bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Aug 2009

Inkues Teoh - Tan Boon Hock Suspek Utama Kes Kematian Mendiang?

Dipetik dari mStar Online
Rabu Ogos 26, 2009
Inkues: Teoh, ahli Majlis Perbandaran Kajang gaduh di tandas SPRM awal pagi.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK



http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/26/mstar_berita/20090826133023&sec=mstar_berita

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan kenyataan bahawa tercetusnya pergaduhan antara mendiang dan Tan Boon Wah di tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Pegawai penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail berkata beliau mendapat maklumat bahawa pergaduhan tersebut berlaku kira-kira pukul 2 pagi pada 16 Julai lalu.

"Selepas kematian mendiang saya dimaklumkan oleh seorang pegawai SPRM yang bernama Bulkani (Paharuddin) bahawa terdapat pergaduhan antara Tan Boon Wah dan si mati dalam pukul 2 lebih dalam tandas SPRM Selangor," katanya.

Mohd Anuar berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 buat kali keempat di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Keterangan itu dibuat bagi menjawab soalan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa sama ada beliau mendengar sebarang berita selepas mengetahui mengenai kematn Teoh.

Tan merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang. Beliau turut berada di pejabat SPRM pada hari tersebut sebagai saksi bagi kes siasatan suruhanjaya berkenaan.

Mohd Anuar juga dalam keterangannya hari ini menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang berkali-kali menyatakan mendiang mati dalam tangan beliau sebagai pegawai penyiasat.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan peguam itu (Gobind) kerana saksi (Teoh) telah dilepaskan pada pukul lebih kurang 3.30 hingga 3.45 pagi dan dia dibenarkan untuk pulang.

"Walau bagaimanapun beliau minta untuk kebenaran untuk berehat... pendapat saya beliau akan pulang selepas itu," katanya. Mohd Anuar juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai sebab untuk menyebabkan kematian Teoh.


Komen Isac;


Jadi jika Mohd Anwar/SPRM tidak mempunyai sebab untuk membunuh Teoh bagaimana pula dengan Tan? Bukankah beliau dilihat bertengkar dengan mendiang sebelum mendiang dijumpai mati? Jika Tan terlibat dengan penyalagunaan wang peruntukan wakil rakyaat, bukankah beliau mempunyai motif untuk membunuh Teoh yang telah bersetuju untuk menjadi saksi SPRM?
Bukti bahawa Adun DAP menyalah-gunakan wang peruntukan wakil rakyaat telah dibuang dari senarai bukti oleh pengendali Inkues, mengapa begitu? Walaupun siasatan lebih terarah untuk mencari sebab kematian mendiang Teoh, bukankah pelik jika mendiang menyimpan invois-invois "palsu" tersebut di dalam komputer ribanya? Adakah invois-invois tersebut dibuat sendiri oleh mendiang?
Tidakkah "mereka" yang terlibat mungkin mempunyai motif untuk "menutup" mulut mendiang Teoh? Ataupun jika Mendiang Teoh sebenarnya bertindak sendiri (invois-invois tersebut mungkin dibuat beliau) bukankah mungkin kerana takut ditangkap beliau mempunyai motif untuk membunuh diri?
Penulis tidak sabar hendak mendengar apakah keterangan dari pegawai SPRM yang mendengar pertengkaran di antara Teoh dan Tan (Mendiang) pada malam sebelum Teoh dijumpai mati, ini kerana menurut khabar-kabar angin, pegawai tersebut boleh berbahasa Mandrin/Dialek Cina yang lain. Jika ini benar, beliau mungkin faham apakah yang dipertengkarkan oleh kedua-dua petugas DAP tersebut.
Juga penulis ingin mendengar keterangan daripada Tan sendiri apabila dia dipanggil untuk memberikan keterangan kelak. Mengapakah dia tidak pulang walaupun telah dibebaskan lebih awal daripada mendiang Teoh, apa yang ditengkarkan dengan mendiang dan adakah dia terlibat dalam kes penyelewengan tersebut.
Harapan saya agar siasatan ini tidak dihentikan sekerat jalan, tetapi akan diteruskan sehingga tertangkapnya orang yang bertanggung jawab (jika ada). Jangan nanti ada orang "berkuasa" yang memutar belitkan bukti dan saksi kes demi untuk menyelamatkan diri dan parti mereka. Orang berkuasa bukan sahaja bermaksud kerajaan yang memerintah tetapi juga termasuk mereka yang mempunyai kuasa untuk memutar-belitkan bukti dan kata-kata seperti pihak peguam-peguam yang terlibat.
DSAI sendiri pernah dipenjarakan kerana didapati bersalah mengarahkan pihak polis menghentikan siasatan kes liwat terhadap dirinya sekitar tahun 1998 yang lalu.






26 Aug 2009

Manipulasi Bukti ? Kenali Tangan-Tangan Gelap "Sebenar" Di Sebalik Kematian Mendiang Teoh?



Selasa Ogos 25, 2009
Surat misteri: Inkues tegang Gobind desak dijadikan bahan bukti
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock tegang apabila peguam pihak keluarga mendiang, Gobind Singh Deo meminta surat layang yang dibangkitkan di mahkamah supaya ditandakan sebagai bahan bukti.


Permintaan Gobind tersebut dibantah oleh peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan dan peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.


Abdul Razak berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai eksibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya.


"Saya mohon surat tersebut ditarik balik... mahkamah tidak perlu layan surat-surat layang seumpama itu," kata Abdul Razak.


Bagaimanapun Gobind tidak berpuas hati dengan kenyataan Abdul Razak itu dan berkata: "Sebelum bercakap mesti fikir dua kali, ini bukan soal main-main... tarik balik, tarik balik, tarik balik."


Koroner Azmil Muntapha Abas seterusnya mencelah dan memaklumkan bahawa surat tersebut masih belum ditanda sebagai eksibit dan beliau akan mempertimbangkan dahulu sama ada ia relevan ataupun tidak dengan inkues ini.


Tan bagaimanapun mencadangkan supaya supaya surat tersebut hanya disimpan sebagai rekod dalam fail mahkamah.


Rabu lalu, Gobind membuat permohonan kepada mahkamah supaya siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung kandungan surat layang yang diterimanya di bangunan mahkamah di sini lewat petang 17 Ogos lalu.


Surat tersebut antara lain kononnya mendakwa terdapat konspirasi di antara pegawai tinggi SPRM Selangor dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor untuk menjatuhkan kerajaan negeri sekarang dengan menjalankan pelbagai siasatan ke atas pemimpin-pemimpin negeri sehingga membawa kepada kematian Teoh.


Sebelum itu, pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang semalam, Tan memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada bukti untuk menyokong lima tohmahan yang terkandung dalam surat layang tersebut mengenai pembabitan SPRM berhubung kematian Teoh.






Selasa Ogos 25, 2009
Inkues Teoh: Mendiang kelihatan gelisah, tidak tenang semasa di SPRM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Mendiang Teoh Beng Hock berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang sewaktu beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merampas komputer riba dan CPU miliknya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 15 Julai lalu.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail berkata mendiang juga dilihat mundar-mandir dalam keadaan gelisah sewaktu berada di ruang pentadbiran pejabat SPRM apabila beliau tiba di pejabat tersebut untuk dirakam keterangan sekitar pukul 6 petang hari yang sama.

"Malah sepanjang perjalanan saya dimaklumkan Teoh sentiasa memegang telefon dan beberapa kali menghubungi seseorang dan bercakap dalam bahasa Cina (Mandarin)," kata Mohd Anuar dan menjelaskan Teoh memandu keretanya sendiri ke pejabat SPRM di Plaza Masalam dengan diiringi dua orang pegawai SPRM.

Berita penuh sila lihat link:
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/25/mstar_berita/20090825170916&sec=mstar_berita






Komen Isac;



Ini merupakan sambungan kepada posting semalam. Selidiki dan kenali siapakah yang sebenarnya sedang cuba mencampuri dan mengemudi keputusan Inkues Teoh. Mengapa bukti yang jelas cuba dibantah sebaliknya surat layang mahu dijadikan bukti.
Inikah pemimpin-pemimpin "bersih" yang rakyaat Malaysia mahukan?

Zulkifli Noordin (PKR) Akui Pakatan Pembangkang Suka Menabur Fitnah.....


Selasa Ogos 25, 2009
Zulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas Radhzi
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/25/mstar_berita/20090825212636&sec=mstar_berita





PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin hari ini mendesak ahli-ahli Pakatan Rakyat supaya menghentikan fitnah ke atas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin dan menjadi ADUN Bebas.



"Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita," kata beliau dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com/ semalam.



Beliau berkata, Radzhi meletak jawatan dalam Pakatan kerana masalah-masalah polisi dan prinsip dan bukannya berkaitan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.



Menurut Zulkifli, segelintir ahli-ahli PKR menuduh Radzhi meletak jawatan kerana pelbagai sebab termasuk beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masalah disiplin dan ada yang menuduh beliau menerima rasuah sebanyak RM4 juta daripada Umno.



"Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita (Pakatan) menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai," katanya.



Zulkifli berkata, Radzhi sangat komited dan berdedikasi semasa menjalankan tugasnya sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia dan hanya Sultan Kedah mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada beliau perlu kekal sebagai Exco.



Dalam blognya, Zulkifli turut memberitahu mengenai usaha-usaha yang dilakukan Radzhi untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi "syariah compliance" dan "halal tourism" untuk menarik lebih pelancong dari Asia Barat.



"Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah.



"Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini," katanya.



Berhubung isu kaum Melayu di Malaysia yang tidak bersatu sejak pilihan raya umum 2008, Zulkifli berkata, Radzhi adalah antara orang yang paling sedih tentang perkara itu.



"Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar," katanya.



Zulkifli berkata, Radzhi turut berhadapan dengan masalah kewangan untuk memantau dan menguruskan DUN Lunas.



Katanya, ADUN daripada Pakatan terutamanya di Kedah tidak menerima sebarang bantuan kewangan atau dana.



"Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan," katanya.



Zulkifli turut mempersoalkan mengapa ahli-ahli Pakatan mendesak Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN sedangkan semasa ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim meninggalkan Umno untuk menyertai PKR, dan kemudian kembali semula menyertai Umno, PKR tidak memaksa beliau meletak jawatan.



"Melainkan kita ini pengamal fahaman 'double-standard', saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten," katanya.






Komen Isac;




Syabas Saudara Zulkifli, mudah-mudahan Allah s.w.t. memberikan petunjuk supaya anda meninggalkan pakatan pembangkang yang memang gemar menceritakan aib dan memfitnah orang lain.


Inilah sebenarnya wajah-wajah pembangkang, memfitnah dan menelanjangkan aib orang memang mereka nombor satu. Tetapi yang sedihnya ramai rakyaat Malaysia yang seolah-oleh terpukau oleh mainan politik busuk mereka.


Jika menelanjangkan aib orang pun "difatwakan" sebagai wajib apakah lagi syariat yang akan diubah selepas ini?


Sedangkan Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menegur Saidatina Aishah r.a.h. kerana mengumpat gara-gara beliau menanyakan kepada baginda mana perginya perempuan yang capik tadi.


Rasullullah s.a.w. sendiri juga pernah menghadapi fitnah yang amat berat iaitu ketika Saidatina Aishah r.a. dan seorang Sahabat Safwan Bin Ma'tal telah terpisah dari kumpulannya. Mereka telah dituduh berzina. Itu nabi, baginda pastinya seorang yang tabah, tetapi bagi insan biasa sepert kita fitnah-fitnah yang sewaktu dengannya pasti membuatkan kita terpukul.


Sayang seribu kali sayang, bagaimana rakyaat Malaysia begitu mudah "dijual" oleh fitnah-fitnah buruk Pakatan Pembangkang.


Mudah-mudahan pendedahan Saudara Zukkifli akan membuka mata rakyaat Malaysia untuk memilih yang mana intan yang mana kaca.

25 Aug 2009

Dun Permatang Pasir - Rakyaat Tolak Calon BN Yang Rendah "Akhlak", Terima Pemimpin "Rendah" Akhlak Pas?


CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad.


Dipetik dari mStar Online
Selasa Ogos 25, 2009
PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551
Majoriti calon PAS jatuh 852 undi
Oleh G. MANIMARAN


BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi di sebalik penurunan jumlah pemilih yang keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh 9,618 undi, sekali gus berjaya dalam percubaan kali keenam bertanding pilihan raya.

Komen Isac;
Tahniah untuk calon Pas yang akhirnya berjaya juga mendapat gelaran "YB" setelah beberapa kali gagal. Antara sebab beliau berjaya kali ini ialah penduduk setempat masih menolak BN dan serangan parti pembangkang terhadap peribadi Saudara Rohaizat "begitu berjaya".
Kalau dulu sebelum pilihanraya umum ke 12, BN boleh berbangga kerana hampir setiap calon yang mereka calonkan akan memenangi pilihanraya mereka dengan mudah. Tetapi kini selera rakyaat Malaysia telah berubah... di sesetengah kawasan senarionya telah terbalik, rakyaat di kawasan tersebut dilihat lebih berselera untuk mengalahkan calon BN gara-gara perspektif yang dimainkan oleh parti pembangkang.
Letaklah calon mana sekalipun yang "terlibat" dengan "kongsi gelap", "songlap" duit parti, "songlap" duit peruntukan wakil rakyaat maupun "kacau" isteri orang mereka tetap akan dipilih rakyaat. Rakyaat tetap memilih "mereka" kerana parti yang mereka wakili telah "diwarnakan" dengan begitu indah sekali.
Pemikiran rakyat di akar-umbi masih kuat berpaksikan kepada persepsi-persepsi yang disemai oleh Pakatan Pembangkan.
Fenomena ini bahaya menurut penulis kerana sesetengah "rakyaat" kini seperti tidak boleh berfikir dan menilai sendiri keadaan politik negara, tetapi lebih bersandarkan kepada fitnah dan strategi menelanjangkan aib calon lawan oleh parti pembangkang.
Adakah selepas ini PRK-PRK yang akan datang akan lebih menggalakkan strategi-strategi fitnah dan menelanjangkan aib lawan politik yang lebih menggila? Kerana penggunaanya di Permatang Pasir telah terbukti membuahkan hasil untuk Pas? Sama-samalah kita saksikan.

Melayu Jadi Pak Kaduk Zaman Moden? Si Kitol Abad ke 21 !!!!

Dipetik dari Mingguan Malaysia 23/08/2009
Bangkitlah Melayu...
Oleh Awang Selamat


Foto: Gambar Majlis Raja-Raja

SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum.

Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.

Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.

Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula.

Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit...
Komen Isac;
Jika teguran ulamak diperlekeh, teguran Sultan pun tak ambil peduli, nasihat siapa lagi yang hendak kita dengar ? Nasihat DAP dan Hindraf?
Jika itu yang kita mahukan bersedialah kita untuk menjadi "Pak Kaduk" zaman moden beramai-ramai, "Pakatan"nya menang agama, bangsa dan tanahairnya tergadai.
Sayang....kebanyakkan di antara kita berpelajaran tinggi kerana jasa Umno, tetapi kebanyakkannya hanyalah "Sitolol" yang mempunyai ijazah....Menjadi si Kitol di abad ke 21.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3