bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Aug 2009

Inkues Teoh - DNA Pada Setem Surat Layang "SPRM" Bukan Milik RPK Maupun Gobind ?



Isnin Ogos 24, 2009
PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (ISNIN)
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK




BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Isnin, 24 Ogos).

5.00 petang: Mahkamah ditangguhkan hingga esok. Saksi ke-16 akan menyambung keterangannya.

4.46 petang: Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa pada pukul 5 pagi, 16 Julai beliau dimaklumkan oleh pegawai SPRM yang bernama Mohd Ashraf Yunus, bahawa Teoh telah meminta minuman daripadanya. Kira-kira pukul 6 pagi tarikh yang sama, pegawai yang bernama Raymond Nion anak John Timban telah melihat Teoh masih tidur diatas sofa dalam pejabat SPRM.

4.40 petang: Mohd Anuar memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak ada sebarang kekerasan dan ugutan terhadap Teoh semasa proses soal siasat dijalankan.
3.50 petang: Saksi ke-16, Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa kali terakhir beliau melihat Teoh adalah pada pukul 2 pagi, 16 Julai. Selepas itu, kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh yang sama beliau menjumpai beg Teoh berhampiran sofa di pejabat SPRM. Namun dia tidak melihat kelibat Teoh di sekitar pejabat.



3.12 petang: Saksi ke-16, pegawai penyiasat kes siasatan SPRM, Mohd Anuar Ismail dipanggil semula untuk menyambung keterangannya.

3.10 petang: Koroner, Azmil Muntapha akan membuat keputusan sama ada surat tersebut akan ditanda sebagai exhibit untuk dijadian bahan bukti mahkamah kemudian. Beliau akan mempertimbangkan sama ada surat itu relevan dengan inkues ini.

3.05 petang: Peguam bela yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh membantah penerangan yang diberikan oleh Tan berhubung hasil siasatan terhadap surat tersebut. Katanya, pegawai penyiasat yang perlu memberi keterangan mengenainya dan ia bagi membolehkan peguam menyoal balas mengenai hasil dapatannya. Bagaimanapun, Tan menjelaskan bahawa beliau hanya mengemukakan hasil laporan, Gobind berpeluang untuk soal balas kemudian.

3.00 petang: Tentang tohmahan ke5 - bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak petik kad perakam waktu bila beliau keluar pada pagi 16 julai lalu, ia adalah benar, tetapi perkara tersebut dibiarkan untuk disoal apabla beliau tampil untuk memberi keterangan sebagai saksi.
2.50 petang:Tohmahan ke-4, bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawainya mengelap cap jari pada bingkai tingkap, hasil pemeriksaan tidak dapat apa-apa keterangan yangg menyokong tohmahan tersebut.


2.46 petang: Tohmahan ketiga - bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di bilik beliau sendri dan bukannya di bilik mesyuarat, pakar DNA, Dr.Seah Lay Hong telah menyatakan bahawa tohmahan ini tidak benar kerana beliau hadir pada hari semua pgawai SPRM memberikan sampel mereka. Sungguhpun begitu satu sampel baru telah diambil daripada Timbalan Pengarah SPRM Selangor pada petang Rabu lalu. Namun hasil DNA tersebut tidak sepadan dengan DNA misteri yang ditemui.

2.43 petang: Tohmahan kedua - iaitu bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah menggunakan teknik-teknik soal siasat yang tersendiri, pihak polis sudah membuat siasatan lanjut, namun mendapati tidak ada keterangan yang menyokong tohmahan tersebut.


2.40 petang: Tohmahan pertama - bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim telah memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM Selangor supaya tidak melibatkan beliau dalam kes ini, pihak polis tidak dapat apa-apa keterangan yang menyokong keterangan tersebut.
2.37 petang: Tan menyatakan bahawa surat yang bertarikh 5 Ogos itu mempunyai tanda pos bertarikh 10 Ogos. Surat itu tidak mempunyai tanda tangan dan tidak terdapat mana-mana individu, namun yang ada ialah 'pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)'.

2.35 petang: Peguam bela dan penguam cara yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan membuat laporan kepada mahkamah tentang perintah minggu lalu berhubung surat misteri. Tan memaklumkan bahwa pegawai penyiasat telah menjalankan siasatan terhadap 5 tohmahan yang terdapat dalam surat tersebut yang ada kaintan dengan inkues ini.

2.30 petang: Prosiding inkues hari ke-12 bermula.


Komen Isac;


Haru-biru Inkues Mendiang Teoh ini, surat layang pun terpaksa nak disiasat gara-gara Mahkamah takut dikatakan "berat sebelah" dan memihak kepada SPRM/Kerajaan Barisan Nasional. Tidakkah ini cuma membazirkan wang rakyaat? Oh maaf terlupa pula, kalau pakatan pembangkang yang bazirkan wang rakyaat tak mengapa...Kononnya atas nama mencari kebenaran untuk mendiang Teoh.

Pada pendapat peribadi penulis, surat tersebut sengaja dikeluarkan untuk melengah-lengahkan siasatan. Ini adalah kerana sehari sebelum itu pihak peguam yang mewakili kerajaan Malaysia telah memohon kepada mahkamah supaya rakaman soal-siasat mendiang Teoh oleh SPRM diperdengarkan di Mahkamah. Ini bertujuan untuk membolehkan emosi mendiang ketika soal-siasat dijalankan dapat diteliti dan dinilai oleh mahkamah samada ianya mampu untuk membuatkan mendiang membunuh diri.

Walau bagaimanapun cadangan tersebut telah dibantah oleh peguam Gobind Singh, orang yang kononnya mahu mencari kebenaran di dalam kes ini. Untuk rekod beliau adalah Ahli Parlimen DAP.

Surat layang itu dikatakan dipos pada 10 Ogos 2009. Apa agaknya yang akan kita dapati jika kita melakukan ujian DNA dibelakang setem surat tersebut? Adakah DNA itu milik RPK ataupun DNA milik Gobind sendiri? Maklumlah sesetengah orang akan menggunakan air liur untuk melekatkan setem. Jika ada DNA disitu, milik siapakah agaknya DNA tersebut?

Maaf, penulis terlalu mengikutkan perasaan, maklumlah selain daripada terdedah dengan begitu banyak siri "CSI" barat penulis juga terpengaruh dengan konsep teori konspirasi yang telah diterapkan oleh DSAI sejak tahun 1998 lagi.

Penulis tidak berniat untuk menuduh sesiapa, cuma yang ingin penulis timbulkan disini, jika pembangkang begitu mudah melontarkan tohmahan dan tuduhan-tuduhan liar kepada SPRM/Kerajaan BN orang lain juga boleh berbuat demikian dengan teori-teori yang lebih menarik.

Jestru itu pesanan saya kepada pakatan pembangkang janganlah suka menangguk di air yang keruh demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Buat pakar forensik, cuba-cubalah siasat, mana tahu memang ada DNA sipenghantar dibelakang setem tersebut.


Menegur Tuan Guru Nik Aziz Bermaksud Menentang Islam?


Dipetik Dari Mingguan Malaysia 23/08/2009
Oleh Awang Selamat


ADA tanggapan sebahagian orang bahawa janganlah ditegur Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat walaupun beliau mengeluarkan kenyataan salah dan liar. Diamkan sahaja. Kononnya jika ditegur juga maka lagi kuat penyokong Pas bertindak balas kerana imejnya yang menonjol sebagai Tok Guru. Dengan kata lain, Nik Aziz tidak boleh disentuh sama sekali.

Apakah Awang perlu sama terikat dengan tanggapan itu sedangkan Nik Aziz makin banyak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar? Sudah tentu tidak. Awang tidak boleh berdiam. Yang salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam. Berdasarkan maklumat yang Awang terima, sebahagian ahli dan penyokong Pas juga tidak senang dengan satu demi satu kenyataan liar Nik Aziz yang hanya memburukkan imej parti itu.

Kata kesat beliau ''pergi jahanam sama UMNO" dan kenyataannya bahawa tidak salah DAP menghina Islam, cukup membingungkan. Belum reda isu itu beliau menyatakan pula penyokong UMNO tidak akan masuk syurga, yang kemudian mengundang bantahan umat Islam termasuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Malah ada pemimpin Pas antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib secara terbuka tidak bersetuju dengan Nik Aziz. Menurut Harun, peluang masuk syurga adalah urusan Allah dan ia tidak bergantung kepada parti yang disertai.

Sesungguhnya sudah tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?

Dalam kes Nik Aziz, Awang percaya beliau tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan Awang, masalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam.

Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar? Dalam pada itu, Awang ingin bertanya Nik Aziz tentang peranan yang UMNO mainkan selama ini dalam menegakkan Islam bermula dengan menulis perlembagaan negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi sehinggalah kepada pembangunan syiar Islam. Masyarakat Islam dunia turut mengakui dan mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam. Kelahiran Tabung Haji, Universiti Islam, Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam, sekolah-sekolah agama dan banyak lagi yang kerajaan BN pimpinan UMNO telah lakukan atas nama pembangunan Islam.

Itu belum bercakap tentang pembinaan puluhan ribu masjid dan surau. Di Kelantan sendiri, lebih 500 masjid dibina oleh kerajaan UMNO. Menurut maklumat hanya sebuah masjid yang kerajaan Pas bina. Apa maknanya ini semua sedangkan Nik Aziz sudah memerintah Kelantan lebih tiga penggal? Apakah usaha UMNO ini tidak Islamik dan penyokong UMNO dinafikan ke syurga berdasarkan tafsiran beliau?

Awang bimbang pendekatan Nik Aziz bukan sahaja akan melemahkan Islam malah menakutkan orang bukan Islam yang mahu berjinak-jinak untuk memahami dan menerima Islam. Islam mesti dipromosikan dengan pendekatan sederhana, bijaksana dan toleransi sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW.

Lebih ramai bukan Islam memeluk agama Islam di negara ini bukannya kerana peranan Pas apatah lagi Nik Aziz sebaliknya kerana UMNO. Sama ada suka atau tidak untuk diakui, itulah hakikatnya Lebih ramai bukan Islam tertarik menyertai Islam di bawah teraju kepimpinan UMNO terutama ketika zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad yang melaksanakan pendekatan sederhana dan progresif.

Dalam kaitan ini, UMNO yang lebih dominan tentu ada kelemahan yang boleh diperbaiki dan Pas yang jauh tercicir dalam sumbangan kepada pembangunan Islam, boleh dilonjakkan pencapaiannya. Carilah titik penyatuan terutama dalam isu-isu kepentingan umat Islam. Tetapi menghina, memburukkan dan memperlekehkan sesama orang Islam bukan caranya. Apa pun pintu taubat dan memohon kemaafan masih terbuka luas untuk kita semua lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Itu pun jika kita tidak dicengkam ego dan riak.


Komen Isac;

Persengketaan ini perlu dinoktahkan secepat mungkin. Lebih lama persengketaan ini dipanjangkan yang ruginya adalah umat Islam/Melayu sendiri. Harapan saya agar lebih ramai ulamak-ulamak di Malaysia yang berani bersuara untuk menegur dan memperbetulkan TG Nik Aziz ini. Tidak kiralah samada mereka dari kalangan Ulamak pro Umno, Ulamak bebas maupun Ulamak pro Pas.

Jika Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditegur oleh seorang sahabat dalam suatu peperangan kerana telah menyakiti sahabat tersebut dengan menonjol perutnya dengan tongkat semasa hendak memperbetulkan barisan askar dan baginda rasulullah menerimanya dengan penuh keinsafan, siapalah Tuan Guru Nik Aziz jika hendak dibandingkan dengan baginda rasulullah (penghulu para nabi dan rasul Allah s.w.t.).

Tapi tegurlah dengan berhemah kerana tujuan kita adalah untuk bersatu demi masa depan umat dan bukan untuk menjatuhkan maruah. Setiap manusia tidak maksum dan asal maksud insan adalah pelupa. Terhilaf adalah suatu sifat yang biasa untuk manusia, hari ini mungkin hari Tuan Guru, esok lusa mungkin hari kita pula. Sebab itulah berdakwah dalam Islam perlu dilakukan dengan "hikmah".

Sebagai Tuan Guru, Nik Aziz wajar dihormati kerana ilmunya, dek amalannya dan setidak-tidaknya oleh "ketuaannya", jestru itu tegurlah beliau dengan cara berhemah dan sebaik-baiknya ia perlu dilakukan oleh golongan ulamak dan dilakukan secara tertutup.





23 Aug 2009

Kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tiada Bukti Kukuh - Dakwa Peguam Bela.


Dipetik dari Yahoo.com
Anwar sodomy case: No clear evidence, says defense
By VIJAY JOSHI, Associated Press Writer - Friday, August 21

KUALA LUMPUR, Malaysia – Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim's lawyers will rely heavily on a government forensic report that found no conclusive evidence of sodomy to defend him in a sex trial that critics say is politically motivated to stem his growing popularity.

Anwar, a former deputy prime minister, says the trial is part of a government conspiracy to undermine his three-party opposition alliance, which made massive electoral gains last year. Government officials have denied any plot, but Anwar's supporters see it as a vendetta. Sodomy is a crime in this Muslim-majority country, punishable by up to 20 years in prison.

The trial will not start for a few months until technical objections by both sides are cleared. The forensic report, prepared by three doctors at the government-run Kuala Lumpur Hospital, was handed to the defense team recently by the prosecutors following a court order, Anwar's lawyer R. Sivarasa told The Associated Press on Thursday.

The report, stamped "confidential," has not been made public but a copy was obtained by the AP. In the proctoscopy examination column, the report found that there was "no conclusive clinical findings suggestive of penetration ... on the body of the patient." Prosecutors declined to comment on the case. But two forensic experts told the AP that lack of evidence suggesting penetration doesn't rule out sodomy. They declined to be named, citing the sensitivity of the case.

The report noted that a subsequent laboratory examination of swabs _ taken two days after the alleged sodomy _ found foreign DNA, which prosecutors are expected to say belongs to Anwar. But the defense will contend that it was fabricated and planted, noting the samples were taken two days after the alleged act and spent a weekend in police care before being transferred to a forensic laboratory.

"We will show that they made a case out of nothing. To prove sodomy you have to show penetration. You must prove beyond reasonable doubt that sodomy was committed," said Sivarasa, a senior member of Anwar's People's Justice Party. Anwar, 61, was charged last August with sodomizing a 24-year-old male former aide, Saiful Bukhari Azlan, on June 24, 2008. It is the second time that he has been accused of sodomy.

He spent six years in prison between 1998 and 2004 after being convicted of corruption and sodomizing his former family driver. The charges were brought amid a power struggle with then Prime Minister Mahathir Mohamad. Anwar, who was badly beaten in police custody, insisted he was framed. Malaysia's top court eventually overturned the conviction.

Sivarasa said that the events surrounding the accusation are suspicious _ Saiful met Prime Minister Najib Razak, who was then the deputy prime minister, a few days before going to hospital to complain he had been sodomized; he also allegedly met a senior police officer in a hotel room the day before going to the hospital. Sivarasa said he will provide evidence in court to prove the meeting.
Komen Isac;
Pihak peguambela boleh mendakwa apa sahaja. Kalau berdasarkan kepada tajuk artikel di atas semata-mata dan tanpa membaca keseluruhan artikel tersebut, pasti kita akan terus bersetuju dan mengatakan ya, ini satu lagi konspirasi politik.
Tetapi jika kita baca keseluruhan artikel tersebut, maka kita akan dapati, pihak peguambela sebenarnya cuba untuk mempertikaikan pertuduhan kes liwat ini agar pertuduhan digugurkan. Hujah mereka berdasarkan kepada laporan forensik oleh tiga orang doktor HKL, bahawa tiada kesan jelas dari segi perubatan yang menunjukkan kesan "penusukkan" (liwat) telah berlaku. Walau bagaimanapun di dalam laporan tersebut, ada merekodkan bahawa mereka (doktor-doktor tersebut) telah menemui kesan DNA asing yang dipercayai DNA milik DSAI, di dalam dubur Saudara Saiful.
Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak kerana tidak mahu terjebak di dalam "fitnah", samada kepada pihak baik DSAI maupun pihak saudara Saiful. Cuma pada pandangan saya dari cara tajuk artikel di atas ini ditulis ia seolah-olah cuba untuk menyebelahi DSAI.
Saya percaya pihak peguambela pasti akan menghadapi kesukaran untuk membuktikan kepada tuan hakim bahawa kes ini adalah satu lagi konsiprasi BN. Ini adalah kerana memang sukar untuk melihat kesan tusukkan apalagi jika ia dilakukan dengan kerelaan, menggunakan "bahan pelincir" ataupun alat kelamin sipelaku yang agak kecil. Tambahan pula doktor-doktor tersebut juga mungkin bukan doktor yang pakar pasal bab "sodomi" jestru itu mereka mungkin gagal untuk mengesan kesan tusukkan terutamanya jika ianya dibantu oleh "bahan pelincir".
Jika DNA yang dijumpai itu memang shah milik DSAI maka keputusan pasti akan memihak kepada Saudara Saiful.
Walau apapun harapan saya dan kebanyakkan rakyaat Malaysia, kami berharap agar perkara ini akan cepat berakhir dan moga-moga siapa yang bersalah akan menerima hukum yang setimpal.
Janganlah ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan dengan menggunakan media untuk melindungi pesalah dan sebaliknya biarkanlah perbicaraan kes ini berjalan dengan adil dan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Ulama Tulen Tidak Tamak Kehidupan Dunia, Tidak Sombong Ilmu

Berita Harian Online
Oleh Ibrahim Abdullah

Gambar Hiasan, Ilustrasi Ulamak-ulamak Indonesia Yang Terkenal Dengan Gelaran "Wali Songo" (Wali Sembilan). Menurut Cerita Mereka ini Aktif Mengambangkan Nur Islam Di Indonesia Di Samping Menentang Penjajahan Belanda.


POLITIK dengan ulama tidak dapat dipisahkan. Sejarah sosial politik ummah membuktikan kalangan ulama sentiasa aktif dalam dinamik berbangsa dan bernegara. Namun, tidak dinafikan adanya ulama politik iaitu ulama yang mengikut kehendak parti politik dan pentadbiran. Akibatnya, ulama kerap terjebak stigma politik bercorak negatif dan akhirnya mengurangi kredibiliti ulama itu sendiri. Ada mendakwa ulama jika sudah terjun ke dunia politik sama halnya dengan pentadbir atau pemerintah. Ini adalah karakter ulama politik mengikut arus politik. Namun, yang harus dibangun dan dibina adalah politik ulama.


Maksudnya, parti politik harus mengikut bimbingan dan arahan ulama yang luas ilmu serta tinggi moral. Ulama juga perlu bersikap aktif dalam merentas pelbagai bentuk penyimpangan politik selain menanamkan nilai ulama dalam diri. Ulama bukan sebagai simbol, tetapi nilai ulamanya yang tertanam sehingga menjadi benteng terhadap pelbagai bentuk penyimpangan politik. Pengertian ulama secara etimologi bererti orang yang berpengetahuan. Secara terminologi, ulama adalah orang yang mampu menghasilkan ilmunya kepada rasa takut dan kagum kepada Allah untuk mengamalkan ilmunya serta memanfaatkan demi kepentingan makhluk Allah.


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya yang takut dan kagum kepada Allah daripada hamba-Nya hanyalah ulama." (Surah Fatir, ayat 27-28) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ulama adalah pewaris Nabi." Hadis itu menjelaskan pentingnya ulama meneruskan misi kenabian di muka bumi ini. Ulama berperanan menegakkan hukum Allah, memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta mementingkan kesejahteraan umat Islam.


Oleh itu dapat difahami ulama ada yang baik serta benar dan sebaliknya. Ulama yang baik dapat membina dan membangun bangsa serta negara menjadi lebih baik. Inilah politik ulama yang mengubah keadaan demi kebaikan semua. Ulama politik menggunakan ilmu untuk kepentingan peribadi atau kelompoknya saja. Karakter ulama ini dapat dilihat melalui amalan tidak sesuai dengan ilmunya.


Allah berfirman yang bermaksud: "Aku akan memalingkan orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan benar daripada tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah mereka mendustakan ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya." (Surah al-A'raf, ayat 146) Menurut az-Zahabi, ulama yang tidak benar adalah yang mempercantik kezaliman dan ketidakadilan dilakukan penguasa. Ulama yang memutarbelitkan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa atau ulama yang diam saja di hadapan penguasa pada hal dia mampu menjelaskan kebenaran.


Khalifah Umar al-Khattab bertanya kepada Ka'ab: "Apa yang mengeluarkan ilmu dari hati ulama?" Ka'ab menjawab: Ketamakan." Keluarnya ilmu daripada hati ertinya ilmu itu sudah tidak berpengaruh dan tidak lagi dijadikan tuntutan. Ulama yang tidak benar juga tidak melakukan apa yang dikata. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sungguh besar kemurkaan Allah bagi orang yang pandai berkata-kata tapi tidak mengamalkannya." (Surah as-Saf, ayat 2-3) Adapun politik ulama adalah ulama sebenarnya. Ulama yang benar beramal sesuai dengan ilmunya, berani mengatakan kebenaran di hadapan penguasa dan menegakkan keadilan di hadapan penguasa yang zalim. Ulama yang meluruskan dan mengarahkan penguasa selalu berada di jalan benar.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jihad utama adalah menegakkan kebenaran pada penguasa yang zalim." Sa'adi berkata, seorang raja yang zalim berkenan memanggil seorang ulama ke istananya untuk memberi nasihat. Ketika ulama itu datang, raja berkata: "Berikan aku nasihat, amalan apa yang paling utama aku lakukan sebagai bekalku kelak di akhirat? Ulama menjawab: Amalan terbaik untuk baginda adalah tidur. Raja itu kehairanan: Mengapa? Jawab ulama: Kerana ketika raja tidur, rakyat dapat beristirahat daripada kezaliman."


Ulama benar juga tidak tamak terhadap kehidupan dunia, tidak sombong dengan ilmu dimilikinya dan sesuai antara perkataan dengan perbuatannya. Karakter seperti inilah yang disebut politik ulama yang dapat memainkan peranannya membangun dan membina bangsa serta bernegara. Sekurang-kurangnya tanggungjawab ulama dapat dioptimumkan.



Komen Isac:


Posting ini sekadar renungan untuk kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini, mudah-mudahan membaca bahan-bahan bacaan ilmiah seperti ini akan mengingatkan kita kepada ilmu-ilmu yang pernah kita pelajari terdahulu.

22 Aug 2009

Permatang Pasir, Pas & Umno Sama-sama Menuju ke Neraka? - “Pembunuhan Karektor” Calon Kini Menguasai Kempen !!!!

Dipetik dari mStar Online
Jumaat Ogos 21, 2009
“Pembunuhan karektor” kini menguasai kempen Permatang Pasir
Oleh G. MANIMARAN


Gambar Hiasan, Apa Gunanya Kita Bersalaman Jika di Dalam Hati Kita Berniat Untuk Saling Khianat-Mengkhianati, Bukankah Itu Antara Sifat Orang Munafik.

SEBERANG PRAI: Nampaknya, kempen pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kini telah bertukar menjadi medan “membunuh karektor” kedua-dua calon BN dan PAS dengan pendedahan demi pendedahan pelbagai kisah pribadi dan juga apa yang telah berlaku sebelum mereka secara rasmi diisytiharkan sebagai calon parti masing-masing.


Ramai pemerhati politik melihat, suasana ini tidak berlaku pada beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu - samada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang mahupun yang terbaru di Manek Urai.

Ini kerana mereka berkata, yang menjadi isu kempen pada pilihanraya kecil yang lalu ialah sama ada soal kesesuaian pemilihan calon yang diterima rakyat, soal politik nasional atau tempatan mahu pun dasar atau ideologi parti.

Tetapi nampak gaya di Permatang Pasir sejak kedua-dua parti menamakan calon masing-masing, yang menjadi isu dan diperkatakan orang ialah soal-soal yang berkisar kepada isu-isu peribadi calon dan amat jelas sekali ia sedang menuju ke arah “pembunuhan karektor” bukannya soal siapa yang boleh membawa pembaharuan, pembangunan atau perubahan kepada untung nasib masyarakat setempat.



Dipetik dari Malaysiakini
Rohaizat nafi dakwaan ada isteri kedua
Abdul Rahim Sabri Aug 21, 09 9:14am

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai 'Hafizah', seperti didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan. Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya." Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu "satu pembohongan semata-mata".

Berita penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/111061



Komen Isac;


Kedua-dua calon ini dikaitkan dengan bermacam-macam isu/penyelewengan yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat untuk memusnahkan keadibiliti mereka. Jika tuan-tuan mahu tahu dengan lebih terperinci, sila rujuk pada link-link di atas maupun yang diposting di blog-blog lain. (bulan Ramadhan beb...lebih baik banyakan mengaji)


Adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah ini cara Islam? Ada seorang Ulamak (dari parti politik kita) yang mengatakan Allah s.w.t pun mengumpat dan memaki. Tetapi adakah Tok Guru ini sedar ada banyak sifat-sifat Allah s.w.t yang kita hanya boleh jadikan pengajaran supaya kita insaf, tetapi bukan untuk dijadikan ikutan. Sebagai contohnya membakar "sesuatu hidupan" hidup-hidup hanyalah hak Allah s.w.t., sebaliknya kita tidak boleh melakukannya.


Samalah juga dengan mengumpat dan memaki orang lain....Allah s.w.t boleh, tetapi kita tidak. Dalam Israk Mikraj, Rasullullah s.a.w. ada melihat orang yang sedang memakan daging busuk saudaranya sendiri, apabila ditanya Rasullullah s.a.w. kepada Jibrail a.s. siapakah itu, jawab Jibrail, itulah orang yang suka mengumpat.


Itu baru mengumpat, apa pula hukumnya untuk orang yang memfitnah atau mengada-ngadakan cerita tentang keburukan saudaranya? Astarfirullah hal azim.....


Jika cara berkempen di Permatang Pasir ini kita teruskan, percayalah bukan setakat "ahli dan penyokong-penyokong Umno sahaja yang akan ke neraka", tetapi nampak gayanya, Tok-tok guru dan ahli-ahli Pas akan mendahului mereka.


Marilah kita kembali ke pangkal jalan...Semua umat Islam itu bersaudara!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3