bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Apr 2010

Hulu Selangor: Selamat Mengundi....

Penduduk di Kalumpang beratur untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kalumpang, Hulu Selangor, hari ini. - Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN
Hulu Selangor: Pengundian Hari Ini

HULU SELANGOR: Proses pengundian bagi kira-kira 63,700 pemilihberdaftar di kawasan kerusi Parlimen Hulu Selangor telah bermula pukul 8 pagi tadi. Tinjauan di beberapa pusat mengundi mendapati jumlah pengundi yang mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka masih berkurangan.

Bagaimanapun, dijangkakan jumlah itu akan bertambah menjelang pukul 9 hingga 10 pagi nanti. Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang. Kira-kira 799 pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pekerja pilihan raya telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Khamis dan Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan beliau akanditentang calon PKR yang mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun kedua-dua calon berkenaan bukan pengundi Parlimen Hulu Selangor. Pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 48 pusat mengundi iaitu di 47 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai untuk memilih calon wakil rakyat mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan bagi pilihan raya berkenaan akan dapat diketahui sekitar pukul 9 malam ini.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratusadalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratusIndia dan kira-kira 1,000 Orang Asli. Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnyaDatuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak.

Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu. Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empatpenggal.



Komen Isac;


Kempen dan amanat telah diberikan...Nak kempen dah tak boleh lagi.. Kepada pengundi-pengundi tepuk dada tanyalah selera dan selamat mengundi!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3