bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Apr 2010

Kedegilan Pemimpin MIC "Ibarat Kaduk Naik Junjung" Ataupun "Belanda Dapat Tanah!!!"

Khairy: Penduduk Hulu S'gor mahu calon muda
Salhan K Ahmad
Apr 14, 10. 5:47pm

Pengerusi pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mengetahui golongan mana yang masih inginkan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai calon di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Beliau bagaimanapun mengakui wujudnya satu golongan dalam MIC di kawasan itu yang mengugut untuk memboikot pilihan raya tersebut sekiranya Palanivel tidak diletakkan sebagai calon.

BN dijadual mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini, namun hampir separuh daripada ketua-ketua cawangan MIC kawasan itu hari ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Palanivel. Ada yang membayangkan untuk memulaukan pilihan raya tersebut sekiranya cadangan untuk mencalonkan Palanivel itu ditolak oleh BN.

Menurut Khairy, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC dan bukannya Palanivel (bawah) seperti yang ditekan oleh golongan berkenaan. Katanya, keputusan daripada pemimpin BN mengenai penentuan calon parti itu perlulah dihormati. "Ugut-mengugut ini bukanlah satu perkara sihat," kata Khairy ketika ditemui Malaysiakini di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga mendakwa tidak mengetahui kononnya ada kumpulan yang masih menyokong Palanivel sebagai calon. "Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Yang saya boleh jawab,sebagai pengerusi pemuda BN, feedback yang saya terima, inginkan kepada calon muda". "Kemahuan mereka adalah untuk calon MIC dan perdana menteri telah jawab akan diberikan calon MIC. "Jadi saya tidak tahu apa masalahnya (lagi). Mungkin ini sebahagian atau keseluruhan daripada parti MIC saya tidak tahu tapi akhirnya kita kena lihat keputusan yang akan dibuat.

"Saya dah turun dah dapat banyak feedback dan nampak gayanya hendak kepada calon tempatan. Orang muda hendak kepada calon muda," katanya.



Komen Isac:

MIC perlu sedar apalah gunanya bertanding satu "kerusi" Parlimen jika dek "sombong bodoh" mereka kerusi itu menjadi milik orang lain.

MIC juga perlu "sedar diri", tanpa pengorbanan UMNO yang selama ini membenarkan pemimpin-pemimpin kanan MIC bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang merupakan kubu kuat UMNO, tak akan ada satu pun pemimpin MIC yang akan bergelar "wakil rakyaat".

Zaman telah berubah...Tanpa strategi yang ampuh bertanding di kubu kuatpun belum tentu akan menang. Selain itu calon juga perlu mencermin diri sendiri. Bak kata pepatah, "jika tidak berada-ada masakan Tempua bersarang rendah". Jika empat penggal, pengundi-pengundi memenangkan Datuk Palanivel, mengapa pula beliau kalah pada percubaan kali ke lima?

Adakah beliau selama ini telah mengabaikan pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor? Mengapa pengundi-pengundi berpaling tadah? Itu Datuk Palanivel kena fikir sendirilah...

Adakah wajar dek kesombongan MIC, BN "gadaikan" kerusi Hulu Selangor? Nasihat penulis, MIC janganlah umpama "kaduk naik junjung" ataupun "seperti Belanda dapat tanah". Setiap perjungan perlukan pengorbanan, Umno telah lama bekorban dengan memberikan kerusi "selamat" mereka kepada MIC, janganlah pula "junjung" yang meninggikan kaduk ditebang sesuka-hati....dan "tanah yang diberikan percuma" digadai ikut sedap rasa.

Daripada kerusi tergadai lebih baik sahaja Umno mengambil semula kerusi P94 - Hulu Selangor tu...Kepada Dato' Seri Samy dan kepinpinan tertinggi MIC, "Lu fikirlah sendiri!!!!".

11 comments:

  1. Isac, sepatutnya kaum India yg menjadai pengundi-pengundi di P94 sedar akan pengorbanan pengundi-pengundi Melayu, khususnya penyokong UMNO yg merelakan memberi kerusi kpd mereka demi setia kawan dlm BN....... buanglah prangai putar belit tu...

    ReplyDelete
  2. Tak payah main wayang le...konfirm MIC jadi calon. UMNO menimbulkan huru-hara. UMNO bangang dah tak sedia pada presiden. UMNO bangang kecoh kan keadaan.......Fening DS Najib.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana kalau pengundi Melayu dan ahli/penyokong UMNO yang bertindak memboikot PRK ini dengan alasan mereka juga mahukan calon Melayu. Ataupun BN pilih calon dari MCA...Apa kata MIC....

    ReplyDelete
  4. Budi,jasa dan pengorbanan orang melayu sudah mula dilupakan. Kontrak sosial sudah tidak releven untuk dihargai. Sibuk nk bertanding di kawasan melayu je. PRU 13 nanti beri dia bertanding di kawasan yg calon Umno kalah. Contohnya di Pantai,WP. Atau di Kelantan dimana kawasan melayu majoriti banyak. Biar padan muka Sami.

    ReplyDelete
  5. YG, Samy ni memang X tahu "diuntung" kalau x kerana bertanding kawasan Melayu X merasa dia jadi antara Menteri paling lama.

    Itu kira ikhsan orang2 Melayu tu...

    ReplyDelete
  6. -krisjawa lok3-14 April 2010 at 23:25

    Nampaknya tolak ansur dan pengorbanan UMNO tidak dihargai oleh pemimpin2 MIC. Sikap suka mendesak dan meminta yang bukan2 itu tak harus dilayan. Sementara waktu masih ada,lebih baik beri sahaja kepada UMNO sebagai calon MP HS....biar perasaan dengki dan iri hati memakan MIC sendiri.....

    ReplyDelete
  7. Jumayatara,

    Busuk betul "mulut" tuan.

    ReplyDelete
  8. Masalodeh,

    Nak letak orang India/MIC yang difikirkan boleh menangpun dikatanya "proksi" Umno inikan pulak nak letak orang MCA.

    Mungkin kita patut biarkan MIC keluar dari BN, biarlah kalau dia orang nak bergabung dengan Pakatan.

    Mungkin dalam PRU 13 nanti kerusi Umno bertambah...kerana orang India pun ramai yang "bencikan" MIC.

    ReplyDelete
  9. Tamingsari,

    Tuan, idea tuan tu memang sangat bernas. Dato' Seri Najib sepatutnya pertimbangkan dalam PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  10. -krisjawa lok3-,

    Betul kata tuan bagi kat Umno pun ok. Ataupun kalau calonkan pemuda MIC pun ok. Bukan kah Makkal Sakkti boleh menjadi ganti MIC? PPP pun ada.

    Tapi mengapa parti India suka sangat berpecah-belah?

    ReplyDelete
  11. Salam Isac..Najib pastinya tahu nak bertindak umpama mengajar MIC yang sebenarnya sudah tidak releven disebabkan kepimpinan Sammy Vellu berkuku besi.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3