bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Feb 2013

Hudud Berkubur!!! Sokong Pas Sudah Tak Relevan???


Mengapa Hudud tiada dalam Manifesto PR???

Bahkan lambang masjid pun X ada...

Mungkin Allah s.w.t. nak tunjukkan kepada kita, siapa Pas yang sebenarnya....


Artikel penuh klik sini.

27 Feb 2013

Manifesto Pakatan Rakyaat - Bukan Setakat Tiada Hudud Malah Masjid pun X Ada???


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Beberapa blog hari ini mempersoalkan beberapa simbol yang diletakkan pada muka depan buku manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan semasa konvensyen yang diadakan di Shah Alam, Isnin lalu.

Simbol-simbol tersebut didapati merujuk kepada pluralisme dan kebebasan dalam beragama yang diperjuang oleh pakatan di negara ini.

Menurut blog AIDC (www.anwaraidc.com), terdapat 41 lambang yang disusun pada muka depan buku berkenaan meliputi simbol gereja, orang menadah tangan berdoa dan simbol tapak tangan.

Selain simbol tapak tangan yang diulangi dua kali, terdapat satu simbol salib yang merupakan simbol agama Kristian.

"Tidak terdapat simbol masjid atau kubah yang boleh dikenal pasti sebagai simbol Islam, namun terdapat dua simbol orang sedang menadah tangan yang boleh ditafsirkan sedang berdoa iaitu amalan yang biasa dilakukan oleh penganut agama samawi, termasuk Islam dan Kristian," kata blog itu hari ini.

Selain AIDC, isu sama turut dipersoal oleh blog-blog Nasionalis1982, The Flying Kick, Mymassa dan Alami Jiwa Paradox.

© Utusan Melayu (M) Bhd.


Komen Isac;

Apalah nak jadi dengan Pas agaknya....

Walaupun kerajaan Kelantan X bina masjid di Kelantan (cuma bina tiga buah) tetpi kerana kerajaan pusat di bawah BN membinanya di Kelantan, ianya tidak dirasakan sangat oleh rakyaat Kelantan.

Apa agaknya akan berlaku jika kerajaan pusat ditunjangi PR agaknya, dah lah kerajaan negeri X bina masjid.... Manifesto kerajaan pusat (PKR) pun X ada gambar masjid.... Agak2 diorang tu nak ke buat masjid???


26 Feb 2013

Gara-gara Foto Masuk FB - Seekor Kerbau Terselamat Dari Disembelih?

Kerbau terlepas dari disembelih

Tuah ayam nampak ditaji, tuah kerbau nampak di FB ?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Manifesto Pakatan Rakyaat - Tanpa Hudud dan Royalti Buat Kelantan dan Terengganu???



Sudahlah perlaksanaan Hudud tak ada dalam manifesto mereka, malah Pakatan Rakyaat dilihat seperti mahu menganak-tirikan negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Kelantan dan Terengganu apabila hanya menyebut pemberian royalti petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sabah dan Sarawak dari 5 peratus ke 20 peratus.  sumber klik sini.

Mungkin Allah s.w.t. sengaja nak tunjuk....Sejauh mana keikhlasan Pas di dalam memperjuangkan hudud, Islam dan orang-orang Melayu sebagaimana yang mereka laung-laungkan!!!

Parti Islam Berbohong Semasa PRU - Bukan Ciri-ciri Munafik???


Shah Alam: Pembangkang semalam mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menawarkan lebih 80 janji yang disifatkan pelbagai pihak sebagai tidak munasabah dan boleh menyebabkan negara muflis. 

Manifesto itu juga tidak menjelaskan secara terperinci sumber kewangan dan kaedah pelaksanaan, sebaliknya disifatkan umpan merayu undi. 
Malah, masih banyak janji manifesto Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-12) tidak dilaksanakan pembangkang.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Amir Baharuddin, berkata manifesto itu tidak boleh diambil serius atau dipercayai kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri pernah mengakui 'manifesto bukan satu perjanjian'. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Letak perkataan Islam "besar-besar" pada nama parti, maka anda boleh berbohong sesuka hati dan tidak jadi munafik???

Apa Akan Jadi Jika Pakatan Menolak Anwar Jadi PM?

Sumber klik Anwar 'macam tak syok' di konvensyen pakatan | Muka Hadapan

Melihatkan cara beliau memijak kepala pemimpin2 Umno untuk naik ke jawatan no 2 dahulu...

Sebab utama mengapa beliau mencetuskan gelombang Reformasi 1998....

Mencetus rusuhan jalanan....

Menubuhkan Parti Keadilan...

Semua di atas hanya kerana satu alasan.....

Nak jadi PM....

Bayangkan apa akan berlaku jika Pakatan menang dan beliau X diangkat menjafi PM!!!

Jika dilihatkan kepada Karpal dan Mat Sabu yang masih X menarik balik tuduhan liwat terhadap Anwar sejak 1998...Ianya tidak mustahil!!!



Published with Blogger-droid v2.0.9

23 Feb 2013

Selepas Sabotaj Usaha Naik-taraf Bekalan Air Kerajaan Selangor Gantung Semua Projek Lebuhraya dan Prasarana Pula?

Berita Harian: Khalid cuba sabotaj ekonomi

Jaminan untuk pengeluaran ROI untuk kerja2 menaik-taraf sistem pembekalan air bersih telah dibekukan. Kini kerja menaik-taraf jalan dan prasarana oleh kerajaan pusat pula yang menjadi mangsa.

Jika negeri2 lain betlumba2 untuk mendapatkan peruntukan kerajaan pusat bagi kemudahan anak negeri dan pelabur, Selangor pula dilihat menongkah arus.

Adakah ini semua kerana penasihat ekonomi RM 1.00 ????

Published with Blogger-droid v2.0.9

22 Feb 2013

Pakatan Rakyaat Bagi Duit Sumbangan Syarikat Judi pun X Salah...

Lim Guan Eng bagi RM100 pada binatang ke Tok Guru???...PM dan TPM kata Nik Aziz hina rakyat | Muka Hadapan

Anda semua masih ingat lagi LGE pernah mengaggihksn RM 100 kepada warga tua di Pulau Pinang?

Fatwa ikut suka Pas, inilah jadinya....

Parti yang ada tulis perkataan Islam boleh buat seduka hati mereka....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pas Layan Rakyaat Kelantan Mcm Lembu?

Agenda Daily: Real News For New People

Pas kata Umno umpan rakyaat gguna BRM1, Macam umpan lembu dan kambing dengan makanan.


Ironinya Pas pun buat juga..

Tapi lebih hebat Pas suka lembukan rakyaat Kelantan.

Dah lah X berikan mereka peluang pekerjaan,  air bersih, kemudahan asas, masjid kena buat sendiri dll. "kena pau" lagi suruh menderma kepada Pas.
.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pencerobohan Pengikut Raja Sulu di Sabah - Dijemput Oleh Pakatan Rakyaat???


20 Feb 2013

Semalam Chua Jui Meng, Hari Ini Karpal Pula Disuruh Tutup Mulut!!!

Artikel penuh klik 'Wahai Karpal belajar duduk diam!'

Apa pula komen DSAI?

Kenapa pula Karpal tiba2 "diam" berkaitan tuduhan nya terhadap aktiviti liwat DSAI di dewan rakyaat pada tahun 1998 lalu?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bakal Menteri Besar Johor Diarah Tutup Mulut?

Artikel penuh klik Politik - Sinar Harian

Published with Blogger-droid v2.0.9

18 Feb 2013

Usaha Terdesak Untuk Memenangi PRU 13 - Berita Najib Letak Jawatan PM Tersebar!!!!

Artikel penuh klik Nasional - Sinar Harian

Penafian ini telah dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan penerangan yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.'

Dah terdesak sangat kot dia orang ni?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Foto Yang Membuatkan TG Nik Aziz Menggigil???


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut meriah oleh warga Kelantan pada Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan di Perantauan di Stadium Putra, Bukit Jalil, hari ini. Majlis yang disertai kira-kira 15,000 anak Kelantan. - Foto Aizuddin Saad.

Mesti nanti foto ni akan digunakan balik dalam PRU13 nanti....



Yang jelas sekarang ini siapa yang tidak menegakkan Islam???

Hudud entah ke mana? Isu Murtad, kalimah Allah, akidah, dakyah kristian tidak dijuarai mereka...

Perjuangan untuk traseksual, homeseksual, lesbian dipandang sepi...

Pluralisma dibiarkan sahaja...

Rakyaat Kelantan ditindas dan dibu=iarkan merana, tiada pembangunan, tiada air bersih, peluang pekerjaan...Semua hanya berharapkan kepada ikhsan kerajaan pusat yang dilebelkan sebagai kafir.








17 Feb 2013

Kerjasama Pas dan Pakatan - Biar Islam/Melayu Rugi Tetapi Pemimpin Untung???


Komen Isac:

Cakap X serupa bikin!!! Artikel penuh klik sini.

Yang jelas...

Sejak berkawan dengan DAP hudud pun Pas dah tak perjuangkan...

Penyebaran agama lain kepada umat Islam oleh bangsa lain dan disokong oleh sekutu politik, Pas cuma biarkan.

Penyebaran fahaman Pluralisma oleh sekutu politik...Pas menikus.

Sekutu politik menyebarkan fahaman membenarkan transseksual...Pas membisu...

Jual arak dan rumah urut berleluasa....Exco agama Pas dibuang kerana kerana cuba menghalangnya juga kerana cuba mempertahankan akidah orang2 Islam yang didakyahkan oleh sekutu politik mereka....

16 Feb 2013

Pasti Sakit Hati Guan Eng Semakin Berterusan???





Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Sejak beberapa lama Guan Eng apabila berucap dalam komuniti Cina akan mengapi-ngapikan mereka dengan sentimen mengapa Tan Sri Syed Mokhtar dilihat dibiarkan memonopoli projek2 kerajaan pusat. Ini kerana beliau dilihat berupaya mengambil-alih banyak syarikat2 kerajaan yang diswastakan maupun GLC.

Sebagai orang Melayu/Islam pastinya kejayaan Tan Sri Syed Mokhar yang berjaya menempatkan diri sebagai orang ke 5 terkaya di kalangan warganegara Malaysia bukan Melayu/Bumiputera sewajarnya menjadi idola kita semua. Apa lagi Syed Mokhtar juga terkenal dengan sifat pemurah didalam menghulurkan bantuan/derma/sedekah jariah di dalam mahupun diluar negara. Klik sini.

Bayangkan seorang lelaki Islam yang mempunyai Yayasannya sendiri untuk membantu umat Islam yang memerlukan melalui derma, pembinaan hospital, memberikan biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran buat pelajar miskin di Universiti Aantarabangsa  Albukahary sedang cuba untuk dimusnahkan oleh LGE.

Sewajarnya jika masyarakat dan pemimpin berketurunan Tionghua benar2 ikhlas mahu berkongsi kekayaan negara ini mereka juga perlu membantu untuk melahirkan lebih banyak orang kaya dari kalangan Melayu/Islam agar kemakmuran negara ini dapat kita kongsikan bersama dan tidak membiarkan bangsa Melayu/Bumiputera iaitu penduduk asal negara ini terpinggir di bidang ekonomi mahupun pelajaran, umpama melukut di tepi gantang.

Syarat2 kemasukan ke Universiti Antarabangsa Albukhary klik sini dan bantuan biasiswa Yayasan Albukhary klik sini.


15 Feb 2013

Apa Pulak Pakatan Rakyaat Nak "Spin" ???



Sumber klik sini.

Itu tak termasuk lagi berbagai-bagai subsidi lain yang rakyaat nikmati...

Graduan Seberang Laut Cabar Institusi Negara Akibat Terpengaruh Gaya Pakatan Rakyaat? ??

Sumber Semasa - Sinar Harian.

Mamat ini meruoakan graduan seberang laut.

Jika belajar atas tajaan sendiri pastinya
beliau tidak sebagaimana pelajar2 tajaan kerajaan yang akan diajar sejarah penubuhan  negara yang tercinta ini sebelum dihantar ke seberang laut.

Begitulah juga halnya dengan pelajar2 di IPTA. Matapelajaran sejarah penubuhan Malaysia menjadi di antara matapelajaran bukan teras bagi kursus yang wajib diambil. Jika dahulu pelajar Islam juga wajib mengambil matapelajaran agama sehingga ke tahun 3. Malah juga perlu mengikuti kelas Agama Islam "wajib hadir" di peringkat master dan Phd.

Jika dilihat anak2 muda kini, terutamanya mereka yang tanpa pendidikan sejarah dan agama lebih cenderong dengan gaya Pakatan Rakyaat yang sukakan demonstrasi, membuat kacau, memfitnah, tidak menghormati pemerintah/pihak polis dan suka bertindak ganas.

Sewajarnya sesuatu perlu dilakukan agar perkara sebegini dapat dibendung.

Published with Blogger-droid v2.0.9

14 Feb 2013

Apa Motif Kerajaan Negeri Pas Kelantan "Menghapuskan" Habitat Orang Asli Lojing.


Derita Orang Asli tiada kesudahan... | Analisa

Untuk membela nasib Asli/Bumiputera?

Mahu membawa orang asli ke kehidupan yang lebih bertamadun?

Ataupun mahu meminggirkan mereka lebih jauh ke dalam hutan?


Published with Blogger-droid v2.0.9

13 Feb 2013

Keturunan Kacukan India Pertama Dianugerah Gelaran Huguan Siou.

Huguan Siou: Anwar terdesak... | Politik

Dahsyaaat.....Kalau pembaca2 mengikuti perbicaraan kes Liwat I, pasti pembaca2 pernah terbaca bagaimana DNA DSAI tidak sama dengan DNA keturunan Melayu. Ini kerana majoriti orang2 Melayu Pulau Pinang berdarah kacukan India.

Tak pernah dalam sejarah ada kaum lain yang dianugerahkan gelaran tersebut.

Mungkin PKR Sabah bersetuju dengan saranan  Wan Azizah bahawa suaminya adalah pemimpin anugerah Tuhan.

Jangan nanti ada pulak video seks "versi Sabah" yang terlepas sudah lah....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tarbiah Kristian di Selangor, Kalimah Allah di Bible, Isyarat Lucah Buat Permaisuri Agong - Apa Pula Selepas Ini???


Klik sini.

Berbaloi kah, "Untuk Ganti Umno Dengan Pas" ???

Panas!!! Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan Toron 3 Amoi Serentak!!!


Sumber klik sini.

12 Feb 2013

Karpal Tetap Pilih "Kaki Liwat 1997" Untuk Jadi PM???


Komen Isac:

Pelik dunia ni... Seperti yang tercatit dalam Hansard Dewan Rakyaat pada tahun 1997, di mana DSAI ketika itu menjawat jawatan TPM, Karpal beriya-iya mahu menjatuhkkannya. 

Karpal merupakan di antara individu pertama yang menuduh DSAI sebagai peliwat dan mengamalkan seks rambang.

Anehnya bila DSAI telah tidak lagi bersama dengan Umno/BN kini lelaki yang dituduhnya sebagai "peliwat dan pengamal seks bebas tegar 1997" itu mahu diangkan menjadi PM.

Adakah kerana DSAI kini pemimpin Pakatan Rakyaat maka isu masalah moral dibolehkan???

Tidak lagi menjadi suatu kesalahan???

Jika DSAI sememangnya tidak bersalah, adakah ini bermaksud Karpal sengaja memfitnahnya pada tahun 1997???

Memfitnah pemimpin2 Umno/BN tidak sememangnya tidak menjadi kesalahan buat   pemimpin2 Pakatan Rakyaat kerana tujuan mereka untuk berkuasa membolehkan mereka memfitnah pemimpin2 Umno/BN. "Matlamat menghalalkan cara"???

Jestru adakah ini bermaksud, segala tuduhan Pakatan Rakyaat, terutamanya DAP terhadap pemimpin2 Umno/BN selama ini hanyalah fitnah semata2 demi untuk menonjolkan diri mereka lebih baik di mata rakyaat Malaysia.

10 Feb 2013

Anwar Belum Tentu Jadi PM Jika Pakatan Rakyaat Menang PRU 13?

Politik - Sinar Harian

Menteri Besar Kelantan turut menyalahkan Umno yang dikatakan sengaja mencipta isu berkenaan sedangkan Majlis Syura yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan hal tersebut.“Itu mengarut, tak ada apa, Umno suka buat fitnah, benda tak ada apa-apa lagi, dia tak tahu dosa pahala, bila manusia tolak agama ia tidak dapat mengawal mereka,” katanya di sini pagi ini.

Komen Isac;

Tak pernah dibincang kan rupanya.... Jadinya segala kenyataan dan persetujuan yang dibuat Hadi dan Nik Aziz sebelum ini yang kononnya Pas bersetuju mahu melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan menang rupanya hanyalah kenyataan peribadi dan bukannya keputusan resmi Pas kerana keputusan tersebut tidak pernah dibincangkan dalam majlis syura.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pembangkang Akan Akur Apa Juga Keputusan PRU 13???


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Najib tidak perlu takut sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas pada PRU13 kerana sejarah membuktikan pembangkang tidak melakukan huru hara sejak merdeka.Menurutnya, kenyataan itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan BN yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat.

“Tidak perlu bimbang, pembangkang tidak akan melakukan huru hara seperti yang didakwa. Kami akan menerima keputusan dengan berlapang dada, apa yang dirisaukan adalah dari pihak lawan.

Yang jelas Pakatan Rakyat yang masih bertanding dalam PRU negara sentiasa menunding jari menuduh SPR berat sebelah setiap kali mereka kalah. Sebaliknya bila me ang mereka membisu seribu bahasa.


Published with Blogger-droid v2.0.9

9 Feb 2013

Mungkin Ini lah Yang Pakatan Rakyaat Cuba Lakukan Terhadap Melayu/Bumiputera?

Berita Harian: Peratus orang Melayu Singapura kian merosot

Tanpa kuasa ekonomi?

Kurangnya peluang melanjutkan pelajaran?

Tanpa kuasa politik?

Menjadi golongan minoriti di bumi sendiri?

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 Feb 2013

Berapa Ramaikah Yang Dipilih Allah S.W.T. Untuk Masuk ke Dalam Kaabah???

Berapa ramaikah di antara kita yang mampu memperjuangkan bangsa dan agamanya di tanah-airnya sendiri...

Mengangkat senjata berjuang membantu, apabila umat Islam dibunuh di Kem Pelarian di Sabra dan Shatila??? Di Selatan Thailand, di Afgranistan, Iraq, Bosnia, Chechnya dan lain-lain?

Memperjuangkan Islam dan mempertabatkanya dengan cara yang tersendiri.....

Memperjuangkan dan memertabatkan Islam di mata dunia...

Menghulurkan bantuan kewangan juga senjata?

Mendamaikan puak yang bertelagah???

Tidakkah anda terfikir mengapa beliau dimuliakan daan dijadikan tetamu Allah untuk masuk ke dalam Baitullah??? Kiblat semua umat Islam???

Sumber klik sini.

7 Feb 2013

Gempar!!! Video Seks Anwar Dengan China Doll Palsu???


Kalau palsu pun..... Berdasarkan foto2 ini, adakah anda semua benar-benar kenal siapa Anwar???










6 Feb 2013

Pas Parti Islam Yang Tolak Pejuang Islam Sebaliknya Lebih Senang Dengan Karpal?


Pejuang Islam yang cuba mempertahankan akidah umat Islam dan mendedahkan dakyah Kristian terhadap orang2 Melayu Islam (Dr Hasan Ali) dipecat demi menyedapkan hati DAP...

Pejuang Islam yang mendedahkan pengaruh Anwarinas di dalam Pas sehingga kepimpinan ulamak yang mahu menegakkan Islam dipinggirkan di dalam Pas, telah dipecat (YB Zul).

Terbaru pemimpin Pas yang tidak mengenal batas kepartian di dalam menyatu-padukan umat Melayu/Islam, dipinggirkan daripada pilihanraya dan juga daripada Majlis Syura.

Semuanya demi mendapatkan undi dan memuaskan hati pemimpin2 DAP...

Ronggeng Sikit-sikit Takkan Nak Ambil Tindakkan - Anwar...





5 Feb 2013

Nizar Bakal Jadi PM Selepas PRU 13 ???


Sekiranya pengundi2 yang budiman mahukan segala masalah yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang...Masalah air di Kelantan berlaku di tempat anda....isu murtad, kalimah Allah digunakan oleh agama lain berterusan dan menjadi lebih teruk..Undilah Pakatan Rakyaat!!!


3 Feb 2013

Hadi Pejuang Islam Tulen??? Bila Terbelit Salahkan Umno???


Pandainya.....TG Hadi ni....

Orang politik lah katakan...

Semalam Karpal masih mempertikaikan pendirian Majlis Syura Pas kerana ianya dilihat tidak selari dengan penderian TG Hj. Hadi ketika beliau bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyaat yang sebelum ini yang membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh agama lain...

Mahasiswa Kini Telah Semakin Sedar - Majoriti Menyokong BN.

Foto: Hanyalah Hiasan.

Lebih ramai mahasiswa sertai Umno tolak tanggapan mereka cenderung pembangkang - Khairy | Politik

Sebenarnya bukan setakat majoriti mahasiswa yang menyokong kerajaan BN, malah majoriti rakyaat Malaysia sememangnya sedar akan perlunya untuk mengekalkan kerajaan yang diperintah BN. Kerajaan yang mampu mengekalkan keamanaan,  menunaikan janji,  membawa kemewahan kepada rakyaat dan negara serta suatu kerajaan yang memperjuangkan agama Islam dan bukannya menipu rakyaat dengan menjanjikan "bulan dan mutiara".

Cuma "the silent majority" ini hanya menunjukkan dari mereka 5 tahun sekali iaitu pada setiap PRU dan sebaliknya  penyokong2 PR yang tak seberapa itu suka menonjolkan dari mereka sepanjamg tahun melalui provokasi 2 yang mereka lakukan untuk meraih simpati, mengaburi dan merancuni minda rakyaat 

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 Feb 2013

Isu Kalimah Allah Belum Selesai - Karpal Templak Pas Berbohong???




Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.


"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.


"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.

Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu.



Artikel penuh klik sini.

Huru-hara Politik Oleh Pakatan Melalui Rapat Umum dan Demonstrasi Jalanan Memakan Diri???

Ianya tidak digemari oleh rakyaat...

Hanya "klishe" reformasi jalanan ciptaan Anwar tahun 1998.

Rakyaat kini telah pandai membezakan yang mana batu dan yang mana permata....

Artikel penuh klik sini.

Gerakan Akar Umbi PKR Pulau Pinang Mahu Jatuhkan Anwar Bakal Sia-Sia?

Berita penuh klik sini Berita Harian: Gerakan jatuhkan Anwar

Anwar yang dilihat sebagai "Wali" politik oleh penyokong2 Pakatan Rakyaat sebagaimana penyokong2 Pas melihat Nik Aziz dan Hj Hadi dan sebagaimana penyokong2 DAP melihat LKS dan Karpal Singh mana mungkin hendak ditumbangkan?

Apa lagi jika ahli2 yang terlibat tersebut keluar parti.  Lihat sahaja berapa ramai pemimpin2 PKR yang semasa di dalam parti mereka disanjung sebaliknya apabila keluar parti mereka dilabel sebagai pengkhianat. Walaupun sebahagian drpd mereka yg meninggalkan parti itu merupakan antara  pengasas parti tersebut.

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3