bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Apr 2010

Chelsea Sekali Lagi Bernasib Baik....


Chelsea mara ke final Piala FA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

11/04/2010 3:13am

LONDON 11 April - Chelsea mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Aston Villa 3-0, semalam sekali gus mencerahkan peluang Blues untuk menjulang gelaran berganda buat pertama kalinya.
Ketiga-tiga gol Chelsea hadir selepas babak kedua menerusi Didier Drogba minit ke-67, sebelum Florent Malouda menokok gol kedua pada minit ke-89 dan Frank Lampard mengukuhkan kedudukan ketika permainan hampir tamat.
Chelsea akan menunggu lawannya iaitu pemenang antara Tottenham Hotspur menentang Portsmouth hari ini dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Perlawanan akhir Piala FA akan dilangsungkan di Stadium Wembley pada 15 Mei ini. - Reuters



Komen Isac;

Jika ketika mengalahkan ManU minggu lepas, penjaga garisan "membenarkan" jaringan "offside" yang dibuat oleh Didier Drogba sehingga mengakibatkan ManU kehilangan tahta Liga Perdana Inggeris, malam tadi pula pengadil Howard Webb telah menafikan peluang Aston Villa untuk mendapat sepakan penalti pada minit ke 23 separuh masa pertama apabila penyerang Aston Villa Gabriel Agbonlahor dijatuhkan di dalam petak penalti.

Pada pandangan penulis jika Aston Villa mendapat gol awal tersebut, keputusan perlawanan mungkin berbeza. Yang jelas Aston Villa yang bermain dengan begitu baik pada separuh masa pertama perlawanan dengan begitu banyak serangan dilakukan ke kubu Chelsea, seakan-akan telah "dirompak" oleh pengadil perlawanan. Dalam kata lain pengadil perlawanan menjadi "pemain ke 12" pasukan Chelsea.

Itu lah adat bolesepak, "nasib baik" juga perlu untuk menang!!!!! Apa komen Chelsy?

1 comment:

  1. dalam bola sepak, ada jugak ungkapan "what you give, you get back"...

    masa MAN UTD main dengan liverpool itu hari, sepatutnya referee bagi free kick sebab kekasaran berlaku di luar kotak penalti. tapi referee hadiahkan tendangan penalti kat MAN UTD utk gol pertama.

    jadi..?? what you give you get back...hehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3