bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Apr 2010

Ezam Kata Beliau Terkhilaf Menyokong Anwar . Bagaimana Pula Dengah Keterlanjuran Memtitnah Kerajaan & Tun Mahathir?


 

 

Maafkan saya – Ezam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut. “Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.

“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.



Komen Isac;

Dahulu Ezam dan YB Zul lah di antara mereka yang begitu agresif menuduh kerajaan Umno/BN yang kononnya telah meracun DSAI menggunakan racun arsenik. Mereka ini perlu memohon maaf di atas kesalahan tersebut.... Walaupun mungkin dalam keadaan "terkhilaf", mereka samada sengaja atau tidak telah memfitnah Tun Mahathir dan kerajaan pada waktu itu.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3