bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Sept 2010

Anwar Bermesra di Khalayak Ramai???

Ada Apa Dengan Melayu???


Patut lah pun.... Dah macam "orang puteh".... Berkot dan pakai "bow tie". Kalau dijumpa dek "Si Pitung" dan Dato' Maharaja Lela, silap-silap haribulan mereka mungkin tersalah "abang" kita ni dengan JWW Birch. Segak dan bergaya...

Patutlah yang empunya diri dalam gambar di atas tu tak bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu... Jati diri Melayunya boleh dipertikaikan.... Mungkin undang-undang tubuh negeri-negeri di Semenanjung wajar mensyaratkan, Menteri Besar bukan sahaja mesti berbangsa Melayu dan dipersetujui oleh Baginda Sultan negeri masing-masing, mereka juga perlu mempunyai "jati diri" Melayu yang kuat.

Duapuluh tahun menjawat jawatan MB sebab beliau Melayu, tetapi ianya langsung tidak dihargai....

Cubaan Anwar Untuk Memenangi Kes Liwat Saiful Atas Sebab Teknikal - Gagal Lagi???

Rayuan Anwar ketepikan tuduhan liwat ditolak

http://m.themalaysianinsider.com/home.php
TERKINI @ 12:44:07 PM 20-09-2010



Tengah duk bincang apalah
agaknya tu???

September 20, 2010
PUTRAJAYA, 20 Sept — Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan agar tuduhan liwat ke atasnya ditolak berhubung dakwaan hubungan romantis Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif.

Hakmi Datuk Ahmad Maarof, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma’ah secara sebulat suara menerima bantahan awal pendakwa raya.
Ahmad berkata mahkamah tiada budi bicara untuk mendengar rayuan tersebut.

Pasukan pendakwa raya berhujah bahawa peguam-peguam Anwar (gambar) tidak boleh mengemukakan rayuan memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lalu untuk mengetepikan permohonan bukan perintah akhir.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan dakwaan liwat terhadapnya.

Ketika itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa integriti pihak pendakwaan tidak terjejas berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful, saksi utama dan Farah Azlina.

Zabidin berkata peranan Farah Azlina dalam kes itu hanya terhad kepada mengambil nota.

Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu dengan mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina.

Dalam cubaan pertama, Ketua Pembangkang itu menyatakan dakwaan itu lemah berdasarkan “tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum”, tetapi ia ditolak Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar diwakili pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh manakala Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mengetuai pasukan pendakwaan.


Komen Isac;

Orang......kalau X bersalah.... X payahlah nak "menang" kes atas sebab kesalahan teknikal. Cuma nak cari kesilapan pihak pendakwaan... Jika dipihak yang benar, lawanlah bukti-bukti yang dikemukakan mereka dengan bukti-bukti yang kukuh!!!

Tak malu ke, nanti ada orang cakap, kes ini digugurkan bukan kerana beliau benar-benar tak bersalah, tetapi hanya disebabkan oleh kesilapan pihak pendakwaraya??? Orang pasti akan tertanya-tanya, beliau ni sebenarnya benar-benar bersalah ataupun tidak....Mungkin persoalan ini akan masuk dalam "wikipedia" sampai bila-bila....

Kepada pengikut-pengikut tegar DSAI...janganlah menyokong membuta-tuli.....Akai ada ka???

20 Sept 2010

Ronnie Liu Letak Jawatan???



Penduduk Pandamaran mengadakan tunjuk perasaan meminta ADUN Pandamaran, Ronnie Liu, meletak jawatan setelah tidak berpuas hati dengan kegagalan Exco Selangor itu memberikan khidmat sejak tiga tahun lalu di Pandamaran, Pelabuhan Klang. 19 Sept. - Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH


Komen Isac;

Mana mungkin Ronnie ni nak letak jawatan... Bertahun-tahun berangan nak jadi exco, bila dah dapat nak dilepaskan macam tu aje??? Dulu yang korang pilih dia buat apa???

Calon Timbalan Presiden PKR - Tolak Azmin, Tolak Zaid, Tian Chua Yang Bakal Menang???

Timbalan: Azmin 35, Zaid 19, Mustaffa 10, Tian 2
http://www.malaysiakini.com/news/143005
Abdul Rahim Sabri & Hazlan Zakaria


Sep 19, 10 1:26PM7.35pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-35 dari cabang Kepala Batas, Pulau Pinang. Sehingga 68 cabang PKR selesa bermesyuarat.
 
 
Komen Isac;
 
Pastinya pertembungan Azmin dan Datuk Zaid akan menjadi tumpuan ramai. Dalam masa yang sama calon Timbalan Naib Presiden yang lain iaitu Mustafa dan Tian Chua tidak boleh dipandang enteng.
 
Ini adalah kerana jika tidak kena gayanya dua calon ini pula yang bakal "mencuri" peluang...
 
Hubungan "istimewa" di antara Azmin dan DSAI bukan lagi suatu rahasia, sementara kesetiaan Zaid yang baru "setahun jagung" menyertai PKR masih belum teruji. Pastinya "sokongan" terbuka DSAI terhadap Azmin mungkin juga akan dilihat sebagai "kematian" demokrasi dan "khabar-khabar" angin tentang "hubungan istimewa" mereka berdua akan dilihat sebagai sesuatu yang benar!!!
 
Sementara buat Datuk Zaid pula, apakah tidak mungkin beliau sebenarnya adalah "spy Umno" yang menyusup masuk kedalam PKR, untuk "menjahanamkanya" dari dalam??? Tambahan pula sikap beliau yang dilihat terlalu "liberal" di dalam mempertahankan "hak keistimewaan Melayu/Bumiputera" pastinya akan mengurangkan undi ahli-ahli PKR berketuranan Melayu terhadap beliau.
 
Jika itu yang berlaku, tidak mustahil Mustafa ataupun Tian Chua yang bakal memperoleh manfaat...
 
Soalannya, adakah ahli-ahli PKR yang berketurunan Melayu dan beragama Islam, bersedia untuk memilih Tian Chua sebagai pengganti DSAI???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3