Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali
October 13, 2010
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa hari ini.
Ia diumumkan hari ini.
Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Wan Hashim Wan Daud.
Komen Isac;
Gelaran Datuk dan apa juga kurniaan lain daripada Istana adalah kurnia DYMM Sulltan dan adalah menjadi hak mutlak baginda. Dari segi perundangan baginda tidak perlu menjelaskan apakah sebab-musabab mengapa gelaran tersebut diberi maupun jika ianya ditarik balik.
Dalam kes yang sama di mana DYMM Sultan Johor baru-baru ini telah menarik balik beberapa gelaran dan pingat daripada beberapa individu, baginda juga tidak menyatakan sebab-musababnya.
Walaupun pihak Pakatan Rakyaat menuduh penarikkan balik tersebut adalah kerana campur-tangan Umno/BN kerana seorang pemimpin PKR juga turut terlibat, tetapi apa yang penulis dengar, isu sebenarnya adalah kerana mereka ini tidak menghadirkan diri semasa upacara pengkembumian Al Marhum Sultan Iskandar.
Saranan penulis, janganlah isu sebegini dipolitikkan dan janganlah privasi dan kuasa raja-raja Melayu kita pertikaikan. Sultan Muhammad V pastinya mempunyai alasan yang tersendiri...
Lagi berita klik sini.