Permusuhan PAS – terhadap UMNO; kubur UMNO kah atau melayu yang digali? DAP kah saudara se-Agamanya? Benarkah DAP dan PKR akan bantu PAS laksana hukum Hudud? PAS hanya akan pecahbelahkan melayu jadi bangsa kecil dan tidak berkuasa, hanya kerana kepentingan agenda parti sangup gadai hak ketuanan melayu. PAS adalah musuh melayu sebenar kerana perjuangannya yang terpesong!
Gagal laksana hudud salahkan UMNO. Luruslah segala jari menunjuk kearah UMNO. Maka hinalah UMNO dan dilabel bodoh dan sombong. Dengan UMNO berlagak berupa harimau dengan DAP menjadi tikus. Apakah akan terlaksana hudud jika mereka mengekori buntut DAP?
Orang Melayu dan Islam telah tertipu oleh PAS yang bertopengkan Islam. Untuk kesekian kalinya: PAS bukanlah Agama Islam dan Agama ISLAM bukanlah PAS. PAS adalah parti politik yang guna Islam untuk kepentingan sendiri.
Mesti ingat teori pecah dan perintah: Kini melayu dipecah dan diperintah. Siapa dan bangsa apa yang untung dalam suasana politik kini? Jangan sampai nasi menjadi basi dan bubur hanya sesuai jadi makanan babi. Pemimpin politik harus sedar dan kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.