2011/02/17WASHINGTON: Letusan besar suria yang menyebabkan ribut geomagnetik sudah mengganggu komunikasi radio dan mampu mengganggu grid kuasa dan komunikasi radio serta satelit untuk beberapa hari akan datang, menurut NASA.
Gelombang kuat partikel plasma tercaj yang terpancar dari tompok matahari sebesar planet Jupiter itu, iaitu yang terkuat dalam tempoh empat tahun, sudah mengganggu komunikasi radio di selatan China.
Pancaran kelas X itu, iaitu yang terbesar dalam kategorinya, meletus pada 9.56 pagi kelmarin. “Ia adalah insiden suria yang paling kuat dan mampu menyebabkan gangguan radio serta ribut radiasi berpanjangan dan mengganggu telekomunikasi serta grid kuasa," menurut NASA.
Ribut geomagnetik biasanya berlarutan 24 hingga 48 jam tetapi ada antaranya mampu bertahan sehingga beberapa hari.
Sistem navigasi seperti GPS juga akan teruk terjejas. - AFP
Komen Isac;
Mudah-mudahan ribut solar ini tidak mengganggu kita semua.
Jangan pulak nanti ada pihak yang mendakwa "doa" mereka untuk memudaratkan pihak lawan telah dimakbulkan Allah, sudah lah....
tuan hakim, disebabkan gelombang plasma bla bla dari letupan suria terbesar bla bla...kami minta tangguh hingga keadaan betul2 pulih. kami tak mau black out lagi masa perbicaraan...
ReplyDelete