bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Apr 2010

Ramai Rakyat Malaysia "Gila" Nak Jadi Yang Berhormat???

16 April, 2010 17:07 PM
Lebih 30 Borang Pencalonan Parlimen Hulu Selangor Dijual
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=491096

SHAH ALAM, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 37 borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dijual setakat ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Jumaat. Katanya borang-borang itu dibeli oleh ejen-ejen parti politik daripada Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Bebas.

Selain itu, deposit untuk pencalonan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berlangsung esok juga diterima daripada seorang calon Bebas dan juga BN, katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak di sini pada Jumaat.

Semalam, BN mengumumkan Ketua Penerangan MIC P. Kalamanathan sebagai calonnya pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor manakala PKR mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim. Abdul Aziz juga ditanya kemungkinan pilihan raya kecil di Hulu Selangor menyaksikan keadaan seperti pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tahun lepas apabila 13 calon Bebas, seorang calon BN dan seorang PKR.

Beliau berharap jumlah calon yang bertanding tidak seramai seperti di Bukit Selambau. Beliau berkata ajen-ejen parti lazimnya membeli lebih daripada satu borang sebagai persediaan jika borang rosak atau tersilap isi. "Tidak semestinya jumlah borang sama dengan jumlah calon," katanya. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas kerana barah otak.


Komen Isac:

"Gila" nak jadi Yang Berhormat??? Itu mungkin juga.... Ataupun ramai yang sudah "bosan" dengan mainan politik yang tidak berkesudahan....Sejak dari PRU 12, sebahagian besar dari kita asyik nak berpolitik. Macam tak payah nak membangunkan negara...

Tapi apakah jaminan dengan terlantiknya YB "tanpa parti" akan dapat menamatkan mainan politik? Mungkin makin teruk lagi, sebab masing-masing parti akan cuba untuk memancing YB/MP Bebas.... :)

1 comment:

  1. ISAC, ini pun satu perniagaan/perkerjaan,masuk politik jadi calon untung-untung menang sudah bagus,pi parliment duduk diam-diam orang ketuk meja kita pun ketuk, tetapi ekor pangkal pun tak tahu.mungkin mereka maseh ingat sejarah PR ke12 lalu-berapa banyak kurang knowlage boleh jadi MP. pilihlah parti/orang yang mampu memberi sesatu kebaikan seluruh penduduk.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3