bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Apr 2010

Penyokong Pembangkang Bersubahat Biaya RM 4 Juta Untuk Burukkan Imej Pak Lah/BN???

UMNO Kelantan sifatkan PAS peruntuk RM4 juta burukkan BN sebagai keji
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/3518.asp
KOTA BAHARU -- UMNO Kelantan mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4 juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Foto 1: Adakah ini sumbernya???


Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan kesal dengan PAS dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan.

Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana
rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.

"Ini satu perbuatan yang keji. PAS perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.

Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

Mustapa berkata pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog kickdefella itu.

"Kita juga mendesak PAS dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri," katanya.



Komen Isac;

Nampaknya apa sahaja yang dilakukan oleh Pas menjadi "halal"....Tak kiralah samada fitnah, caci-maki, tohmah, serangan peribadi dan lain-lain...

RM 4 Juta bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Manalah agaknya Pas memperolehi dana tersebut. Kalau dana tersebut digunakan untuk memperbaiki imej Kerajaan Negeri seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat melantik APCO, tiada menjadi kesalahan. Ini tidak, menggunakan dana kerajaan negeri untuk menyerang "musuh politik"? Jika itulah relitinya maka Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan wang rakyaat ataupun pecah amanah. Sekiranya itu yang berlaku SPRM patut menjalankan siasatan.


Selain dari dana kerajaan negeri, Pas juga mungkin telah membiayai aktiviti ini melalui dana-dana berikut;

i)   Derma yang dikutip dari mereka yang menghadiri sesi ceramah politik mereka.
ii)  Hasil royalti balak.
iii) Sumbangan pihak ketiga.

Foto 2: Balak Kelantan (Gambar Hiasan)


Untuk mengelakkan daripada bersubahat/bersengkongkol dengan kerja-kerja keji ini rakyaat Malaysia dinasihatkan agar mendermakan wang mereka kepada badan-badan atau kegiatan-kegiatan yang jelas hukum halal-haramnya.

Yang penulis paling takut ialah sekiranya Pas menggunakan sumbangan wang asing yang mungkin disumbangkan oleh mana-mana Yayasan Yahudi yang anti Islam maupun kerajaan asing yang sememangnya mahu menangguk di air yang keruh. Dengar cerita semua konsesi balak di Kelantan sebenarnya dimonopoli oleh seorang Tauke Cina dari Singapura. Mungkinkah beliau yang menaja semua ini? Itu Pas kena jawablah....


3 comments:

  1. itulah mengata dulang paku serpih..

    Puak pas ni sering persoal duit rakyat, duit rakyat, duit rakyat... tapi duit 4 juta salur kat tempat salah, buat upah orang fitnah Pak Lah.. Inilah PAS yang guna agama tapi perangai tak kurang macam setan.

    ReplyDelete
  2. ISAC-mungkin juga pembalasan Allah untuk Pak Lah,TDM telah buat Malaysia dah ok,bila ambil alih jawatan semua bagi lingkup, apa hal?. balas dendamkah?.hanya nak tahu saja.

    ReplyDelete
  3. Ya-Allah tunjukkan kebenaran Ya-Allah. Berilah petunjuk kepada golongan pelampau agama yang menyalah tafsirkan ajaran mu Ya-Allah demi bangsa maruah dan tanah air kami Ya-Allah. Tunjukkan kebenaran Ya-Allah. Amin.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3