bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Berkubur - Nik Aziz tarik balik kecaman terhadap Nasharudin


Isnin Jun 22, 2009
Dipetik dari mStar Online


(Pemberita: ARIFFUDDIN ISHAK dan SHAHRIL ADZRIN JAMIL)

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.
Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas.

Komen Penulis:

Berakhirlah satu lagi episod duka polemik politik. Maka hancurlah hati2 umat Melayu/Islam yang selama ini memasang impian untuk melihat penyatuan Umno/Pas berhasil. Cita2 mereka hancur-luluh... Yang kini telah bertukar menjadi angan2.

Pada pandangan saya kedua2 pihak (Pas & Umno) masih belum bersedia untuk untuk duduk semeja, untuk membuang jauh sifat dendam, rasa bangga diri dan sangka buruk di antara satu sama-lain.

Cuma harapan saya mudah2an akan ada golongan dari kedua2 parti ini yang masih menyimpan impian agar suatu hari nanti ianya dapat direlisasikan.

Samada disedari atau tidak dan samada mahu diakui ataupun tidak, gerakan kearah penyatuan umat Melayu/Islam di Malaysia ini sebenarnya juga adalah suatu "Jihad"!!!!

Tanpa penyatuan ini mana mungkin Hukum Hudud yang dicanang2kan oleh Pas selama ini, dapat dipraktikkan di Malaysia. Stastik 2008, Melayu = 55%, Melayu+Bumiputera = 65% dan Melayu/Islam 60%.

Mengetahui bahawa sokongan Melayu/Islam yang hanya sejumlah 60% kekal terpecah dua, maafkan saya bila saya katakan bahawa perlaksanaan Hukum Hudud sebenarnya hanyalah "gula2" Pas untuk mendapatkan undi Melayu/Islam....Jika Pas benar2 ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud, Pas tidak sepatutnya menolak mentah2 idea perpaduan dengan Umno.

Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!



5 comments:

  1. Salam Isac,
    Saya melihat ada peluang dan ruang dimana UMNO ddan PAS boleh kembali bersama. Masalahnya hanyalah PR masih patuh kepada kehendak DSAI dan masih berkongsi mimpi dengannya. DAP juga sangak keras mengecam kerana tidak mahu perpaduan Melayu akan menguatkan bangsa Melayu. Mereka labih suka melayu berpecah selamanya kerana merasakan kepentingan bangsa cina dan india akan lebih terjamin. Mereka juga berharap kelemahan bangsa Melayu akan membuatkan pemimpin akan terpaksa memberi lebih kepada mereka untuk mendapatv sokongan mereka. Yang rugi selamanya adalah bangsa M-E-L-A-Y-U. Dan anak cucu kita akan salahkan kepada MELAYU pembangkang kerena keengganan untuk bersatu ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  2. PAS menhalalkan perjuangan menentang UMNO. Soalnya siapa UMNO itu, Melayu juga.

    Pas yang buka bicara mahu runding dengan UMNO dan PAS sendiri tutup pintu rundingan.

    Selepas itu menyalahkan UMNO, sungguh memalukan.

    PAS sekongkol dengan DAP beerti PAS menolak Malaysia sebagai Negara Islam.

    PAS sekongkol dengan PKR beerti menyokong Chin Peng (komunis).

    ReplyDelete
  3. Satu posting yang baik lengkap dengan fakta.

    ReplyDelete
  4. Salam, terimakasih di atas komen2 sahabat.

    Wassallam...

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Tahniah atas komen yg gee rase ade pro n contra..punyai fakta dan rasenye isac dah mula menulis secara analisis & kajian...Tak sia-sia rasenya berdebat ari tu..hehehehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3