bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Apr 2014

Saifuddin Nasution Selamatkan Diri Sendiri - Mazlan Alimin, Mustafa Ali dan Editor Harakah Bakal ke Penjara???

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution semalam, mengakui tuduhan bahawa FELDA mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel adalah satu fitnah.

Saifuddin selaku defanden ketujuh dalam kes saman fitnah oleh Felda ke atas beliau dan enam orang lagi mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd telah melakukan penghantaran ke Palestin bukannya Israel pada 20 Mac 2010.

Saifuddin juga mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak kelapa sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel seperti dalam dakwaan artikel, “2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel” dan “BN Jangan Tipu Rakyat” yang diterbitkan oleh Suara Keadilan pada 27 November 2012.

Selain Saifuddin mereka yang disaman oleh Felda ialah, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman; Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, pnulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Mahkamah telah mendengar keterangan daripada tujuh orang saksi dari pihak plaintif dan defendan. Saifuddin sepatutnya memberi semalam tetapi meminta penyelesaian luar mahkamah. 

Sumber klik sini dan sini.

Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong telah merekodkan penghakiman persetujuan di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya.

Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan. 

Antara pemfitnah Pakatan Rakyaat klik sini.


Komen Isac;

Padan muka yo!!!

Kena kencing!!!

Terutama buat "pengkhianat Felda" Mazlan Alimin. "Ibarat melepaskan anjing yang tersepit". Generasi kedua Felda yang tak tahu nak berterimakasih!!!

Kalau dah kena saman berjuta2....

Siapa yang nak tolong bayar!!!

Bakal masuk penjara lah beb!!!




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3