bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Apr 2014

Apa Pasal Kerajaan Benarkan Obama Masuk Masjid Negara???

Mungkin "Cyber Troopers" PR yang memainkan isu ni....Budak2 yang berhingus lagi agaknya....


Mereka sendiri X tahu sejarah PR.....

Apa yang pemimpin2 mereka pernah buat....


"Perbandingan Gambar Isteri Presiden AS Masuk Masjid dan Gambar Pemimpin Wanita DAP Masuk Surau..." 


Adalah di antara posting "Bumiyang" yang membicarakan bagaimana biadapnya pemimpin2 PR memasuki ruangan solat di masjid2 dan surau....


Foto (kiri): Presiden AS Barack Obama dan Wanita Pertama Michelle Obama di bawa melawat  Masjid Istiqlal Jakarta oleh Imam Besr Ali Mustafa Yaqub (tengah) November 10, 2010. — Reuters pic Read More


Foto (kanan): Teo Nie Ching berceramah dalam surau. Nyaya kat Tok Imam kat belakang tu....apalah pemandangan yang mengganggu keimanannya agaknya...

Sila rujuk posting lama blog "bumiyang" yang berkaitan dengan pemimpin2 PR memasuki ruang solat sesetengah tu tanpa menutup aurat pun....dengan klik sinisini, sini, sini, sini dan sini.

29 Apr 2014

Imam Masjid Negara "Sekolahkan" Obama???

Kalau Obama X datang Malaysia....


Mana lah ada peluang Imam Negara kita ni nak "sekolahkan" beliau...


Ya tak???


Hidup ni kena selalu bersikap positif!!!


Jangan mentang2 Obama bukan nak jumpa kita....


Semua nya X bagus....

Tapi apabila DS Anwar berkawan dengan Wolfowitz Yahudi yang banyak menyembelih umat Islam Iraq dan  dan Afghanistan mempunyai perempuan simpanan bergama Islam yg juga kakitangannya di bank dunia dan berkawan dengan Al Gore bekas Naib Presiden Amerika. Ditaja NGO2 Yahudi berbilion USD itu semuanya baik untuk rakyaat Malaysia dan Islam???



Foto Imej MH370 Yang Dijumpai di Teluk Benggal???

Foto (kiri): JURUTERBANG, Michael Hoebel menunjukkan imej serpihan pesawat MH370 yang ditemuinya. - Foto WIVB


Foto


"Close up" Menunjukkan imej dipercayai serpihan pesawat MH370 yang ditemuinya. - 












Foto
Foto WIVB

IMEJ menunjukkan eleman kimia yang dikesan syarikat berkenaan yang dipercayai pesawat MH370. - Foto FIRST ON 7
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penerokaan maritim Australia mendakwa menemui serpihan bangkai pesawat yang kemungkinan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, iaitu di 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.

Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7 News Australia dan Daily Mirror UK semalam, menyatakan mereka melakukan pencarian sendiri pesawat berkenaan sejak 10 Mac dan mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal. 


Jurucakap GeoResonance, David Pope, berkata kumpulan penyelidiknya mengesan elemen di dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.


"Teknologi yang kita gunakan asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu," katanya dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2 juta km persegi di perairan di mana penerbangan pesawat itu dikatakan tamat di Lautan Hindi dengan menggunakan imej dari satelit dan pesawat.
Saintis syarikat berkenaan juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara menggunakan lebih 20 teknologi menganalisis data termasuk reaktor nuklear.

Pope berkata, GeoResonance membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, ia mungkin petunjuk baharu yang membolehkan kami melakukan tindakan susulan," katanya.

Sseorang lagi jurucakap syarikat itu, Pavel Kyrsa memberitahu beberapa elemen yang terdapat pada pesawat komersial telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.

Katanya, unsur yang dikesan itu adalah unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan lain.

Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth semalam, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.

Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baharu di mana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.

Katanya, misi pencarian baharu ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut. 

Sumber klik sini.

Gempar!!! Syarikat Penerokaan Australia Dakwa Kemungkinan Jumpa Pesawat MH370: di Telok Bengal???




KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penerokaan Australia telah mendakwa telah menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7News Australia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.


Lokasi penemuan objek yang didakwa berkemungkinan bangkai MH370 di Teluk Bengal.



Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.



"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.



Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana P itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.



GeoResonance



"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.



Dalam pada itu, seorang lagi jurucakap syarikat, Pavel Kyrsa memberitahu bahawa beberapa unsur yang terdapat pada pesawat komersil, telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.



Katanya unsur yang dikesan itu merupakan unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain.

Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth pada Isnin, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.

Kata Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baru dimana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.

Abbott menerangkan bahawa misi pencarian baru ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut.   

Sumber klik sini.

28 Apr 2014

Isu Catuan Air di Selangor - Pecat MB dan Exco Selangor?





Exco Infrastruktur nya pun dan mula memperbodohkan rakyaat Selangor???

Klik sini.


posted from Bloggeroid

Obama Lebih Rela Berjumpa Bomoh 1 Malaysia Berbanding Anwar???



Mungkin ada Chai PR yang percaya???

Foto sebenar adalah yang di bawah... Foto dinukildari sini.

Mahyuddin Pemimpin Berjiwa Besar-Ziarah Saudara Seagama Walaupun Pernah Dikafirkan???

Walaupun berbeza fahaman politik ..tetapi perpaduan sesama Islam terus utuh .

TPM TS Muhyiddin hari ini menziarah bekas MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sedang uzur di rumahnya di Pulau Melaka.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
   
Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
   
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
   


Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
   
Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.
   
Muhyiddin dan isteri kemudian berlepas pulang ke ibu negara.  - Bernama


Sumber klik sini.


27 Apr 2014

Isu Catuan Air - Exco Infra Selangor Bidas Rakyaat Selangor Pemalas???

Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Sijangkang ketika diwawancara harakahdaily.net berkata adalah sikap malas jika bergantung semata-mata kepada air paip.

“Sebagai didikkan juga kepada rakyat, kalau pada diri saya sendiri lah, dalam keadaan tiada air paip tetapi hujan lebat, kita boleh simpan air hujan untuk kegunaan selain makan minum. Ambil peluang masa hujan ini.

“Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain ‘malas’,”katanya.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Kesihan rakyaat Selangor.....

Undi PR kononnya mahukan pentadbiran yang lebih cekap....

Rupa2nya....

Bukan sahaja isu kekurangan bekalan air tidak dapat mereka selesaikan, malah...pengundi2 pula yang dilabel sebagai "pemalas"???

Nasib ko lah "Labu"....

Dengan Erdogan Pun Dah X Tahan, Dengan Obama Lagi Lah....

Check out @NajibRazak's Tweet: https://twitter.com/NajibRazak/status/460289899791253504





Meroyan lah Anwar bila lihat foto2 ni......

Apa salfie dengan Obama adalah bukti Najib jadi barua AS???

Tetapi baik dengan Wolfowitz Yahudi yang banyak menyembelih umat Islam Iraq dan  dan Afghanistan mempunyai perempuan simpanan bergama Islam yg juga kakitangannya di bank dunia dan Al Gore   bekas Naib Presiden AS .......boleh lah pulak macam mana ni???

Ini dah hipokrit.... Mentang2 lah Obama X nak bberjumpa dengan beliau...
posted from Bloggeroid

Lawatan Obama ke Malaysia Bukti Umno Talibarut AS/Yahudi???



Macai PR kata kononnya kedatangan Obama membuktukan Umno/BN adalah talibarut AS dan Yahudi....

Tetapi ianya hanya lah setelah Obama X mahu berjumpa DS Anwar Ibrahim.



Yang Anwar ditaja beratus2 juta AS oleh NGO Yahudi tu apa cer?

Yang pasti sebagai negara yang mengamalkan dasar luar berkecuali dan berbaik2 dengan semua negara jiran, kuasa besar dan rakan2 dagangan sudah tentu kita tidak boleh menolak sesiapun yang mahu melawat negara kita. Pastinya PR juga akan bertindak sedemikian.

Jestru janganlah sengaja menimbulkan cerita bodoh yang boleh merugikan rakyaat dan negara.

posted from Bloggeroid

26 Apr 2014

Pemilihan Pucuk kepimpinan PKR - Bersih Daripada Pengundi2 Hantu???


Dalam pemilihan yang lepas2....Dicemari dengan pengundi2 hantu.... Satu nama dikatakan boleh mengundi 2-3 kali....

Kali ini itu semua tu X perlu sebab katanya kertas2 undi boleh dibawa balik ke bilik2 hotel siap dengan tong2 mengundinya sekali.

Kalau macam ini....jangankan mengundi 2-3 kali.... Nak habiskan "mengisi" semua kertas2 undi oleh seorang pengundi pun boleh....




Sumber klik sini.

Siapa Yang X Faham Islam, Kelab Penyokong Atau Pemuda Pas Kota Bahru???

SHAH ALAM - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw menegaskan beliau bukan anti hudud, sebaliknya tidak mahu terlibat memberi penjelasan mengenai undang-undang Islam berkenaan kerana kurang pengetahuan mengenainya.



Menurutnya, bukan tugas DHPP untuk menjelaskan isu hudud kepada bukan Islam terutamanya di Kelantan.


Malah katanya, DHPP tidak relevan dalam memainkan peranan bagi menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud.


“Kalau saya anti hudud, tak kan saya duduk dalam Pas yang membawa perjuangan Islam.


“Sepatutnya Rosli (Dr Rosli Alani) dengar dulu penjelasan... saya bukan anti hudud tetapi tugas saya untuk menjelaskan mengenai hudud tidak wajar,” katanya melalui perbualan telefon bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, semalam.
sini.
Pang Chaw berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Ketua Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani yang mahu beliau dipecat daripada parti kerana tidak mahu memikul peranan menjelaskan hudud kepada bukan Islam.



Khalid dalam pada itu, turut mempertahankan Pang Chaw dengan menyifatkan tugas memberi penerangan berhubung hudud kepada bukan Islam tidak boleh diletakkan di bahu DHPP.


Katanya, pimpinan Pas sepatutnya yang memikul tanggungjawab bagi mengelakkan timbul sebarang percanggahan maklumat sekiranya ia dilakukan oleh DHPP.


“Saya cakap pasal hudud pun orang pertikai sebab saya bukan ustaz. Apa lagi kalau DHPP. Bila Pang Chaw kata dia tak nak terima tanggungjawab jelaskan pasal hukum hudud maka itu bukan suatu masalah, sebaliknya orang yang pakar mengenai perkara itulah perlu perjelaskan.


“Kita tak boleh letakkan tanggungjawab ke atas DHPP sama seperti mana yang dipikul oleh pimpinan Pas, lebih-lebih lagi golongan ulama yang bertanggungjawab untuk menjelaskan isu seperti ini,” katanya.

Sumber klik. 


Komen Isac;

Betul jugak komen Hu Pang Chaw ni...

Pastinya Pas lebih tahu pasal Hudud...Sebab dia org yg gubal.

Jestru pastinya penjelasan tentang hudud terbeban dan tanggung-jawab pas...

Nak suruh kelab penyokong Pas yang bukan Islam membuat penerangan...Kalau salah nanti mcm mana???

Apa lah Ketua Pemuda Pas ni....


posted from Bloggeroid

25 Apr 2014

Bukti Dr MAZA Semakin Menyokong Anwar???



Sebagai sebuah negara yg mengamalkan demokrasi, X ada masalah nak sokong sesiapapun.

Cuma dengan latar belakang agama penulis mengharapkan Dr MAZA perlu lebih bertanggung-jawab.

Yang sudah tu sudahlah...
posted from Bloggeroid

24 Apr 2014

Rayuan Liwat 2: Lantik Sulaiman Strategi Nak Menunda Keputusan Mahkamah Persekutuan???



Anwar ni sememangnya hebat....Dalam membelit....

Kematian Karpal pun walaupun sedih buat kebanyakkan pemimpin2/anggota/penyokong2 PR boleh diambil faedah daripadanya....

Perlantikan ketua peguam pembeaan yang baru...Akan membuatkan mahkamah terpaksa menerima permohonan penangguhan atas alasan peguam baru..... Jika ditolak...Mahkamah akan dilihat sebagai zalim dan tidak berhati-perut ataupun "konspirasi"...

Cuma penulis nak tanya..... Yang barisan peguam pembelaan yang ramai2....tu X kan tak ada seorang pun yang mampu dijadikan ketua????

Lagipun...kalau orang biasa.... Nak pasang satu peguam pun dah semput.....

Tolaak aje.....Sebab kalau dilihatkan kepada sejarah pun....Hj Sulaiman sebenarnya bukan peguam baru dalam kes ini. Beliau ibarat, "Sireh pulang ke gagang".

Sumber klik sini.

23 Apr 2014

Rentetan Peristiwa Yang Bakal Membawa Penjajahan ke Atas Malaysia???

PELABUHAN KLANG - Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa. Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini. 

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam danselepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang. 

"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.

Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Pencerobohan Lahad Datu, Kehilangan pesawat MH370, Penculikan pelancong2 di Tawau Sabah....

Terbaru rompakan lanun dan penculikan anak2 kapal di Selat Melaka berdekatan Pulau Ketam.

Adakah ini semuanya hanya kebetulan???

Mengapa selepas mengisi muatan diesel di pelabuhan Singapura....Selepas hampir 400km baru kena rompak???

Lanun2 bersarang di perairan Malaysia???  Dekat dengan pelabuhan Klang???

West Port, North Port dan South Port???

Tidak selamat kah perairan Malaysia???

7-8 jam memunggah diesel yang dirompak tapi pihak berkuasa Malaysia tidak sedar???

Mana APMM??? Mana polis marin??? Mana Navy???

Ataupun sebenarnya ada gerakan tersusun yang mahu menunjukkan kelemahan Malaysia di mata dunia agar "mereka" boleh mengambil-alih dan seterusnya menguasai Selat Melaka atas alasan keselamatan kapal2 dagang???

Nampak gayanya....

Sedikit kita alpa, Malaysia bakal dijajah semula.....

Siapa Dalang Guna Pencerobohan Lahad Datu & Kehilangan MH370 Untuk Cemar Imej Kerajaan???

Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah serta kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilihat dijadikan ‘platform’ oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan bagi memenuhi agenda peribadi masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, malah segala usaha kerajaan untuk menangani isu berkenaan telah dipertikaikan dan dikritik termasuk tindakan memesongkan fakta-fakta.

Walau bagaimanapun, jelasnya, kerajaan mengakui tidak semua tindakan menyelesaikan insiden terbabit dipersetujui dan diterima baik oleh pihak-pihak yang mengikuti perkembangan itu kerana mereka mentafsirkannya dalam konteks berbeza.

“Sebagai contoh, dalam insiden kehilangan MH370, ketelusan dan perkongsian maklumat oleh Malaysia telah dikritik oleh segelintir pihak yang melihat kejadian ini sebagai ruang untuk memburukkan imej negara. (Tetapi) dalam konteks ini, saya yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan terpaksa berdepan pelbagai cabaran dalam menjelaskan serta menangkis segala tohmahan yang dilemparkan selain mengetepikan teori konspirasi yang diutarakan.

“Alhamdulillah, krisis ini telah dapat diurus dengan baik dan kebanyakan masyarakat serta ahli keluarga dapat menghadapi keadaan yang kompleks ini dan memberi ruang kepada kerajaan untuk menguruskannya sehingga menemui jawapan kepada kehilangan MH370,” katanya dalam ucaptama merasmikan Simposium Penasihat Pertahanan 2014 di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Sumber klik sini.

Macam ada kaitan pulak....Yang bawah ni pun sama jugak.....Begitu juglah dalam banyak isu lain.....Mereka ni cuma tahu menabur fitnah!!!!




22 Apr 2014

Hajat Nak Fitnah Felda/Umno, Rupa-rupanya Pakatan Rakyaat Bantu Israel Menindas Palestine???

Nak cakap apa???

Nasi dah jadi bubur.....

Bukan sekadar memfitnah Felda dan Umno....

Kononnya nak tunjuk baik...Nak boikot Israel.....

Ironinya mereka sebenarnya telah menginyaya rakyaat Palestine.....

Habis siapa yang nak jawab dekat akhirat esok????

Anwar Sahkan PKR Parti Anak-Beranak???


Sebelum ini....Memang Azmin ada lahirkan hasrat untuk mencabar Wan Azizah dan bertanding jawatan Presiden....Klik sini dan sini.

Tup2.....Anwar pun masuk jadi calon untuk lawan isteri tercinta.....

Azmin terus terkedu X berani nak lawan Anwar.

Walaupun Anwar pernah menafikan beliau X berhasrat untuk menyekat Azmin....

Tetapi pasti itulah yang telah berlaku....

Anwar lebih percayakan Azizah untuk mengetuai PKR apabila beliau kembali ke Penjara Sg Buloh kelak...


posted from Bloggeroid

Saifuddin Nasution Selamatkan Diri Sendiri - Mazlan Alimin, Mustafa Ali dan Editor Harakah Bakal ke Penjara???

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution semalam, mengakui tuduhan bahawa FELDA mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel adalah satu fitnah.

Saifuddin selaku defanden ketujuh dalam kes saman fitnah oleh Felda ke atas beliau dan enam orang lagi mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd telah melakukan penghantaran ke Palestin bukannya Israel pada 20 Mac 2010.

Saifuddin juga mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak kelapa sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel seperti dalam dakwaan artikel, “2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel” dan “BN Jangan Tipu Rakyat” yang diterbitkan oleh Suara Keadilan pada 27 November 2012.

Selain Saifuddin mereka yang disaman oleh Felda ialah, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman; Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, pnulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Mahkamah telah mendengar keterangan daripada tujuh orang saksi dari pihak plaintif dan defendan. Saifuddin sepatutnya memberi semalam tetapi meminta penyelesaian luar mahkamah. 

Sumber klik sini dan sini.

Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong telah merekodkan penghakiman persetujuan di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya.

Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan. 

Antara pemfitnah Pakatan Rakyaat klik sini.


Komen Isac;

Padan muka yo!!!

Kena kencing!!!

Terutama buat "pengkhianat Felda" Mazlan Alimin. "Ibarat melepaskan anjing yang tersepit". Generasi kedua Felda yang tak tahu nak berterimakasih!!!

Kalau dah kena saman berjuta2....

Siapa yang nak tolong bayar!!!

Bakal masuk penjara lah beb!!!




21 Apr 2014

Hudud Brunei- Rejam Sampai Mati Untuk Golongan Gay???



posted from Bloggeroid

Selfie Najib Dengan Erdogan - Pasti Anwar Cemburu???

Check out @NajibRazak's Tweet: https://twitter.com/NajibRazak/status/457448230540673024




Anwar pasti cemburu....

Beliau selalu memberitahu pengokong2nya betapa rapatnya beliau dengan Erdogan...

Sampai nak ditahan di atas kes liwat 2 pun lari ke rumah duta Turki....

Sekarang apa macam???



posted from Bloggeroid

Inilah PKR - Sikafir Mati Mungkin Sempat Mengucap, Sokong Hudud Umno, Berpura2 ???




Komen Isac;

Sumber klik sini.

Mana lah dia ni belajar agaknya.....

Ustaz mana lah yang mendidik orang Islam/Melayu dalam PR ???

Bukti iman itu tak dapat diwarisi....

posted from Bloggeroid

Inilah PKR - Sikafir Mati Mungkin Sempat Mengucap, Sokong Hudud Umno Berpura2 ???

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/hudud-sokong-ada-makna-tu-1.272518




Komen Isac;

Mana lah dia ni belajar agaknya.....

Ustaz mana lah yang mendidik orang Islam/Melayu dalam PR ???

Bukti iman itu tak dapat diwarisi....
posted from Bloggeroid

20 Apr 2014

Penghormatan Terakhir Buat karpal Singh - X Ada Lilin dan Colok.....

Penghormatan semasa pengkebumian Karpal Singh.



Tapi masih mengikuti upacara menghormati mayat sambil membongkok....




                                  Penghormatan pengkebumian Teoh Beng Hock.




Komen Isac;

Ya lah....

Pengkebumian kaum Sikh mana ada pasang lilin dan colok......


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3