Jimadie Shah Othman | Apr 27, 10 3:56PM
Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Noh Omar berkata, beliau sendiri akan bangkit kes remaja yang ditembak mati oleh polis itu dalam mesyuarat kabinet esok untuk perhatian kerajaan.
Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.
Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.
"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.
Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.
Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.
"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya.

Komen Isac;
Baguslah kalau kerajaan sendiri cepat bertindak dan mengambil tindakan yang proaktif. Saksi kes juga perlu diberikan perlindungan yang sewajarnya. Ya lah takut2 nanti, saksi kes iaitu rakan simati akan digunakan oleh pembangkang sebagai modal untuk menghentam integriti pihak polis!!!!! dan Kerajaan BN!!!
Mungkin mereka sudah pun memulakan gerakan ke arah tersebut....
Maka akan berulanglah seperti episod kematian mendiang S. Kuhan dalam tahanan polis dan kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM
Walaupun kebenaran dan siasatan perlu, seperti juga hasrat keluarga simati untuk "membersihkan" nama simati, tetapi janganlah pula integriti Polis diinjak2 sesuka hati demi populariti dan kepentingan politik pihak yang suka menangguk di air yang keruh!
"Janganlah disebabkan oleh nila setitik, rosak susu sebelanga!"
Pengajaran dari kes ini, (kepada ibupa dan penjaga) jangan biarkan anak-anak kita keluar larut malam dan memandu tanpa lesen. Akibatnya sangat dahsyat. Pastinya mereka akan disalah anggap, kerana orang yang keluar larut malam tanpa tujuan selalunya akan dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan tidak bermoral.
Pemilik kenderaan juga perlu memastikan kenderaan mereka tidak digunakan oleh remaja bawah umur kerana memandunya tanpa lesen, bakal mengundang bahaya bukan sahaja kepada pemandu tetapi pemilik kenderaan. Remaja yang memandu tanpa lesen pasti akan "gementar" apabila terserempak dengan pihak polis, jestru jika mereka bertindak cuba lari dari kepungan polis sehingga hampir melanggar anggota polis tersebut kesannya pasti dahsyat dan membahayakan nyawa mereka sendiri kerana pihak polis juga berhak mempertahankan nyawa mereka apabila dirasakan keselamatan diri mereka terancam.
Kepada pihak polis peronda pula, cuba elakkan menembak "suspek" walaupun ditujukan kepada tayar kenderaan dengan tujuan memberhentikannya, kerana anda bukannya "starsky & hutch" maupun seorang "sharp sooter". Dengan kenderaan yang sedang bergerak, sebahagian tembakan anda pasti akan tersasar...Masukkan dalam "Standard Operating Procedure" pihak polis, " mereka hanya dibenarkan jika diserang ataupun nyawa mereka benar-benar terancam".
Dalam kes kejar-mengejar, pihak polis boleh melanggar bahagian tepi belakang kenderaan yang sedang dikejar agar kenderaan tersebut hilang arah atau hilang kawalan. Bila ini berlaku kenderaan tersebut akan dapat dipintas dengan dengan mudah dan resiko kehilangan nyawa yang agak rendah kepada kedua-dua pihak,
Tragedi seperti ini telah berulang kali berlaku, jestru itu pihak polis perlu mempertingkatkan keupayaan anggota-anggotanya dan mengajar mereka cara terbaik untuk menguruskan dan menangani situasi seumpama ini untuk kebaikan dan keselamatan semua pihak.
Berkenaan adanya sebilah parang, walaupun ianya menjadi kesalahan...Tetapi penulis percaya setiap orang yang biasa ke kebun ataupun biasa berjalan jauh, menyimpannya di bonet kereta, adalah suatu perkara biasa walaupun bagi seorang anggota polis. Jadi adakah wajar kita mengatakan mereka ini "penyamun" ?

salam
ReplyDeletesedih dan sayunya membaca cerita rakan arwah...arwah rebah atas ribanya...dan bila dia keluar dari kereta,dia dipijak,disepak oleh polis tu...
(kes kat Perlis dulu pun tak settle lagi)
Polis pun manusia...Bila ditahan lari dan hampir melanggar mereka pulak tu, jadi apabila dapat ditangkap, polis ni kadang2pun bertindak balas.
ReplyDeleteMain dengan nyawa dengan emosi bukan sesuatu yang mudah.
Tap payah cakap banyak lah...Yang tak mengakibatkan nyawapun, contohnya guru dispilin di sekolah kadang2pun bertindak keterlaluan terutama apabila dimain oleh emosi dan apabila pelajar2 yang nakal seolah2 mencabar guru2 ini...
jangan stakat bagi bebudak pinjam kereta. kalau boleh dgn kawan pun jangan bagi. member aku sikit lagi kene pukul sebab sebelum tu member pinjam kereta taji awek. sedara mara dia cari masa tuanpunya kereta sendiri yang bawa. Jadi dalam keadaan apapun berhati-hati dengan kenderaan kerana kenderaan adalah pembunuh berlesen di jalanraya.
ReplyDeleteBudak seperti arwah bukan dapat membuat pertimbangan yang wajar. dalam keadaan apa sekalipun golongan remaja seperti beliau adalah golongan yang baik. Cuma orang dewasa terutama ibubapa yang memandu mereka ke arah yang tidak betul.
(TAHUKAH ANDA DI MANA ANAK ANDA BERADA SEKARANG?)