bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Feb 2019

Kalau ikut Sifir Kerajaan PH, PLUS, KTMB, LRT dan MRT Sewajarnya Percuma???



“Kerajaan perlu beli highway (lebuh raya) guna duit siapa? Duit daripada cukai yang dikutip daripada rakyat, kemudian jalan mesti diperbaiki sepanjang masa, itu juga kena dibelanja oleh kerajaan tidak lagi oleh syarikat konsesi" ujar Tun M.

Sumber klik sini. 

Ramai rakyaat yang memandang serong dengan cadangan (baru di peringkat cadangan) kerajaan PH), yang mahukan syarikat Gamuda mengambilalih 4 Lebuhraya di Lembah Klang dalam usaha untuk memberikan "Tol percuma" secara berjadual di antara jam 11mlm - 5pagi.

Satu cadangan yang menggelikan hati. kerana ianya seolah2 memberikan kelebihan kepada kaki clubbing untuk berhibur.

Pastinya rakyaat yang telah semakin bijak hasil usaha kerajaan BN yang telah memberikan pendidikan yang baik kepada rakyaat sebelum ini tertanya2 akan perkara2 berikut;
  1. Apa beza congestion charges dengan bayaran toll?
  2. Mengapa kerajaan PH seolah2 mengutamakan kaki clubbing?
  3. Adakah kerajaan PH x mengutamakan ibubapa supaya dapat bermesra dgn keluarga berbanding untuk mendapatkan toll free?
  4. Kenapa mesti syarikat Gamuda? Yang sebelum ini dilihat memonopoli pembinaan sebahagian projek double track, LRT, MRT, tanah wetland murah berdekatan Cyberjaya (klik sini).
  5. Berapakah nilaian pengambilalihan??? Adakah sehingga 10x sebagaimana Splash?
  6. Adakah pinjaman akan dijamin oleh kerajaan?
  7. Adakah ianya satu lagi projek "bailout" sebagaimana zaman PM4???
  8. Berapa lama konsessi yang akan diberikan kepada Gamuda?
  9. Bagaimana sekiranya toll tidak dapat menampung hutang baru Gamuda, kos operasi dan maintenance?
  10. Jika ianya gagal adakah projek ini akan menerima nasib yang sama sebagaimana projek penswaataan LRT Putra & Star adalah  di zaman Tun M & DS Anwar yg telah terpaksa diselamatkan oleh kerajaan di zaman Paklah/Najib. Diletakan di bawah Prasarana?
  11. Jika kerajaan Ikhlas mengapa x dimulakan dengan lebuhraya PLUS di mana kerajaan melalui khazanah memiliki 51% ekuiti PLUS di bawah UEM (100% dimiliki oleh Khazanah). Malah 49% saham PLUS pula dimiliki oleh KWSP. Bukan kah ini lebih mudah berbanding nak ambilalih konsessi2 lebuhraya2 yang lain. Ya tak? Milikan saham PLUS klik sini.
  12. Ataupun sekiranya benar2 ikhlas, kerajaan juga boleh memberikan tambang percuma melalui KTMB, LRT dan MRT yang 100% dimiliki oleh kerajaan dibawah Prasarana negara. Kecuali janji toll percuma ini cuma janji2 palsu! Retorik untuk memenangi PRU.





1 comment:

  1. Nampak tak ikhlas..

    Cdgn jer...
    Bila mana pihak konsesi dh dpt balik modal mrk....tol sepatutnya diturunkan.Cukuplah ambik untung utk gaji dan maintenance serta laba yg sepatutnya.
    Bila BAPAK SEGALA TOLol buat perjanjian...kadar kenaikan sgt melampau dgn rakyat dilagukan dgn tol negara kita msh rendah berbanding negara lain.Betul ker???

    Hanya ingin melindungi lubuk emas kroni dan proksi rakyat tidak dimakmurkan.Dahulukan rakyat dlm apa2 hal dan bukannya pihak yg sedia kaya dan terus kaya...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3