bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Apr 2010

Hulu Selangor - 1, 466 Undi Rosak Milik Siapa???


Sejarah P94 Hulu SelangorSecara tradisi,kerusi ini merupakan milik PAS. PAS sejak merdeka, tidak pernah gagal untuk meletakkan calon di kawasan tersebut. Tetapi semuanya menemui jalan buntu dan tidak dapat menewaskan BN.

Calon yang diletakkan PAS di situ bukanlah calang-calang. Pada PRU 2004, PAS meletakkan Dato' Ismail Kamus untuk bertanding tetapi tewas kepada G.Palanivel dengan majoriti 14,483.

Namun, pada PRU12 2008, kerusi itu diberikan kepada PKR.

PKR melalui calonnya Datuk Dr Zainal membuat kejutan dengan menang kerusi tersebut tetapi majoriti hanya 198 undi.

Jika diperhatikan, ketiga-tiga DUN di parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh Barisan Nasional. Dan jika dihitung majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi.

Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang. Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel. Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177. Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.

Maknanya, Allahyarham Dr Zainal mendapat undi protes mereka yang menyokong tiga calon BN di 3 DUN..iaitu sebanyak 5,981 undi. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Datuk G Palanivel yang menyebabkan pengundi-pengundi "BN" Hulu Selangor telah menolak beliau dalam PRU 12 yang lalu!!! Apa jasanya kepada penduduk Hulu Selangor setelah 3 penggal diberikan kepercayaan oleh penduduk di kawasan tersebut?

Secara matematik mudah, jika kesemua 1, 466 undi rosak di PRU 12 yang lalu memberikan undi kepada mana-mana calon yang bertanding dalam PRK P94 Hulu Selangor nanti, kemenangan pastinya menyebelahi calon berkenaan. Artikel ini sebahagian besarnya telah di "CNP" dari blog Unspinners klik sini.

2 comments:

  1. Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor........jika setuju sila klik disini

    ReplyDelete
  2. Terimakasih En. Hashim Tukar Tiub kerana selalu singgah ke blog kawan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3