bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Apr 2010

Pengusaha Lebuhraya Perlu Menjalankan Tanggung-jawab Sosial Mereka...



Syarikat pengendali lebuh raya setuju sedia ambulans
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syarikatpengendalilebuhrayasetujusediaambulans/Article


2010/04/01
PUTRAJAYA: Kesemua 25 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini secara dasarnya bersetuju menyediakan perkhidmatan kecemasan termasuk ambulans di lebuh raya kendalian masing-masing, bagi memberi pertolongan segera sekiranya berlaku sebarang kes kemalangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata perkhidmatan itu dijangka dapat dilaksanakan enam bulan lagi, bagi memberi tempoh yang secukupnya kepada syarikat-syarikat berkenaan untuk membuat kajian dan kertas kerja mengenai pelaksanaannya.
“Kerajaan akan memastikan kos penyediaan perkhidmatan itu ditanggung sepenuhnya syarikat berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat mereka, tanpa membebankan rakyat,” katanya di sini, hari ini. Terdahulu, Murugiah mempengerusikan mesyuarat ketiga mengenai perkara tersebut dengan wakil kesemua 25 syarikat konsesi lebuh raya itu, selain wakil-wakil daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Murugiah sebelum ini mencadangkan SUPAYA syarikat konsesi lebuh raya menyediakan perkhidmatan itu berikutan laporan akhbar mengenai penunggang motosikal yang terbaring di tengah jalan hampir sejam sebelum ambulans tiba dan membawanya ke hospital, selepas terbabit dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Kesas Februari lalu.

Beliau berkata, cadangan itu sekali gus akan mengurangkan kebergantungan terhadap perkhidmatan ambulans di hospital-hospital kerajaan, selain memastikan pertolongan segera dapat diberikan dalam kes kemalangan. Katanya, mesyuarat mengenai pelaksanaan perkhidmatan itu akan diadakan sekali lagi pada bulan hadapan bagi memuktamadkan pelaksanaannya. “Sebarang cadangan daripada pihak awam mengenai pelaksanaan perkhidmatan itu turut dialu-alukan,” katanya. - Bernama



Komen Isac;

Selain memburu keuntungan pemilik konsessi Lebuhraya perlu lebih bertanggung-jawab dan memainkan peranan mereka di dalam menjaga keselamatan dan nyawa pengguna. Apa kata jika perkhidmatan ambulan helikopter juga disediakan secara percuma.

Bukannya apa, dalam kes-kes yang serius "masa" akan menentukan peluang mangsa kemalangan untuk hidup adalah amat-amat kritikal. Sudah pasti helikopter boleh membantu mengelakkan mangsa terkandas di dalam kesesakan yang ditimbulkan oleh sesuatu kemalangan. Pengendali Lebuhraya mungkin boleh berkongsi perhidmatan ini sesama mereka.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3