Tindakan hina mahkamah ke atas Nazri
Christine Chan
Apr 12, 10
4:13pm
Keluarga Teoh Beng Hock mungkin memfailkan usul menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.
Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang juga peguam untuk keluarga Teoh berkata di lobi Parlimen hari ini bahawa tindakan itu mungkin diambil pada 20 April ini apabila inkues berkenaan bersambung.
Nazri melabelkan Dr Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia berhubung pembabitannya dengan inkues itu.
"Adakah Nazri mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannya itu? Jika tidak, bukankah kenyataannya itu bersifat menghina mahkamah?" soal Lip Eng (kiri).
Ahli parlimen DAP itu juga telah memfailkan notis mengikut Peraturan 18(2) bagi mendebatkan dakwaan Pornthip di Dewan Rakyat sebagai sesuatu yang mempunyai kepentingan umum.
“Rakyat berhak mengetahui jika ada kebenaran dalam dakwaan itu. Mengapa dia dihalang daripada memasuki Kelantan awal tahun ini? Ancaman yang macam mana negara ini akan terdedah jika dia dibenarkan masuk? Adakah dia seorang pengganas atau perisik asing?” soalnya.
Seorang lagi peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo (kanan) berkata Nazri seharusnya menjelaskan mengapa dia menudup Pornthip sebagai pembohong.
"Saya cabarnya supaya tampil jika dia mempunyai bukti bahawa Pornthip telah menipu dalam pengakuannya ketika inkues,” katanya sambil menuntut Nazri mengemukakan bukti di mahkamah nanti.
“Jika Nazri gagal membuktikan tuduhan itu, kita akan bertindak. Satu cara ialah mengenakan usul menghina mahkamah ke atas Nazri. Kita akan putuskan tidak lama lagi menjelang 20 April ini.”
Komen Isac:
"Orang Luar" boleh mencaci dan melempar apa sahaja tohmahan terhadap kerajaan....Kerajaan pula sebaliknya perlu membuktikan tuduhan/tohmahan tersebut tidak benar. Alasannya amat mudah, kerana "pembangkang" iri hati disebabkan gagal "merampas" tampuk pemerintahan negara pada 16 September...
Bukankah nilaian 80% dan 50% adalah jauh berbeza? Jika ini bukannya "penipuan" biarkanlah diri anda dibuai oleh fitnah-fitnah yang lebih dahsyat.....
Jestru itu apa sahaja perkara busuk yang boleh dikaitkan dengan Kerajaan, biar sahaja dan semarakkan lah lagi, demi cita-cita "merampas" negara ini.
Jika Malaysia ini begitu teruk sekali sehingga ramai "brain" nya yang meninggalkan negara ini untuk menjadi warga negara lain bukankah molek jika "pembangkang-pembangkang" ini sekali pergi meninggalkan negara ini?
Penulis sangat berharap agar Dr Pornthip hadir untuk memberikan kenyataan di mahkamah, semoga "kebenaran" bakal terserlah!!!!!
setuju sangat dengan komen sdr.
ReplyDeletemacam lah Malaysia ini tak ada pakar sangat dalam bidang tu.orang-orang macam ini cantik juga sekiranya mereka pindah tempat yang mereka suka.mungkin cerah lagi masa depan.
Saudara A. Ali,
ReplyDeleteTerimakasih kerana sudi singgah ke blog kawan. Itulah pasal, kalau "dia orang" ni pergi berhijrah ke negara lain, semakin aman lah negara ini.
Umpama, "melepaskan anjing tersepit".
Ini anjing jenis apa??? Anjing gila??? Kalau seekor anjing diberi makan dan perlindungan pasti dia akan membalas budi dengan kesetiaan hingga sanggup berkorban nyawa.
ReplyDeleteAlangkah bagusnya kalau anjing2 yang selalu menyalak tak tentu ketika dihalau keluar sahaja dari bumi tercinta ini.
Salam, betullah -krisjawa lok3.
ReplyDeleteTunggu....posting kawan pasal "anjing" yang tak mengenang budi....
Keris lok 3, pendek lah bro... :)
adakah ini tektik kes anwar diguna pakai? melambatkan inkuais untuk meraih simpati? untuk prk ulu selangor? entah ya atau tidak prontip yang cakap. entah entah suratkhabar pembangkang saja buat cerita. macam keadilan memfitnah dato zamry.
ReplyDeleteBabi2 komen pasal anjing2 2x5 wakaka
ReplyDeleteBlog ini tak guna langsung di tulis oleh babi untuk babi wakaka U babi tau
ReplyDelete