bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Feb 2011

Esok Perbicaraan Liwat II Bersambung!!! Apa Pula Muslihat Anwar Kali Ini???


Dakwaan PERKASA Anwar rancang nak lari...ini komen PM
Oleh: OLEH ROSLAN BIAN




"Saya tak tahu apa-apa" - itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan PERKASA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang hadapi perbicaraan kes liwat nak lari ke luar negara dan cetuskan huru hara dalam negara dari sana.  

Beliau menjawab soalan berkenaan semasa sidang akhbar awal petang Sabtu ketika waktu rehat semasa adakan pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian di PWTC ,Kuala Lumpur.Katanya sebelum ini pun sudah ada banyak laporan polis dan ada yang tidak ada apa-apa tindakan dan ada yang diambil tindakan.

Najib serah pihak polis siasat laporan polis yang dibuat oleh PERKASA itu.Ditanya mengenai pergolakan di Mesir beliau yakin rakyat tidak terikut-ikut kerana keadaan di Mesir dan Malaysia berbeza.Menurutnya semasa pergolakan di Mesir BN mampu menang besar di pilihanraya kecil Tenang.



Komen Isac;

Sesungguhnya DSAI memang seorang ahli politik yang licik dan penuh dengan tipu-muslihat... Selain hebat berpidato beliau adalah seorang yang bijak bermain sentimen dan mengalih pandangan masyarakat daripada sesuatu isu sebenar.

Sejarah penglibatannya sebagai peimpin mahasiswa di zaman remajanya dan perjalanan lebih 40 tahun sebagai ahli politik menceritakan segala-galanya.

Pada hari esok perbicaraan Liwat II akan disambung semula , samada ianya akan berjaya dilengahkan lagi atau tidak, sama-samalah kita saksikan esok.

Kawalan pihak polis juga wajar diperketatkan kerana dakwaan Perkasa mungkin ada benarnya....




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3