bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Apr 2010

Penamaan Calon - Update Perkembangan di Hulu Selangor.

Hulu Selangor: Perkembangan Hari Penamaan Calon


KUALA KUBU BAHRU: Berikut adalah perjalanan hari penamaan calon di Parlimen Hulu Selangor hari ini:

9.02 Pagi: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim bersama-sama pencadang dan penyokong masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk mengemukakan borang pencalonan mereka.

9.01 Pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Norisham Ahmad Dahlan mengumumkan bahawa calon yang bertanding boleh mengemukakan borang pencalonan masing-masing sehingga pukul 10 pagi.

9.00 Pagi: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat penamaan calon.
Turut mengiringi beliau Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

8.50 Pagi: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

8.10 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia membuat tinjauan udara menggunakan helikopter di kawasan sekitar pusat penamaan calon.

8.00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon.

7.50 Pagi: Petugas-petugas media mula hadir di pusat penamaan calon di sini.

7.40 Pagi: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu di 'boo' penyokong Pakatan Rakyat semasa berjalan memasuki pusat penamaan calon.

7.30 Pagi: Sebahagian anggota media tidak dibenarkan masuk ke kawasan penamaan calon.
Namun selepas perbincangan, hanya pihak media yang mempunyai pas media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan masuk.

7.15 Pagi: Jumlah kehadiran penyokong kedua-dua parti yang beertanding semakin ramai memenuhi ruang pusat penamaan calon.
Terdapat juga puluhan gerai jualan di buka di kawasan pekan Kuala Kubu Bahru. Bagaimanapun keadaan masih terkawal.

7.00 Pagi: Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mula membanjiri kawasan sekitar pusat penamaan calon dengan membawa bendera dan sepanduk masing-masing.

6.45 Pagi: Anggota keselamatan mula mengawal lalu lintas di Bandar Kuala Kubu Bharu. Beberapa jalan utama menghala ke pusat penamaan calon ditutup untuk kenderaan

1 comment:

  1. Aku ada berita hot, pengikut ham-PAS jadikan masjid tak ubah seperti rumah tumpangan... Kat Kuala Kubu Baru...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3