yang menembak mereka, sejauh mana kebenaran berita tersebut dan siapa yang mengarahkannya tidak pula penulis dapat pastikan. Ada pula berita yang mengatakan jumlah korban sehingga semalam dianggarkan seramai 300 orang dan daripada jumlah itu 111 adalah anggota tentera.

Apa akan jadi pada nasib umat Islam selepas ini??? Terutama apabila semua orang boleh mengeluarkan fatwa dan melancarkan perang jihad ke atas satu sama lain....

Akan munculkah pula puak Khawarij di kalangan kita nanti??? Waliyazubillah.... Semoga kita dilindungi Allah s.w.t.

Jika benar tentera Gadaffi menembak mati rakyatnya mengapa pula jumlah korban di kalangan anggota tentera juga tinggi? Adakah tentera-tentera ini juga memberontak sama? Atau benarkah memang ada anasir "luar" yang terlibat dan mahu menjatuhkan Gaddafi?

Jika ya ? Siapakah mereka? Siapa yang beruntung jika negara-negara Islam huru-hara seperti Iraq dan Afghanistan? Siapa yang akan mentadbir semua hasil sumber alam mereka???

1 comment:

  1. Lebih menarik lagi mengapa pula tiba tiba negara negara arab sahaja yang bergolah berdemonstrasi dan berusuhan atas alasan yang sama. Benarkah segala pertuduhan itu. Apakah keadaan lain lain negara sesungguhnya adalah lebih parah. Namun mengapa merebak di bumi Arab sahaja.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3