bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Apr 2010

PKR Tidak Hiraukan Kebajikan Pengundi-pengundi Hulu Selangor???


PKR Tidak Pentingkan Soal Hubungan Calon Dengan Pengundi
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=490706

JITRA, 15 April (Bernama) -- Langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih calon dari luar untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini jelas menunjukkan pakatan pembangkang tidak mementingkan soal hubungan calon dengan penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata bagi Barisan Nasional (BN) dan Umno khususnya mengutamakan hubungan baik antara calon dan pengundi. "Penting bagi BN, calon yang mewakilinya sinonim dengan pengundi setempat kerana khidmat yang akan diberi mereka (sekiranya menang pada pilihan raya) lebih mudah," katanya.

Anggota Parlimen Kubang Pasu itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'Hari Potensi Kanak-kanak Tadika Kemas' peringkat Parlimen Kubang Pasu di sini, Khamis. Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Penamaan calon Sabtu ini.

Datuk Zaid Ibrahim, bekas Ketua Umno Bahagian dan anggota Parlimen Kota Baharu dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diumumkan sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil itu.

-- BERNAMA


Komen Isac;

Bolehkah pengundi-pengundi HS menerima layanan yang diberikan oleh PKR terhadap mereka? Kalau dalam PRU 12 mereka memberikan pengundi-pengundi HU seorang MP yang "uzur", kini sekali lagi mereka seolah-oleh dianaktirikan apabila pucuk pimpinan PKR dan Pakatan Pembangkang memberikan mereka seorang calon MP yang "diragui" keberkesanannya apabila Datuk Zaid (orang luar) pula yang disogokkan kepada mereka.

Sejauh mana Datuk Zaid akan meluangkan masa dan memperjuangkan nasib pennduduk HS hanya masa yang akan menentukan, tetapi adakah "bijak" untuk pengundi-pengundi HU  memperjudikan nasib dan masa depan mereka ??? Jangan sampai pisang berbuah dua kali!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3