bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Apr 2010

YB Zul Pernah Cakap, DSAI Berkongsi Setiap "Strategi Busuknya" Dengan Kumpulan Yang Berbeza...





Kenyataan Nalla tidak masuk akal http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7537479.asp
SHAH ALAM – Kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut kemerdekaan Sarawak sekiranya menang pada pilihan raya negeri sebagai mengarut dan tidak memahami sejarah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan yang dibuat Nallakarupan dalam sebuah akhbar semalam amat tidak masuk akal kerana PKR selama ini tidak pernah memikirkan rancangan yang melampaui batas seperti itu.

“Saya anggap kenyataan Nallakarupan sebagai ‘tidak betul’, tidak mungkin Anwar pernah berfikir mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

“Saya juga tidak hairan Nallakarupan berkata sedemikian kerana beliau boleh bercakap apa sahaja walaupun perkara tersebut amat mengarut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Nallakarupan dipetik sebuah akhbar semalam berkata, Anwar berkemungkinan merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pada pilihan raya negeri pada bila-bila masa sekarang.

Nallakarupan turut mendakwa Anwar akan ‘berhijrah’ ke Sarawak untuk membuat persiapan dan memantapkan jentera pilihan raya parti di sana.


Komen Isac;


Jika pendedahan YB Zul benar, apa yang nak dihairankan....Mungkin ada banyak lagi perkara yang tidak "diberitahu" oleh DSAI kepada Saifuddin.....Termasuklah perkara "tut...tut..."

1 comment:

  1. Nak bagitahu pun tak guna. Saifuddin tak cerdik. Anwar pun pilih orang juga maa..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3