bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Apr 2010

Hulu Selangor: Puteri Umno Akan Serang Dakyah/Tohmahan Pembangkang!!!


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=491333
17 April, 2010 19:34 PM
Hulu Selangor: Puteri Umno Guna Pendekatan Serang Dakwaan Pembangkang

HULU SELANGOR, 17 April (Bernama) -- Pergerakan Puteri Umno akan menggunakan laman web sosial 'facebook' dan blog bagi menangkis tohmahan dan memperbetulkan fakta terhadap isu-isu yang dimanipulasikan lawan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata setiap anggotanya akan diminta menggunakan kedua-dua saluran teknologi terkini itu sebagai sebahagian pendekatan serangan. "Setiap anggota Puteri akan membuka laman web sosial 'facebook' dan blog tersendiri bagi memantau blog-blog yang boleh menjejaskan kempen BN di samping menjelaskan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang diwujudkan pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera Puteri Umno bagi pilihan raya itu di Pusat Operasi BN, di Bukit Sentosa di sini, pada hari Sabtu. "Kita mempunyai kumpulan penerangan yang turun padang bersama kumpulan kempen rumah ke rumah bagi memberi penjelasan mengenai mana-mana isu kerajaan pusat yang di manipulasi dan kita cuba membetulkan bahawa kerajaan pusat tidak sekejam yang dicakapkan oleh parti pembangkang," katanya.

Menurutnya, tumpuan utama pergerakan itu lebih kepada pengundi muda khususnya pengundi wanita berusia 21 hingga 40 tahun yang mewakili sebanyak 31.5 peratus daripada kira-kira 20,800 pengundi muda di kawasan berkenaan.

Beliau berkata selain kempen dari rumah ke rumah, pendekatan Puteri kali ini juga menjurus kepada program kemasyarakatan dan kebajikan di samping mewujudkan pasukan sukarelawan membanteras denggi di kawasan kampung-kampung.

"Pergerakan Puteri sudah matang menggunakan pendekatan yang betul dalam mengendalikan kerja mereka berdasarkan pengalaman banyak melalui beberapa pilihan raya lepas dan dalam pada itu mereka juga perlu menjaga keselamatan dan mengelakkan kontroversi dengan pihak pembangkang," katanya.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim daripada PKR dan dua calon Bebas bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor V.S. Chandran dan ahli perniagaan Johan Mohd Diah.

-- BERNAMA



Komen Isac;


Menggunakan perkataan "serang dakyah/tohmahan Pakatan" rasanya lebih tepat!!!!  Selamat berjuang!!!!

5 comments:

  1. Cakap berdegor-degor pejuang melayu...ketuanan melayu. Sekali kena tengking dengan Samy velu semua pemimpin umno termasuk muhyiddin terkencing-kencing dalam seluar.
    Orang umno jadi calun bebas pula kena pecat. Masa bila umno dah mula jadi bacul ni?

    ReplyDelete
  2. Quote " Ingatlah semua umat Islam adalah bersaudara...." .
    Woit...yang pergi pakat dengan Obama untuk sekat negara Iran tu siapa....

    ReplyDelete
  3. Anonymous, April 18, 2010 12:17 PM sila layari link ini untuk jawapan kepada soalan anda;

    http://bumiyang.blogspot.com/2010/04/pemberhentian-export-minyak-malaysia.html

    ReplyDelete
  4. Anonymous, April 18, 2010 12:15 PM, Pakatan pun sama....takut dengan DAP sebab tu buang YB Zul.....Hasan Ali sib baik ada Tuan Ibrahim Tuan Man kalau tak pun dah kena tendang....Khalid Samad lebih condong kepada DAP dari Pas.

    Dengan Samy, bukan takut, tapi strategi, yang penting rambut tak putus, tepung X berserak....
    Calon Samy X dicalonkan, Kamal memang di antara calon asal yg Umno cadangkan....

    ReplyDelete
  5. sesuailah tu, calon dikatakan kaki ba wau ta wau lam, bossnya pulak kaki jim wau ba wau ra, penjilat tegar pulak ulamak ta ra wau mim pa alif hah, kalau yg kaki CIFUT pon boleh dipejam sebelah mata je, inikan pulak kaki ba wau ta wau lam, dasar hipokrit. memang sesuai sangatlah tu. hipokrit. the ends justifies the means mean!

    - tokgarooajes

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3