Apr 28, 10 6:32pm
http://www.malaysiakini.com/news/130463
Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.
Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.
Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.
Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Komen Isac;
Tahniah buat Ezam. Beliau sememangnya seorang pemimpin yang berbakat, sayangnya, dahulu beliau terlalu taat kepada DSAI, sehingga sanggup dipenjarakan gara-gara enam "kotak kosong". Walau bagaimanapun semoga penghargaan sebegini tidak akan menyebabkan "orang-orang lama" dalam Umno/BN berasa irihati.
Setiap individu dalam parti ada tanggung-jawab dan peranan yang perlu dimainkan. Penghargaan boleh datang dalam pelbagai bentuk dan sebagai "pejuang", apa yang penting matlamat perjuangan kita tercapai. Buangkan sifat dengki dan irihati jauh-jauh, insyaallah perjuangan kita diberkati dan kita selamat dunia akhirat.
Bilalah agaknya bloggers pro BN mempunyai seorang wakil dalam Dewan Negara ya?
Lantikan Ezam dilihat sebagai penghargaan kepadanya yang telah mempamerkan kesungguhan menghalang Nuar Brahim dari terus mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan tanahair.
ReplyDeleteSeluruh ahli UMNO dan penyokong harus melihat lantikan ini sebagai kesungguhan di pihak kepimpinan untuk mengukuhkan lagi saf perjuangan bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka lebih mencabar.
Semua yang dilantik sebagai senator diharap memainkan peranan dengan ikhlas dan berkesan.
Aku lebih memandang perlantikan ini sebagai senjata tambahan DSN untuk menyerang DSAI di parlimen. Walaupun dia bukan MP tetapi sekiranya dia berada di saf Timb Menteri ke, setiausaha kementerian ker maka dia akan hadir di parlimen. Biar kita tengok sejauh mana DSAI akan dipertahankan oleh PR.
ReplyDelete