bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Nov 2013

Gempar!!! Umno Kelantan Sokong Jika Kerajaan Negeri Laksanakan Hudud di Kelantan???

Sewajarnya begitulah...

Melayu/Islam perlulah bersatu...

Paling tak pun dalam bab agama dan kepentingan agama dan bangsa.

Seperti di Brunei Hudud di Kelantan juga hanya untuk penduduk2 yang beragama Islam... Bakal tertaluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, jestru teguran TS Anuar Musa terhadap DAP ini ada benarnya, apa pasal pula DAP nak sibuk2 ???

Walaupun di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Khurasyidin r.a., Hudud dilaksanakan terhadap semua masyarakat, samada Islam maupun sebaliknya, tetapi pada pandangan penulis walau apapun perkara kita perlu memulakan bengan langkah pertama.

Tidak menjadi kesalahan jika kita jadikan perlaksanaan Hudud DI Kelantan khas untuk masyarakat Islam sebagai model.

Penambahbaikan boleh dilakukan setapak demi setapak...

Apapun kelemahan seperti perlaksanaannya hanya untuk masyarakat Islam perlulah diperhalusi dan dikaji dengan mendalam. Maklumlah dalam dunia Liberalisasi dan kononnya mempertahankan hak asasi manusia, pihak luar pasti akan campur tangan sekiranya ada di antara pesalah yang sengaja murtad kerana mahu lari daripada hukuman. Jestru kita perlu bersedia dengan apapun halangan, rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi.

Artikel "bumiyang" yang terdahulu berkaitan Hudud Kelantan klik sini.

Cuma harapan penulis, janganlah isu Hudud ini hanya keluar secara bermusim iaitu setiap dekat nak Muktamar Pas dan mahu diadakan Pilihanraya....

Bukan menuduh, tetapi jika itulah caranya ia akan dilihat sebagai alat kempen untuk menagih sokongan orang Melayu/Islam...

15 Nov 2013

Petualang Negara??? Anak Anwar Ibrahim Bahayakan Nyawa Agen Perisikan Malaysia di London!!!

Setiap negara mempunyai agensi perisikan ala MI6, CIA, Mossad dan lain2 demi untuk kepentingan negara.

Bagaimana boleh seorang yang masih mentah, seorang YB yang "tak cukup masak" seperti Nurul Izzah boleh mengetahuinya rahasia besar negara?

Jawapannya besar kemungkinan kerana telah dibocorkan oleh seorang yang pernah menduduki kepimpinan tinggi negara seperti Anwar ibrahim.

Samada dakwaan beliau benar atau tidak, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal-pasti siapa yang telah melakukan kesalahan kerana menghebahkan rahasia negara.

Suatu dakwaan yang boleh mengeruhkan hubungan negara dengan kerajaan Britain malah jika dakwaan tersebut benar ianya juga boleh mengancam keselamatan dan nyawa anggota2 perisikan negara yang sedang menjalankan operasi.

Sumber klik sini.

Kelantan Bakal Ikut Jejak Brunei Laksanakan Hukum Hudud???



Alhamdulillah... Jika benar2 JAIK telah bersedia.

Apapun JAIK juga perlu membuat perlantikkan dan kursus buat tukang2 laksana hukum atau sesetengah kita memanggilnya algojo.

Jangan sampai macam satu kes minum arak di Pahang X lama dulu.

Akhirnya DYMM Sultan terpaksa mengampunkan pesalah sebab X ada tukang sebat walaupun undang2 Syariah berdasarkan karinah dan takzir telah diamalkan di negara kita sejak berpuluh tahun. 

Ironi bukan?

Bagaimana pula dengan tukang pancung dan tukang potong tangan. Telah bersedia dari segi cara2 melaksanakannya, SOP juga mental dan fizikal?

Bagaimana pula dengan hukuman sebat untuk kes zina dan rejam?

Apapun kita perlukan langkah pertama. Kalau X sampai bilapun kita X boleh mulakan. 

Di ikuti dengan penambahbaikan dari masa ke semasa perlu dilakukan.

Terutamanya hukum hudud ataupun yang lebih dikenali sebagai qisas dan had dalam kitab Mutaal Badrin sepatutnya diamalkan kepada semua rakyaat dan tidak terhad hanya kepada orang yang beragama Islam sahaja.

Sebaliknya undang2 Hudud Brunei dan Kelantan hanya dikhususkan kepada orang Islam sahaja. Mungkin alasannya mudah, jika dipinda undang2 konvensional yang diceduk dari British perlembagaan negara perlu ditukar. Sebaliknya jika dimasukkan di bawah Mahkamah Syariah ianya lebih mudah. Apapun pada pandangan penulis kerajaan Brunei yang majoriti rakyatnya berketurunan Melayu/Islam sewajarnya lebih berani dan berjiwa besar. Mereka sepatutnya boleh mengubal perlembagaan negara dengan mudah berbanding negeri Kelantan yang bernaung di bawah persekutuan Malaysia yang pastinya sukar untuk merubah undang2 konvensional sediada terutamanya apabila orang Melayu/Islam cuma mewakili sekitar 55% penduduk negara. Bukan mustahil, tetapi sukar.

Selain ianya bercanggah dengan amalan Rasulullah dan para sahabat, bagaimana pula jika pelaku dalam kes zina melibatkan satu pasangan yang terdiri dari seorang yang beragama Islam dan pasangannya pula seorang bukan Islam?

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia perkara ini memang terjadi dan seperti tidak dapat dinafikan akan berlaku...

Jadi adakah seorang lepas dari menerima hukuman (bukan Islam) dan yang Islam pula (sekiranya pernah berkahwin) akan ditanam separuh badan dan direjam sampai mati ???

Bagaimana pula jika pelaku yang beragama Islam ini mengistiharkan dirinya murtad?

Adakah dia akan terlepas dari hukuman? 

Jika tidak bagaimana kita hendak menghadapi tekanan gerakan2 hak asasi dari dalam dan luar negara yang sudah pasti akan membela orang yang murtad?

Harapan penulis agar semua ini dapat diperhalusi agar perlaksanaan hukum hudud ini nanti dapat berjalan dengan lancar, dan tidak akan dipersendakan amin Insyallah.

posted from Bloggeroid

Penguatkuasa Agama Mambawa Senjata Api Jenayah Syariah Bakal Berkurangan???



Ada yang pro dan ada yang menentang.

Apapun di zaman Saidina Abu Bakar r.a ketika banyak berlaku dan timbulnya nabi palsu, gerakan murtad dan mereka yang enggan membayar zakat. 

Mereka ini telah dinasihati dan jika masih engan kembali kepada Islam serta enggan membayar zakat mereka akan diperangi.

Suatu zaman di mana semua orang membawa senjata untik mempertahankan diri dan kelengkapan hatian/adat.

Jika sirah sahabat ini di contohi. Apa masalahnya?

Terutamanya apabila kini para pejenayah syariah lengkap bersenjata api dan tidak akan teragak2 menggunakannya walaupun terhadap pihah berkuasa syariah. 

Pastinya sudah sampai masanya untuk pihak penguatkuasa juga perlu dilengkapi dengan senjata api  demi untuk mempertahankan keselamatan diri mereka dan awam.


posted from Bloggeroid

14 Nov 2013

Bersihkan Malaysia Daripada Kepimpinan Melayu dan Ubah Kepada Kepimpinan Cina???

Foto boleh mengungkapkan 1000 cerita...

Dengan pularisasi dan liberalisasi agama Islam akan terpinggir???

Pimpinan Ulama memang selalu kena kencing??? Sedang diitertawakan pun X sedar...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3