bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Apr 2010

Selami Dan Patuhilah Nasihat/Titah Raja-Raja Melayu - Jangan Sampai Sejarah Kejatuhan Melaka Berulang....


Suara Raja Melayu

Pada 27 Mac lalu, Sultan Kedah, DYMM Tuanku Abdul Halim meminta rakyat menolak pemimpin yang ditaja oleh pihak luar bagi mengelak negara dijajah oleh pihak asing. ''Jika kita mahu memilih pemimpin negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain," titah baginda.

2. Pada 22 April, DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak cadangan kerajaan pimpinan DAP untuk melantik Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

Keputusan Seri Paduka menamatkan kontroversi yang tercetus ekoran bantahan pelbagai pihak dan umat Islam yang menentang pelantikan Mansor yang juga pemimpin PKR negeri.

Mereka bimbang kerajaan negeri cuba memanipulasi hal-ehwal zakat bagi kepentingan politik pembangkang termasuk DAP dan bukannya golongan asnaf.

3. Pada 22 April juga, DYMM Tuanku Sultan Perak mengingatkan semua wakil rakyat di negeri tersebut supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda turut bertitah agar mana-mana pihak tidak menderhakai Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu ketika memberikan perkenan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

4. Pada 23 April, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, kuasa mutlak Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam dan adat Melayu hendaklah terus dipertahankan dan dipatuhi. Malah baginda mengingatkan kuasa mutlak dalam kedua-dua urusan itu tidak pernah diserahkan kepada mana-mana pihak lain termasuk ketika penjajahan British dan Jepun.

5. Pada tarikh yang sama, DYMM Tuanku Sultan Selangor menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Awang paparkan semula sebahagian titah Raja-Raja Melayu itu untuk renungan semua pihak. Tafsirlah suara hati baginda sekelian dengan penuh kebijaksanaan. Awang terharu dalam kesyukuran. Bayangkan apa yang akan jadi jika Raja atau Sultan tidak campur tangan dalam menjaga kepentingan agama dan bangsa dalam isu-isu kritikal termasuk pelantikan Pengerusi PUZ di Pulau Pinang.

Siapakah pula yang dimaksudkan dalam peringatan dan penegasan baginda semua? Sememangnya pasca Pilihan Raya Umum ke-12 menyaksikan Raja-Raja Melayu terpaksa tampil membuat banyak peringatan. Tidak pernah berlaku keadaan sedemikian dalam sejarah tanah air. Malah institusi istana makin tidak dihormati. Lebih buruk ada pemimpin pembangkang sama ada secara terbuka mahupun berselindung menghina institusi yang menjadi tonggak dalam Perlembagaan negara.

Awang ingin ulangi bahawa menjadi agenda kelompok berkenaan untuk menulis semula perlembagaan yang antara matlamat akhirnya bagi mewujudkan negara republik. Ia bukan teori kosong. Dalangnya tidak sukar ditelah dan yang rela diperalatkan pula adalah pemimpin pembangkang Melayu yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.

Ramai tahu siapa orangnya. Pengkhianatan dan ancaman sudah di depan mata. Maka Awang menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu kerana terus menjadi payung dalam melindungi kepentingan agama, bangsa dan negara. Ternyata baginda sekelian tidak gundah untuk bersuara. Daulat tuanku.

 

Komen Isac;

Raja-raja Melayupun telah sedar siapa  "pakatan pembangkang" yang sebenarnya, kepada sekalian rakyaat Malaysia, lihatlah dengan mata hati siapakah mereka ini, Insyaallah anda juga akan dapat mengenali wajah mereka yang sebenar...

Bukalah hati dan minda anda, sedarlah sebelum terlambat......

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3