bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Feb 2011

Pemuda DAP Pula Templak Pemuda Pas???


KUALA LUMPUR, 10 Feb – Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih, Isnin ini.

Ketuanya Anthony Loke (gambar) menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.

“Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP.

“Ketika mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Nasrudin tidak pernah membangkitkan isu ini dan ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat terutamanya negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Komen Isac;

Jelas sekali menunjukkan Pas sememangnya tiada suara dalam Pakatan... Bahkan boleh dikatakan pemimpin-pemimpin Melayu dalam pakatan sememangnya tiada taring...

Lihat sahaja bagaimana YB Zul dan Dato' Dr Hassan Ali ditekan... Terbaru Nasruddin Tantawi juga terpaksa menelan semula cadangan yang beliau kemukakan untuk memberi muka kepada DAP!!!

Kedudukan DAP di dalam pakatan sememangnya kukuh dan sukar digugat...Lebih-lebih lagi bila ada pemimpin-pemimpin Pas sendiri seperti Khalid Samad dan Mafuz yang mudah ditunggangi oleh mereka dan ketua pembangkang DSAI pula dilihat sering memenangkan mereka....


6 comments:

  1. macam ni lah...pada aku pemuda DAP ni cebisan taik gigi....kita boleh buat tak ada jer...diorang ni kira batu api jer...

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan...harap dapat sangkutkan blog saya dalam blog list tuan sekali

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Boleh jamin, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi akan tunduk dekat DAP. Maklumlah sama-sama ahli Syurga...

    ReplyDelete
  4. Baru kentut dia aja.Pas dah gelabah.
    Bayangkan kalau Karpal Singh batuk...
    Serban Nik Aziz sah tertanggal...
    ekkkk

    ReplyDelete
  5. golongan tak penting dan tak dominan memang la kena buli..
    ini lah yg harus rakyat tengok mengapa perlu mempercayai UMNO!

    ReplyDelete
  6. Itu belum berkuasa memerintah negara bro...tengoklah apa jadi jika dah perintah negara.....POOR PAS!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3