bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Jul 2009

Empat Mati, H1N1 'Membimbangkan' - Di mana Sumbangan Pakatan Rakyaat?


Dipetik dari Malaysiakini

Dikemaskini Seorang wanita berusia 20 tahun meninggal dunia pagi semalam akibat jangkitan selesema A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang sejak seminggu lalu.Perkembangan ini disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai "membimbangkan", lapor Bernama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dipetik berkata wanita yang mengalami masalah kegemukan mati di Hospital Melaka akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran, dan palitan tekaknya mengesahkan dijangkiti virus itu.Pesakit mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, katanya lagi."Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam," beliau dipetik berkata.Dr Mohd Ismail - sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) - berkata kes kematian yang semakin meningkat adalah "membimbangkan", lebih-lebih lagi kerana ia disebabkan oleh rawatan yang lewat, sama ada disebabkan oleh pesakit yang lewat mendapatkan rawatan atau doktor yang gagal mengesan jangkitan itu lebih awal.

Tambahnya, mesyuarat hari ini mengambil ketetapan bahawa semuapengamal perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah memberikan tahap pemerhatian lebih tinggi kepada kes-kes pneumonia yang disebabkan oleh influenza A (H1N1)."Kes-kes pneumonia terutama yang teruk hendaklah diuji kemungkinan jangkitan influenza A (H1N1)," katanya.Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia teruk yang dirawat di hospital perlu diambil palitan tekak untuk ujian influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antivirus serta diambil sejarah jangkitan penyakit seakan-akan selesema (ILI) dan influenza A (H1N1)."Selepas berlaku empat kematian, saya harap orang ramai akan lebihberhati-hati. Jika ada yang tidak sihat dan mempunyai simptom seperti sesak nafas dan sebagainya, gunakan penutup muka dan segera dapatkan rawatan.

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang disyaki disebabkan oleh influenza A (H1N1) juga hendaklah diberi rawatan antivirus influenza dengan dos diganda.Mengenai situasi semasa, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 47 kes baru dilaporkan di seluruh negara dan kesemuanya merupakan kes tempatan.Sebanyak 27 daripadanya meibatkan kejadian dari enam gugusan penularan baru, 10 kes dari lima gugusan sedia adam manakala 10 lagi dikelaskan kes-kes terpencil.Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1) Khamis lalu.Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai. Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).


Komen Isac;

Walaupun telah memakan angka empat (4) korban, masih belum terdengar Pakatan Rakyaat mahu membantu kerajaan menangani wabak ini.

25 Jul 2009

Wabak H1N1 Telah Meragut 1 Korban di Malaysia & 2 Korban di Singapura - Apa Sumbangan Pakatan Rakyaat Dalam Menangani Wabak Ini?

Jul 23, 09 2:21pm
http://www.malaysiakini.com/news/109107

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1) di Malaysia walaupun punca kematiannya bukan disebabkan oleh virus itu sendiri.

Pelajar itu yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mati akibat serangan jantung, kata menteri kesihatan hari ini.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata si mati mengalami masalah kegemukan dan mempunyai bengkak hati dan jantung, lapor The Star.


H1N1: Virus kini merebak setiap negara di dunia

GENEVA: Selesema babi atau Influenza A (H1N1) kini merebak hampir ke setiap negara di dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam sambil mengakui virus berkenaan boleh matang dan berkembang di benua sejuk utara hemisfera. Kebimbangan WHO itu berdasarkan angka kematian akibat H1N1 yang kini terus menunjukkan peningkatan mendadak. Malah, WHO berkata, kini hanya masa menentukan virus itu merebak ke setiap negara di dunia sejak ia dikesan Mac lalu.
"Penularan virus ini terus berlaku dan kini 160 daripada 193 negara WHO mempunyai kes H1N1. "Jadi, kita sudah hampir kepada angka 100 peratus," kata jurucakap WHO, Gregory Hartl di sini. Hartl berkata, virus H1N1 virus yang diisytiharkan sebagai pandemik Jun lalu kini sudah mengorbankan sekitar 800 nyawa.



Pelajar UiTM cuti awal cegah H1N1: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dibenar pulang semalam, selepas kampus UiTM di seluruh negara diarah percepatkan cuti pertengahan semester Julai-November 2009 bermula Isnin hingga 2 Ogos bagi mencegah penularan selesema babi atau Influenza A (H1N1). - Foto Abdullah Yusof
Jul 25, 2009 9:28 am

Komen Isac;
Wabak H1N1 tidak begitu diendahkan oleh rata-rata rakyaat Malaysia. Saban hari semakin banyak sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang terpaksa ditudup kerana wabak ini. Mungkin kerana sebelum ini ianya tidak melibatkan korban nyawa, tidak seperti Wabak J.E. dan selsema burung yang melanda negara beberapa tahun yang lalu maka ianya dipandang sepi. Moga-moga dengan satu korban di Malaysia dan dua korban di Singapura, semua pihak akan lebih serius di dalam menangani wabak ini.
Pihak Pakatan Rakyaat (PR) yang selalunya dilihat cenderong untuk menonjolkan diri kononnya mereka adalah "pembela nasib rakyaat Malaysia" juga dilihat tidak mengendahkan isu ini. Mereka yang selama ini suka memperjuangkan beberapa isu dengan mengadakan rapat-rapat umum dan ceramah-ceramah, memandang sepi isu ini. Mungkin kerana wabak ini dilihat tidak memberikan "political millage" seperti mana isu kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM maka ianya dibiarkan untuk ditanggung sendiri oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Berbeza dengan isu mendiang Teoh, beberapa rapat umum telah diadakan dan isu itu juga telah diselitkan di dalam ceramah-ceramah mereka. Ketua Pembangkang (DSAI) pula dengan lantang telah menuduh, SPRM menjadi alat kepada kerajaan Umno/BN untuk "membunuh" saksi utama kes "penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor oleh exco-exco PR. Memang pelik tuduhan tersebut, bagaimana saksi utama boleh "dibunuh' oleh pihak pendakwaraya bukan pihak pembela?
Saya tertanya-tanya adakah isu kematian mendiang Teoh lebih penting dari nyawa keseluruhan rakyaat Malaysia yang dianggarkan sekitar 24 juta orang di negara ini? Sehinggakan PR memandang sepi wabak H1N1 ini dan sebaliknya beriya-iya hendak mendahului pihak forensik, pakar bedah siasat, polis, pendakwaraya, juri dan mahkamah di dalam menentukan siapakah yang bersalah di dalam kes mendiang Teoh?

24 Jul 2009

Gerhana Matahari - Benua Asia Gelap. Tanda Kebesaran Ilahi.

PERINGKAT pergerakan gerhana matahari dilihat di Guwahati, Assam, India semalam.

Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu. Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu. Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah.
Dipetik dari Berita Harian Online






GERHANA matahari dilihat di barat daya China pada jam 9.16 pagi, hari ini. Rakyat Asia berpeluang menyaksikan gerhana matahari terpanjang pada abad ke-21. - Foto AP/Reuters
Jul 22, 2009 10:19 am

GAMBAR gerhana matahari dalam pelbagai peringkat yang dirakam di dua lokasi di Gauhati, India, semalam. - AP

VARANASI, India 22 Julai - Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 menjerumuskan berjuta-juta penduduk di serata Asia ke dalam kegelapan sementara hari ini, mencetuskan suasana keagamaan, ketakutan dan keseronokan di seluruh India dan China.


Peluang yang datang sekali seumur hidup itu dipercayai menjadi gerhana yang disaksikan paling banyak orang dalam sejarah disebabkan laluannya yang meliputi kawasan paling padat dengan penduduk di muka bumi. Namun peluang itu dibiarkan berlalu oleh berjuta-juta lagi yang berkurung di dalam rumah kerana mempercayai fenomena tersebut membawa petanda buruk.


Seorang wanita terbunuh dalam kejadian rempuhan di kota suci Hindu, Varanasi di mana puluhan ribu penganut agama itu berhimpun di tebing Sungai Gangga sejak subuh lagi. Polis berkata, wanita berusia 80 tahun itu pitam semasa pengunjung berasak-asak untuk memasuki sebuah kuil dekat tebing sungai tersebut, kemudian meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian itu mencetuskan panik yang turut menyebabkan lebih 20 orang lain cedera.


Gerhana matahari penuh selalunya berlaku setiap 18 bulan tetapi gerhana hari ini istimewa kerana tempoh kegelapan 'menyeluruh' yang maksimum selama enam minit dan 39 saat apabila matahari dilindungi seluruhnya oleh bulan. Tempoh gerhana penuh selama itu hanya akan berulang pada 2132.


Stesen rasmi China Central Television membuat liputan secara langsung tentang peristiwa yang dipaparkannya sebagai 'Gerhana Matahari Sungai Yangtze' kerana laluan fenomena itu meliputi lembangan saliran sungai tersebut. Berjuta-juta penduduk di beberapa kawasan di barat daya China berpeluang menyaksikan fenomena itu dengan jelas, tetapi pemandangan di sebahagian besar laluannya terjejas disebabkan awan mendung.


Penduduk di Shanghai tidak mempedulikan hujan dan cuaca mendung untuk menyaksikan gerhana itu apabila kegelapan mula menyelubungi pusat perdagangan China tersebut pada 9.36 pagi (waktu sama di Malaysia). "Sekarang waktu kerja, tetapi kami tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan yang begitu menakjubkan. Pengalaman ini sungguh menyeronokkan," kata seorang pekerja di Shanghai, Allen Chen yang keluar ke jalan raya untuk menyaksikan peristiwa itu.


Mereka yang mampu membeli tiket mahal untuk menaiki pesawat sewa khas yang disediakan oleh agensi pelancongan untuk membawa mereka menyaksikan gerhana tersebut bagi tempoh yang lebih lama dengan mengejar bayangnya menghala ke timur. Bayang atau umbra yang dihasilkan oleh gerhana penuh itu mula kelihatan di negeri Gujarat, barat India sejurus sebelum 6.30 pagi ini (9 pagi waktu Malaysia.


Ia kemudian merentasi India dan meliputi kawasan di antara Bangladesh dan Nepal sebelum menyelubungi sebahagian besar Bhutan, merentasi tanah besar China dan menghala ke laut dekat Shanghai. Dari sana ia bergerak merentasi pulau-pulau dekat selatan Jepun sebelum membelok ke barat Pasifik. - AFP

Dipetik dari Utusan Online

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Komen Isac;

Sama-samalah kita nikmati satu lagi tanda kebesaran Ilahi. Gerhana Matahari selama ini dianggarkan hanya akan berlaku lagi pada tahun 2132 ataupun 123 tahun dari sekarang. Saya berani katakan tidak ada seorangpun dari kita yang akan sempat melihatnya nanti.

Jika kita perhatikan di sekeliling kita, ada terdapat banyak tanda-tanda akan kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t.. Sebagai orang Islam saya percaya kita sepatutnya lebih mengenali siapa tuhan kita, kerana kita mengenali 20 sifat wajib, 20 mustahil dan satu sifat harusNya. Sesetengah dari kita juga setidak-tidaknya menghafal 99 nama-nama Allah berserta maksudnya sekali ketika di bangku sekolah/kolej.

Saya sendiri walaupun pernah belajar agama di sekolah agama Negeri Johor, hanya mempelajari akan Tauhid Uluhiyyah & Rububiyyah di universiti tempatan. Samada silibus itu kini masih diajarkan di universiti-universti tempatan, saya tidak pasti kerana telah meninggalkan tangga universiti hampir 19 tahun yang lalu.

Itu sedikit sejarah saya, tapi apa yang hendak saya sentuh di sini adalah, walaupun ilmu pengetahuan agama kita tinggi sehingga sesetengahnya bergelar Ustaz, Tok Guru bahkan Mufti sekalipun kita sebagai manusia biasa tidak akan sepi daripada membuat kesilapan maupun kesalahan. Sebab itulah sebagai seorang Islam kita perlu muhasabah diri kita, jika kita membuat hilaf janganlah kesilapan itu membuatkan kita hanyut lebih jauh....

Lihatlah tanda-tanda kebesaran Ilahi, yang terdapat disekeliling kita, ingatlah bahawa syurga, neraka dan hari pembalasan itu adalah nyata (benar), mati itu adalah benar dan segala perbuatan kita akan dihisab dan dibalas diakhirat kelak. Semoga kita akan menjadi muslim yang mukmin. Semoga walau parti manapun yang kita wakili itu tidak akan memisahkan kita kerana sesungguhnya semua umat Islam itu adalah bersaudara dan semua manusia itu asalnya dari dua manusia yang sama iaitu Nabi Adam a.s. dan Ninda Hawa.

Umat Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!!

23 Jul 2009

Nizar Sepatutnya Tidak Hadir Nyalakan Lilin – Dewan Ulama Pas




Dipetik Dari Utusan Online
Oleh SAIFULIZAM MOHAMADpengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan. Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu. “Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan. “Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
Komen Isac;
Memang benar kita tidak boleh memisahkan Islam dengan suatu apapun perkara di dunia ini kerana Islam adalah suatu cara hidup. "Islam is away of life". Apabila suatu ketika Tun Mahathir pernah mencadangkan agar perkataan "Islam" digugurkan daripada sebuah parti yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam, ramai yang membantah kerana alasan mereka, "Islam tidak boleh dipisahkan daripada politik, kita tidak boleh mengatakan Islam itu suku politik itu suku".
Jika Islam dipisahkan dari apapun di dunia ini ia boleh membawa kapada kufur. Waliyazubillah......Nauzubillah himin zalliq.....Sebagai seorang Islam jika hukum itu yang keluar maka kita tidak akan berani untuk menentangnya.
Cuma apa yang saya ingin nyatakan disini, jika Islam sampai dipolitikkan seperti kejadian memasang lilin di atas, bukankah kita wajib untuk tidak bersekutu dan menyokongnya?
Memang Islam tidak boleh dipisahkan dari apa jua pun, tetapi perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik dan menyekutukan Allah s.w.t. samada dari segi niat, perbuatan apalagi dengan keazaman, sepatutnya tidak boleh dikaitkan dengan Islam maupun umat Islam sama sekali. Bahkan Islam tidak sepatutnya dipolitikkan kerana akibatnya pasti akan menimbulkan kesesatan dan ketaksuban oleh pengikut-pengikut fahaman politik yang bertaklik tanpa ilmu.
Di dalam melalui hari-hari yang mendatang dengan kehadiran Tok-tok Guru dan Ulamak-ulamak yang kelihatan terlalu memihak kepada sesetengah parti politik secara membuta-tuli, saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, masih adakah "Wali" di Malaysia?

KAUM-KAUM LAIN SEMEMANGNYA KAYA BERBANDING KAUM BUMIPUTERA - SAMBUTAN LUAR BIASA ASM

Dipetik Dari Utusan Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Orang ramai sanggup beratur sejak awal pagi bagi menunggu giliran untuk melanggan unit ASM di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. di Menara Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Orang ramai sanggup beratur sejak awal pagi bagi menunggu giliran untuk melanggan unit ASM di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. di Menara Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang ditawarkan untuk semua kaum semalam.

Disebabkan jualan bagi baki ASM ini berdasarkan siapa cepat dia dapat, para pelabur sanggup menunggu sejak awal pagi untuk memastikan mereka dapat melanggani unit amanah itu. ASM dilancarkan dengan saiz dana dua bilion unit pada tahun 2000. Bagaimanapun unit yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera telah habis dijual dalam tempoh 21 hari.

Komen Isac;


Kaum-kaum lain sememangnya lebih "kaya" dari kaum bumiputera di Malaysia. Itu adalah hakikatnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 19970-1988 telah dapat mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum, tetapi masih gagal mencapai matlamat 30% penguasaan bumiputera ke atas kekayaan negara. Sekitar tahun 1970an, bumiputera hanya menguasai kurang 5% daripada kekayaan negara, kini sekitar 19%.
Walaupun kaum Bumiputera merupakan kaum yang terbesar (65%) penduduk di negara ini, pendapatan perkapita mereka hanyalah yang ketiga tertinggi selepas kaum Cina dan India. Ini menjadikan kuasa membeli dan tabungan kaum-kaum lain adalah lebih tinggi berbanding kaum bumiputera. Sebab itulah juga apabila ASM (peruntukan saham bumiputera yang tidak dilanggan) dibuka kepada kaum-kaum lain ianya telah terjual bagaikan "goreng pisang panas".

Kaum-kaum lain sepatutnya bersyukur dan mengenang jasa Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu yang terdahulu yang telah menerima mereka sebagai rakyaat di negara ini. Mereka juga patut berterimakasih kepada kerajaan yang telah mengamalkan dasar ekonomi dan pemerintahaan yang adil sehingga bukan sahaja membolehkan mereka hidup senang dan mewah di sini, bahkan menguasai ekonomi negara ini.
Kekayaan negara adalah cukup untuk semua rakyaatnya, jestru itu dasar kerajaan yang cuba untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi semua kaum (terutamanya dikalangan kaum bumiputera yang jauh ketinggalan) perlu disokong oleh semua pihak. Mengurangkan jurang ini bukannya bermakna kaum bumiputera akan merampas hak kaum-kaum lain tetapi mereka (yang mewakili 65% rakyaat negara ini) hanya akan diberikan bantuan agar mereka berpeluang menguasai 30% hasil kekayaan negara (unjuran masa hadapan).
Kaum-kaum lain yang telah lama menguasai dunia perdagangan di negara ini juga perlu sedar bahawa mereka juga akan dapat mengecapi faedahnya apabila kuasa membeli golongan bumiputera ini meningkat. Meningkatnya kuasa membeli kaum bumiputera (65% penduduk negara) juga akan membawa maksud lebih banyak barangan yang akan mereka beli daripada pasaran dan pasti pulangannya juga adalah jauh lebih besar.
Marilah kita sama-sama bergandingan tangan untuk membangunkan negara ini...Negara ini akan lebih aman, makmur dan berjaya apabila keamanannya dapat dikekalkan. Keamanan pula hanya akan dapat dikekalkan apabila jiran-jiran kita tidak hidup di dalam kedaifan dan kelaparan. Apabila jurang ekonomi dapat dikurangkan negara akan bertambah aman dan lebih banyak peluang dapat diwujudkan untuk semua rakyaatnya...Bukankah ini baik untuk kita semua?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3