KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kerajaan membelanjakan sejumlah RM715 juta setiap tahun bagi membantu golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata perbelanjaan itu disalurkan menerusi pelbagai bantuan termasuk penyediaan peluang dan latihan perniagaan.
"Kita ada lebih 350,000 dalam senarai bantuan rakyat kita yang kita bantu tiap-tiap bulan. Tapi saya percaya, mereka ini kalau diberi peluang mereka juga mahu bekerja atau berniaga," katanya semasa berucap melancarkan Karnival Usahanita 1Malaysia anjuran Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) di sini, Jumaat malam.
Shahrizat berkata kerajaan juga mesasarkan akhir tahun ini sebagai usaha membasmi kemiskinan tegar di kalangan kira-kira 44,000 isi rumah seluruh negara. "Di samping memberi bantuan kepada mereka, kerajaan akan mengenal pasti mana-mana anggota keluarga daripada isi rumah itu (yang jika) mereka mahu peluang perniagaan, latihan, kemahiran, kita akan buat rancangan untuk mereka," katanya.
Selain itu, beliau turut meminta badan-badan bukan kerajaan dan persatuan perniagaan untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam mewujudkan peluang dan bantuan perniagaan untuk golongan itu.
-- BERNAMA
Komen Isac;
Pakatan ni ibarat ayam, "bertelur sebiji, riuh sekampung". Sendiri yang "tiru" Yahudi dan menjadikan "mereka" sebagai "bapa angkat"/penyumbang dana terbesar mereka, tetapi sebaliknya menuduh BN yang kononnya bersekongkol dengan Zionis. Lihatlah siapa penyokong2 dan penyumbang dana kepada DSAI di England, Australia dan Amerika Syarikat. Bukankah mereka kebanyakkannya Yahudi ataupun Pro Yahudi? Betullah seperti kata pepatah, "Hanya Jauhari Sahaja Yang Mengenal Manikam".
salam isac..bukan setakat bertelur sebiji riuh sekampung..telur tu kira besar dah tu..rasa CCZ, berak tahi kapur pun riuh bukan ke main..
ReplyDeleteKalau nak BN ungkit CCZ rasa tak cukup mukasurat dalam Utusan malaysia dan Th Star tu..
tanyalah nelayan/pesawah sabsidi petrol/baja yang diberi kerajaan 2/3 kali setahun atau lebeh mengapa hampa tak rentang banner tanda kesukuran. Lu pikir lah sendiri.
ReplyDelete