bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Apr 2010

Penemuan Dr. Peter Vanezis - Tamparan Kepada Dr. Pornthip??? Mendiang Teoh Tidak Dicekik!!!



Foto: PAKAR patalogi dari United Kingdom, Dr. Peter Vanezis (tengah) hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding inkues Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam, 26 April. - Utusan/MOHD SHAHARANI SAIBI

Isnin April 26, 2010

Teoh Dalam Keadaan Sedar Semasa Jatuh, Tidak Dicekik - Pakar Forensik British

SHAH ALAM: Bekas pembantu politik Teoh Beng Hock berada dalam keadaan sedar semasa beliau jatuh dan telah cuba menahan dirinya daripada jatuh dari tempat tinggi, kata pakar forensik British Profesor Dr Peter Vanezis semasa memberi keterangan pada inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh di sini hari ini.

Dr Vanezis, yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah dicekik sebelum kematiannya.

Pada 17 Julai tahun lepas, Teoh ditemui mati di koridor di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor yang pejabat suruhanjaya itu terletak di bangunan yang sama, berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Dr Vanezis dan pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, telah menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh yang digali semula dari kubur pada November tahun lepas.

"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengkategorikan sama ada atau tidak si mati telah ditolak keluar dari tingkap secara fizikal semasa beliau berada dalam keadaan sedar," kata Dr Vanezis yang memberikan keterangan buat pertama kali pada inkues itu.

Beliau memberitahu inkues itu bahawa kaki Teoh mencecah lantai terlebih dahulu berdasarkan corak keretakan pada pelvis, paha dan betis.

Kecederaan pada betis menunjukkan Teoh telah cuba menahan diri daripada jatuh, kata Dr Vanezis.

Pakar patalogi British itu yang turut serta dalam penyiasatan punca kematian Puteri Diana, berkata beliau mendapati tiada tanda-tanda kekejangan pada badan Teoh.

"Tidak terdapat tanda-tanda kekejangan dilihat pada badannya. Bagaimanapun adalah mungkin seseorang itu mengalami kekejangan tanpa kesan bengkak ditemui, ia bergantung kepada cara dan paksaan yang digunakan dalam keadaan seumpama itu," katanya.

Berdasarkan pemeriksaannya, Dr Vanezis berkata tiada bukti menunjukkan bahawa leher Teoh telah dicekik.

Kesan bengkak pada bahagian leher merupakan sebahagian daripada kecederaan menyeluruh akibat jatuh itu, katanya.

Inkues itu dikendalikan Koroner Azmil Muntapha Abas.- BERNAMA



Komen Isac;

Dalam bidang profesional, seseorang pakar  perlu bertanggung-jawab di atas hasil kerja mereka. Bagi seorang doktor, nyawa pesakit adalah tanggung-jawabnya. Bagi seorang jurutera pula, ketahanan struktur yang dibina maupun direka-bentuk akan menjadi tanggung-jawabnya. Untuk seorang Jurukur Bahan (Quantity Surveyor) kiraan kos sesuatu projek/pembinaan adalah menjadi tanggung-jawabnya.

Sebagai professional, mereka ini perlu bertanggung-jawab ke atas hasil kerja mereka. Bahkan kos untuk sesuatu projek pada kebiasaannya tidak boleh melebihi 20% daripada jangkaan asal. Dalam kes Inkues Mediang Teoh penulis hairan bagaimana seorang "pakar" seperti Dr. Pornthip boleh membuat andaian/hipotesis yang telah terbukti jauh tersasar. 
Apakah "pegangan" ataupun bukti yang membuatkan beliau begitu konfiden ketika membuat kenyataan di mahkamah, bahawa 80% Mendiang Teoh mati dibunuh???  Dari mana beliau dapat angka 80% ???. Mengapa beliau boleh begitu pasti? Adakah hasil kerja dan kenyataan seorang Dr. Kroner tidak perlu dipertanggung-jawabkan ke atas mereka semata-mata kerana mereka "membedah" orang yang telah mati? Bagaimana jika kenyataan mereka boleh menimbulkan rasa tidak puas-hati atau kekacauan? Bagaimana jika kenyataan/penumuan mereka didapati/terbukti salah?

Kenyataan Dr. Peter Vanezis telahpun menepis kenyataan/hipotesis Dr. Pornthip. Menurut Dr. Peter, kesan kecedaraan dileher Mendiang bukan disebabkan oleh kesan cekik. Menurut beliau lagi kesan tersebut adalah selari dengan kesan jatuh dari tempat tinggi. Pastinya pengalaman Dr. Peter jauh lebih luas dari Dr. Pornthip.

Adakah keengganan Dr. Pornthip untuk hadir ke Inkues Teoh, pada kali ini kerana mahu mengelak daripada mendapat malu? Itu hanya beliau yang tahu. Yang jelas, imej dan kepakaran Dr. Pornthip pastinya akan tercalar disebabkan tingkah-lakunya dalam Inkues Mending Teoh yang dilihat, agak terburu-buru dan seperti "memihak" kepada pakatan pembangkang.



2 comments:

  1. nuar berahi kan kaya.... ade yg tak kena dengan porntip nih...

    ReplyDelete
  2. Kes Teoh ini sedikit sebanyak telah menjejaskan sokongan kaum cina terhadap BN.

    Kebanyakan kaum cina beranggapan ada yang tidak kena dalam kes ini. Inilah yang menyebabkan mereka rasa tidak puas hati.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3