bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Sept 2011

Pas Sokong Komunis Hanya Untuk Alih Perhatian Rakyaat???

Dewakan komunis hanya gimik politik

KUALA LUMPUR 9 Sept - Isu mendewa-dewakan puak pengganas komunis yang ditimbulkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu hanya sekadar gimik politik pakatan pembangkang bagi mengalih perhatian rakyat terhadap dua isu lebih besar yang dicetuskan sebelum ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, dua isu tersebut ialah gejala murtad membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini dan isu pembohongan dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu apabila rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan politik mereka.

Katanya, episod Mat Indera dan komunis pembunuh anggota polis dan keluarga mereka di pos Bukit Kepong membuktikan betapa kaum Anwarinas sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai nafsu serakah politikus sehingga sanggup menggadai agama dan bangsa mereka. ''Sebenarnya mereka dah terperangkap. Mereka dah tak tahu nak buat macam mana untuk mengawal dua isu besar ini. Dakyah dan temberang mereka semakin terbongkar.

''Kaum Anwarinas memang sengaja naikkan Mat Sabu, sebab mereka tahu Mat Sabu bukan aset politik setakat jadi badut mainan mereka saja. Mereka bukan tak tahu sejarah Mat Sabu. Kaum Anwarinas punya agenda lebih besar sebenarnya," katanya dalam entri terbaru di blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com/.

Zulkifli berkata, berikutan siri kebiadaban pembangkang itu, kata beliau, tidak mustahil mereka akan menganugerahkan gelaran Tun Chin Peng kepada Ketua Parti Komunis Malaya itu jika mereka diberi mandat memerintah negara.

Ini kerana, katanya, mereka sanggup berbuat apa sahaja hatta menyamakan perjuangan Rasulullah dalam pembukaan kota Mekah dengan serangan dan pembunuhan puak komunis terhadap orang Melayu Islam dalam peristiwa Bukit Kepong.

''Teman sebenarnya malas nak melayan sangat isu kenyataan Mat Sabu mendewa-dewakan Mat Indera dan gerombolan komunis ini, tetapi nampak mereka ini semakin meroyan dan merapu jadinya.

''Cuba tengok gelagat Mat Sabu sejak jadi Timbalan Presiden Pas. Dia sanggup menjadikan Ambiga sebagai khalifah dalam perhimpunan haram Bersih lalu termasuk membuat ucapan mendewa-dewakan Mat Indera dan komunis Mat Sabu tiba-tiba pitam lupa diri; "tak tau, cek tak ingat!". Itu respon awal Mat Sabu,'' katanya.

Justeru, katanya, umat Islam perlu sedar dan membuka mata serta jiwa masing-masing terhadap kebiadaban pakatan pembangkang itu apabila sanggup menggadai maruah agama dengan bersatu mempertahankan survival agama, bangsa dan tanah air kita hatta dengan nyawa sekalipun.

''Daripada menggadai kalimah Allah kepada kristian dengan ideologi triniti, kepada membuang perjuangan negara Islam kerana "tidak ada dalam al-Quran", tidak mahu menerima bukti terang video seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bukan bukti tetapi sekadar besi sejuk, kepada membela gereja dalam isu dakyah kristian dan gejala murtad, kini membela dan mempertahankan komunis yang anti Islam dan anti tuhan!.

''Terbongkarnya pekong ini, Allah jadikan untuk umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya membuka mata dan jiwa masing-masing. Janganlah menjadi kaum yang pekak, buta dan bisu dengan bukti dan keterangan yang telah Allah berikan sebelum Allah menurunkan bala dan laknat," katanya.

9 Sept 2011

Kalau Anwar Banyak Menyaman Orang, Beliau Pula Ada Banyak Kes Yang Sedang Menanti...

Jangan ingat isu video seks disahkan 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ‘ tutup fail’.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang ditanya mengenai desakan orangramai agar polis bertindak terhadap kemungkinan Ketua Umum PKR itu buat laporan palsu nafi beliau aktornya menjelaskan siasatan akan dibuat selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman Khamis.

Kebelakangan ini banyaki pihak yang menunggu hendak tahu apa jadi pada kes berkenaan yang didedahkan oleh trio Datuk T.

Bagi kebanyakan orang jika pakar sendiri sudah sahkan video seks dengan China Doll itu 99.9 peratus tuiln ,bagaimana dengan laporan polis Anwar menafikannya.-8/9/2011


Komen Isac;

Mmmm.. Lepas satu satu... Apalah agaknya kesudahannya nanti...

PKM Ditubuhkan Untuk Menentang Pendudukan Jepun di negara Cina Bukan Untuk Memerdekakan Tanah Melayu???

communist insurgents in malaya 240609
Abdul Rahim Sabri
Sep 9, 11
1:12pm
Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sebaliknya ia dianggap "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

"Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan (fahaman) komunis.

"Cita-cita komunis bukan untuk membebaskan Tanah Melayu sebagai negeri Melayu, tetapi untuk membebaskan daripada pentadbiran British yang diakui oleh Raja-raja Melayu, untuk menjadikannya negeri komunis.

"Maka perjuangannya adalah perjuangan komunis. Dan segala nasionalis Melayu pada awalnya, ingin memerintah di Tanah Melayu, bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri republik komunis.

"Maka kerana itu, kita tidak menerima bahawa itu adalah perjuangan kerana mereka ingin merampas kuasa secara tidak sah dan tidak legitimate," kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.

chin peng and communist malayaBagaimanapun, beliau mengakui pada peringkat awal ada pejuang kiri Melayu memperjuangkan kemerdekaan daripada British, tetapi selepas itu "bercita-cita ingin menghapuskan sistem kerajaan Melayu, menubuhkan negera republik dan bersubahat dengan komunis".

Sementara itu, kenyataan MPN yang diedarkan dalam majilis itu menyebut, perjuangan kiri tidak diiktiraf sebagai perjuangan kemerdekaan kerana berhasrat membentuk membawa Tanah Melayu menyertai projek Indonesia Raya.

Katanya, penentangan komunis terhadap Jepun pada awalnya melalui Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) dibuat kerana "amat marah dan malu" atas penaklukan Jepun ke atas China pada tahun 1937 hingga 1945.

"Mereka tidak berjuang demi kebebasan Tanah Melayu atau menegakkan negeri Melayu," kenyataan itu dipetik.
Komen Isac;
Biarlah ahli sejarah yang berhujah... Apapun yang jelas Pengganas Komunis bukannya pejuang kemerdekaan negara!!! Sebalik telah menyebabkan rakyat dan negara sengsara dengan kewujudannya!!


Angkat Komunis Sebagai Wira Negara - Mat Sabu Perlu Minta Maaf!!!

Bekas Ketua Polis Daerah Pagoh imbau kisah Bukit Kepong

8/9/2011

SHAH ALAM: "Tuan jangan risau, kami akan pertahankan tempat ini, biar putih tulang, jangan putih mata!"

Itulah kata-kata keramat yang masih segar dalam ingatan bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Datuk Seri JJ Raj, ketika mengimbas kenangan insiden berdarah Bukit Kepong 61 tahun lalu.
Beliau yang ketika itu menjaga 20 balai polis di sekitar daerah Pagoh termasuk Bukit Kepong berkata, lelaki yang menuturkan kata-kata itu ialah Sarjan Jamil Mohd Shah, antara 20 anggota polis yang berjuang menentang komunis ketika serangan pada 23 Februari, 1950.

"Itulah kata keramat terakhir, dan tabik hormat terakhir daripada Sarjan Jamil yang sedikitpun tidak nampak gentar dan berjanji akan mempertahankan Bukit Kepong, orang awam dan keluarga mereka," katanya pada sidang media anjuran Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) di sini, hari ini.

8 Sept 2011

Sebagai Parti Serpihan, PAS Sentiasa Dibayangi UMNO...Hakikat Yang Pahit Buat PAS...


Jestru apabila sering kalah di dalam gelanggang politik di dalam menjuarai hati rakyaat, PAS terpaksa muncul dengan andaian2 tanpa bukti seperti dia atas serta memperbesar2kan sesuatu isu demi untuk menonjolkan diri mereka...

Selepas "akur" komunis adalah "musuh" negara, kini mereka mencuba nasib dengan membuat satu lagi andaian liar iaitu sekiranya satu referendum dibuat sebelum merdeka, rakyaat akan lebih memilih Dr Burhanuddin berbanding dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Soalan penulis, hanya itu kah sebuah "parti Islam" mampu buat??? Hidup hanya berdasarkan kepada angan-angan dan andaian semata???

Setelah lebih 6 dekat kewujudannya "parti Islam" hanya mampu berangan-angan macam "Mat Jenin". Berhujah tanpa bukti dan ilmu... Pastinya sebagai seorang Islam jika mahu berhujah perlu disertakan dengan dalil akli dan naqli...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3