bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Sept 2011

Bantuan Kristian Terhadap Orang Melayu/Islam Hanya Umpama Bantuan Asing Yang Anwar Terima???

Artikel penuh klik sini. 

Mungkin Anwar mahu samakan dengan dana-dana asing yang beliau perolehi...Yang pasti "pemilik dana-dana" asing ini yang mengembungkan kocek dan temboloknya mahukan Malaysia ditadbir oleh orang sepertinya yang umpama "lembu dicucuk hidung" jika beliau berjaya nanti...

4 Sept 2011

Korban Misi Bantuan ke Somalia dan Menyorok di Kedutaan Turki???



PESAWAT Hercules C130 yang membawa jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, bersama 54 ahli misi bantuan kemanusiaan ke Somalia selamat mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 10.03 pagi tadi. - Foto Roslin Mat Tahir. Sep 4, 2011 12:19 pm




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama menunaikan solat jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohamad Nor di masjid pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini. Allahyarham terkorban Jumaat lalu, selepas terkena tembakan peluru sesat ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan Putera Umno 1Malaysia. - Foto AP/Lai Seng Sin. Sep 4, 2011 12:59 pm

 
   

JURUKAMERA TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, (tengah) cedera selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, semalam. Turut bersama Muhamad Solleh Ahmad Kamal (kiri) dan Melissa Ong (NTV7). - Foto BERNAMA. Sep 3, 2011 4:09 pm


IBU Noramfaizul, Naemah Abd Majid tidak dapat menahan sebak ketika melihat gambar terakhir arwah di Mogadishu beberapa jam sebelum ditembak mati. Berita Harian.


Komen Isac;

Bukti bahawa keamanan negara yang kita nikmati ini wajar kita pertahankan!!! Jangan sampai nanti negara huru-hara sebagaimana di negara2 lain...

Suatu pengajaran yang begitu "mahal harganya" !!!

Pihak penganjur dan syarikat berita yang menghantar sukarelawan2 dan wartawan2 mereka ke kawasan "bahaya" seperti di Somalia pada masa2 hadapan wajar membekalkan peralatan2 keselamatan seperti jaket kalis peluru dan helmet keselamatan sebagai usaha pencegahan disampin perlindungan insuran yang sewajarnya untuk melindungi mereka dan keluarga jika ada apa2 berlaku.

Wajar ditekankan walaupun anggota2 misi bantuan ini dilindungi oleh tentera Somalia tetapi, apa2 juga kemungkinan boleh berlaku.

Kawasan perairan berdekatan yang selalu dikaitkan dengan rampasan kapal-kapal dagang oleh pihak penentang dan lanun sewajarnya dijadikan iktibar. Pastinya dengan peralatan keselamatan peribadi selain dilindungi oleh kawalan ketat pasukan keselamatan akan memberikan anggota2 misi bantuan lebih peluang untuk terselamat daripada apa-apa bentuk serangan.



Serangan oleh tentera Israel terhadap misi bantuan Flotila Palestine yang melibatkan 12 orang rakyat Malaysia termasuk para wartawan di atas kapal Marvi Marvara dan ditahan di Haifa, Israel sebelum ini sewajarnya menjadikan kita lebih bersedia untuk misi bantuan kemanusiaan di kawasan "panas" seperti di Somalia. Niat yang baik sahaja tidak cukup, kerana kita juga sepatutnya lebih bersedia untuk kebaikkan diri dan angota2 misi bantuan itu sendiri. Jestru lain kali jangan ambil mudah!!! Kerana di negara2 yang bergolak pastinya tidak seselamat dan sedamai di Malaysia.

Penulis terkenangkan kembali bagaimana seorang pemimpin "besar" pembangkang telah melarikan diri dan berlindung di sebuah kedutaan asing di Malaysia kerana kononnya nyawa beliau terancam gara-gara untuk mengelakkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat. Bayangkan jika  beliau berada di Somalia??? Mungkin kini nama beliau telah menjadi lipatan sejarah!!!

Jestru rayu penulis, janganlah keamanan negara tercinta ni diganggu-gugat demi untuk mempertahankan pemimpin2 yang memperjuangan kepentingan peribadi dan sanggup memecah-belahkan perpaduan nasional.

Al-fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.



Daftar dan Dedah "Pengundi-pengundi Hantu" Strategi Baru Pakatan???


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengesahkan bahawa kira-kira separuh daripada mereka yang cuba untuk mendaftar sebagai pengundi, adalah tidak layak.

Malah, menurutnya, parti-parti politik yang sering mengadu daftar pemilih kotor, cuba untuk mendaftar "orang mati, orang bawah umur dan penduduk tetap".

"Parti-parti politik ini sepatutnya menapis terlebih dahulu orang yang mereka cuba daftar," katanya.

Cakap tak serupa bikin.... Ataupun mereka ini (Pakatan) sengaja mendaftarkan pengundi-pengundi hantu utntuk memerangkap SPR??? Jestru SPR perlu lebih peka dan mengambil tindakkan terhadap pegawai2 nya yang mendaftarkan mereka2 ini (pengundi2 hantu) siapa tahu mereka ini adalah talibarut2 Pakatan yang sengaja mahu ",mensabotaj" SPR dari dalam???
Berita penuh klik sini.

3 Sept 2011

Arsenal Bakal Beraksi di Liga Malaysia???


MANCHESTER - Arsene Wenger tidak berhasrat untuk meletak jawatan sebagai bos Arsenal walaupun mengakui amat malu apabila pasukannya diratah 2-8 oleh Manchester United hari Ahad lalu.

Adat bolasepak bila menang disanjung dan dipuja, sebaliknya bila kalah.... berbakul2 kena kutuk...Kena pecat pun harus....

Tapi kalau dilihatkan pada jumlah jaringan... Mungkin Arsenal kini cuma layak bermain di Liga Malaysia. Kepada penyokong-penyokong Arsenal, jangan marah ya..... :D

Cubaan Saksi Anwar Mempertikaikan Kesahihan Analisa DNA dan Air Mani Kes Liwat II - Sejauh Mana Asasnya???

Seperti biasa peguam pembelaan Anwar akan cuba untuk menyerang dan mempertikaikan bukan sahaja bahan bukti dan saksi malah jabatan kerajaan yang bertanggung-jawab menjalankan analisa mereka.
Baru-baru ini beberapa blog pro-pembangkang, ada di antara mereka yang telah memperlekeh-lekehkan bukti 'certificate of Accreditation' yang diterima oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Mereka memperlekeh bahawa blogger UMNO kantoi dan berbohong. Kononnya Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa tanpa sijil akriditasi antarabangsa. Main tangkap muat sahaja.bangsa. Manin tangkap muat sahaja.


Mereka hanya "Copy & Paste" apa sahaja yang ditulis oleh wartawan pro-pembangkang yang samada tidak berapa faham dengan apa yang mereka tulis ataupun sengaja nak "spin".


Seperti sibuta memimpin sibuta ataupun sengaja mahu menyembunyikan fakta.
Hujah Dr Brian McDonald yang membangkitkan isu sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) - ASCLD/LAB - INTERNATIONAL Accreditation, sebenarnya juga mudah difahami. Beliau cuba untuk menyerang bahan bukti demi untuk menyelamatkan majikannya (Anwar).
Satu perkara penting yang kita perlu tahu ialah Jabatan Kimia Malaysia termasuk di dalam program legasi ASCLD/LAB (LEGACY Program). Sijil Akreditasi LEGACY terbaru adalah seperti di bawah :-

 
 



Manakala, surat pemanjangan tempoh akreditasi legasi ASCLD/LAB pula adalah seperti di bawah :-
  



Adakah blogger pro-pembangkang tidak faham content surat di atas atau sengaja nak spin?

Ianya satu tempoh pemanjangan akreditasi legasi kerana Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berada di dalam transisi bertukar program dari pada LEGACY program ke INTERNATIONAL program.

Dalam kata lain, sijil yang akan diterima JKM selepas ini ialah sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) - ASCLD/LAB - International Accreditation.

Walaubagaimanapun tanpa sijil akreditasi yang baru itu bukan bermaksud JKM tidak ada kredibiliti di dalam tugasan dan penilaian mereka sebelum ini.

Dan jika rujuk web ASCLD/LAB
klik sini , sejak tahun 2004, ASCLD/LAB telah membentuk sistem pengiktirafan akreditasi 'dual-track' yang membolehkan makmal MEMILIH di antara :- 1. Program yang panjang, didesign dan dikenali sebagai ASCLD/LAB Legacy Program.

2. Program baru yang dikenali sebagai
ASCLD/LAB-International Accreditation Program iaitu standrd ISO17025 ditambah dengan keperluan spesifik forensik daripada ASCLD/LAB LEGACY Program.

Daripada 2 pilihan di atas, Jabatan Kimia Malaysia memilih nombor 1.

Dan seperti Anwar Ibrahim yang memilih option nombor 2 iaitu berhujah tanpa dicross-examine oleh pendakwaraya, Jabatan Kimia Malaysia tidak bersalah untuk memilih program LEGACY.


Jestru, apabila terdapat blogger pro-pembangkang yang dengan bangga kononnya berjaya kantoikan blogger UMNO dengan sijil di bawah, Sudah pastilah blogger2 tersebut tidak tahu langsung tentang perincian isu akreditasi!

Di bawah ialah sijil akreditasi ASCLD/LAB - International, salah satu dua pilihan yang diberikan kepada sesebuah makmal.


Dan sudah tentu Jabatan Kimia tidak mempunyai sijil di bawah kerana jabatan itu pilih program yang lain iaitu LEGACY program! TETAPI tanpa sijil di bawah, kredibiliti JKM di dalam tugasan dan penilaian mereka tetap terjamin di bawah ASCLD/LAB.


 
 Posting asal dinukil dari blok MIM, klik sini.

Seperkara lagi :-


Kimia Malaysia is proud to be the tenth laboratory outside the United States to be granted the highly acclaimed accreditation certificate, as this proves that the forensic services offered by Department are on par with international standards and requirements set by the ASCLD/LAB.
klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3