bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Dec 2013

Ustaz Kazim Sah Menganggotai Majlis Tertinggi Umno???

Foto (Kiri): PENDAKWAH terkenal, Muhamad Kazim Elias ketika hadir di Parlimen untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. - Foto Effendy Rashid

Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Muhamad Kazim Elias mengumumkan keluar PAS serta merta selepas kecewa dengan parti itu yang sering menghentam dan melabelkan dirinya dengan panggilan kurang enak dan hina. 

Beliau juga menafikan tindakan itu diambil bukan selepas menerima tawaran Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebaliknya dibuat atas kehendaknya sendiri. 

Ditanya mengenai sama ada beliau menerima tawaran MT, Kazim menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pengumuman itu selepas ini. 

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Contoh orang beradab....

Walaupun beliau ilmuan agama beliau masih mampu menghormati DS Najib sebagai pemimpin negara.

Setelah berbincang dan memberitahu akan syarat2 untuk membolehkan beliau menganggotai MT Umno beliau tidak dengan sombong mewar-warkan hasil perbincangan tersebut dan sebaliknya menyerahkan kepada DS Najib untuk membuat pengumuman samada beliau menerima atau menolak perlantikkan tersebut.

Apapun kita tunggu apa pengumuman DS Najib. "Do not jump the gun!!!".

Sebagai orang Melayu beragama Islam kita kaya dengan adab sopan!!!

Orang Melayu Tak Perlu Bersatu!!! Serahkan Sahaja Nasib Anak-cucu Kita Kepada DAP???

Atas alasan kononnya mereka lebih amanah?

Atas alasan kononnya mereka pemimpin yg lebih baik?

Atas alasan kononnya mereka lebih adil? Liberalisas.

Mereka kononnya lebih saksama sehingga menerima LGBT dan perkahwinan sesama gender.

Atas alasan semua agama menyembah Allah, tuhan yang satu. Konsep pluralisasi agama yg membolehkan perkahwinan diantara penganut2 agama yg berlainan tanpa perlu menukar agama.

Atas alasan pemimpin2 dunia barat lebih menerima mereka kerana agama mereka atau amalan mereka sama.

Ketahuli orang Yahuni dan Nasrani tidak akan senang selagi umat Islam tidak mengikuti mereka.

Jestru....jika kita masih tidak sedar2 mengaku mahu menegakkan hukum Allah/agama Islam tetapi menolak tuntutan Islam yang menuntut umatnya bersatu amatilah apa yang sebenarnya telah berlaku di Syria, bumi para Anbiya..

Lihatlah bagaimana Islam dilagakan dan berbunuhan sesama sendiri. Lihatlah gerakkan tersusun dan bagaimana mereka cuba untuk dimurtadkan!!!

Anda mahu anak-cucu kita mengalami nasib yang sama? Waiyazubillah....Nauzubillah himin zaliq!

Sumber klik sini http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/kristianisasi-ancaman-baru-muslim-syria-1.226153


posted from Bloggeroid

1 Dec 2013

Ustaz Kazim Mengelirukan dan Tiada Kebaikan Buat Umat Islam - Nik Abduh


Kenyataan YB Nik Abduh dipercayai sebagai mengulas perlantikkan pendakwah bebas Ustaz Kazim ke jawatan Majlis Tertinggi Umno.  

Ustaz Kazim dipecat keahlian Pas pada tahun 2009 kerana dikatakan lantang mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan Pas yang berbaiah dan bersengkokol dengan parti DAP.

Sumber klik sini.

Anehnya Nik Abduh yang menganggap Ustaz Kazim sebagai mengelirukan dan tidak memberikan kebaikan kepada umat langsung tidak menyentuh ayahandanya yang dilihat sentiasa menentang sebarang usaha yang mahu menyatukan Pas dengan Umno.

Malah Nik Aziz juga selalu mengeluarkan fatwa2 peribadi yang mengelirukan demi untuk mempertahankan pemimpin2 Pas mahupun sekutu mereka baik daripada PRK mahupun DAP.

Terbaru Nik Aziz mendakwa PM kerajaan Pusat tidak pernah mahu mengadakan pertemuan dengannnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi MB Kelantan. Suatu kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai berniat jahat dan berbau fitnah kerana banyak bukti yang menunjukkan sebaliknya. Kalau tak percaya klik sini.

Paul Walker Hero Filem "The Fast and Furious" Terbunuh Dalam Kemalangan Jalanraya???

Santa Clarita, California (CNN)-- Aktor pelakon lelaki Paul Walker, yang terkenal sebagai bintang apabila membintangi filem, "The Fast and Furious" meninggal dunia pada hari Sabtu dalam kemalangan kereta di California Selatan. 

Berita kematian ,Walker 40 tahun disahkan oleh Ama Van Iden pengurus media Walker tetapi menyatakan bahawa beliau tidak dapat menjelaskannya melebihi apa yang telah dikirimkan kepada akaun  rasmi Twitter dan Facebook Walker.  

Walker merupakan penumpang di dalam kereta Porshe kawannya dan kedua-duanya telah menghadiri aktiviti kebajikan untuk syarikatnya,  di komuniti Valencia di Santa Clarita, kira-kira 30 km ke utara Hollywood anjuran Reach Out Worldwide iaitu laman web untuk memberi manfaat kepada mangsa-mangsa taufan Haiyan di Filipina.  

Kemalangan berlaku kira-kira 3:30 petang (6:30 p.m. ET), kira-kira 300 meter dari Pejabat park di mana acara itu diadakan.  Santa Clarita Valley isyarat, memetik seorang Timbalan Sheriff  di tempat kejadian,  berkata merah Porsche kelihatan telah kehilangan kawalan.

Kenyataan pejabat Sherif memberitahu Timbalan Sherif yang tiba di tempat kejadian sebuah kenderaan sedang terbakar. Sebaik sahaja api krew bomba memadamkan api kebakaran mereka menemui dua mayat dan kedua-dua daripadanya telah disahkan mati di tempat kejadian.  


Komen Isac;

Nampaknya dunia Hollywood telah kehilangan seorang hero tampan yang begitu digilai oleh ramai peminat2 wanita. Pastinya kehilangan beliau akan begitu dirasai.

Apa yang tragis, Paul Walker yang begitu popular dengan watak pemandu laju, seakan2 tidak dapat dipisahkan dari wataknya dalam filem2 lakonannya di mana pemergiannya ini juga dikaitkan dengan sebuah kereta berperestasi tinggi jenama Porshe.

Apapun menurut laporan mendiang dijumpai duduk di tempat penumpang.

Sumber klik sini, sini dan sini.




CIDB Malaysia Hanya Mengutamakan Keuntungan dan Berfikiran Jumud???

Penulis mempunyai ramai kawan-kawan yang berkecimpung di dalam bidang pembinaan. 

Menurut mereka sejak beberapa tahun yang lepas CIDB telah mensyaratkan buat mana2 syarikat pembinaan yang mahu memperbaharui lesen mereka perlulah mempunyai mata CCD yang mencukupi yang hanya akan diperolehi dengan menghantar pekerja2 mereka mengikuti seminar berkaitan pembinaan dan pengurusan anjuran CIDB mahupun syarikat2 penganjur seminar yang dilantik oleh CIDB.

Ianya bagi penulis merupakan suatu hasrat yang murni dalam usaha kerajaan meningkatkan kecekapan, kualiti dan mutu kerja kontraktor-kontraktor tempatan.

Flasasafah pembinaan yang mahukan sesuatu projek dijalankan/dibina menggunakan peruntukan/budget yang telah dihadkan, disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan mencapat kualiti yang ditentukan dengan selamat dan kekal untuk tempoh jangkahayat sebagaimana ianya direkabentuk akan hanya dapat dicapai sekiranya buruh2 dan pekerja2 pengurusan pimbinaan adalah terlatih, berpengalaman dan menggunakan teknik dan peralatan yang betul.

Walau bagaimanapun ramai di antara kontraktor yang berasa terkilan kerana CIDB seperti seolah2 hanya mengutamakan faktor keuntungan buat organisasi mereka sahaja. Alasan para kontraktor ada benarnya, kerana mereka telahpun membayar sejumlah wang iaitu beberapa peratus daripada harga projek yang mereka perolehi kepada pihak CIDB, jestru mengapa kursus2 yang mereka ikuti perlu lagi mereka bayar??? Ini tidak berlaku kepada agensi2 kerajaan yang lain seperti beberapa Suruhanjaya yang memberikan seminar pada setiap saban tahun secara percuma. Malahan pembaharuan lesen kontraktor juga dikenakan caj bayaran.

Pihak CIDB juga dilihat seperti berat sebelah di dalam memberikan mata CCD untuk kursus2 dan seminar2 yang dianjurkan oleh agensi2 kerajaan dan swasta yang lain. 

Sebagai contohnya seminar yang dianjurkan oleh CIDB ataupun syarikat yang mereka lantik yang berdurasi selama sehari akan diberikan 10 mata CCD dan jika dua hari akan diberikan 20 mata CCD begitulah seterusnya, tetapi untuk kursus/seminar yang hampir sama yang dianjurkan oleh agensi2 kerajaan/pihak lain seperti Institut Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (Niosh), Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia dan anjuran syarikat2 latihan swasta yang tidak dilantik oleh CIDB hanya akan diberikan 10 mata CCD walaupun durasi seminar/kursus yang diikuti jauh lebih lama dan ada di antaranya berdurasi sehingga seminggu atau lebih. Mata CCD untuk kursus2 tersebut juga perlu dipohon dan tidak diberikan secara otomatik,

Malah lebih mengecewakan, pihak CIDB juga tidak memberikan mata CCD dan mengiktiraf sekiranya ada di antara pekerja2 pihak kontraktor yang melanjutkan pelajaran mereka secara separuh masa di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahupun Phd, Ini amat menghairankan kerana di kursus2 yang mereka ambil dilihat berkaitan dengan urusan dan boleh mempertingkatkan skill dan qualiti pekerja2 tersebut seperti pengurusan projek/pembinaan, kualiti pembinaan, aturcara dan kaedah pembinaan, aturcaraan komputer berkaitan jadual pembinaan, kos dan analisa projek, kontrak pembinan, pengurusan sumber manusia, pengurusan risiko projek, pembinaan lestari, keselamatan dan  kesihatan pekerjaan dan lain2.

Ianya sesuatu yang ironi kerana apalah sangat yang boleh diperolehi dengan menghadiri 8 jam seminar anjuran CIDB berbanding proses dan pembelajaran yang perlu dilalui oleh pekerja2/kakitangan kontraktor di dalam mencapai ijazah sarjana muda, master dan Phd. yang dilakukan secara separuh masa untuk tempoh 2 hingga 5 tahun. Pastinya mereka ini bukan sahaja akan didedahkan kepada tenaga2 pengajar yang arif dalam bidang pembinaan secara akademik malah kebanyakkan tenaga2 pengajar di peringkat ini adalah merupakan mereka yang pakar dalam bidang masing2, daripada industri yang pembinaan, memegng status professional dan berkelulusan Phd.

Sudah tentu pekerja2/kakitangan kontraktor yang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat ini akan dapat belajar dan mempraktikkan ilmu2 yang mereka pelajari dengan lebih mendalam bukan?

Jestru pemikiran jumud oleh pihak CIDB ini menimbulkan persoalan yang besar tentang ke mana kah hala tuju CIDB yang sebenarnya? Adakah  mereka benar2 mahu mempertingkatkan kecekapan, kualiti dan mutu kerja kontraktor di Malaysia? Ataupun mereka sebenarnya hanya berhasrat mahu membuat keuntungan peribadi?

Yang jelas tindakan mereka juga dilihat tidak selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan lebih ramai rakyaat Malaysia memiliki ijazah master dan Phd sebagai salah satu kriteria di dalam menuju wawasan 2020.

Penulis berharap pihak CIDB dapat melakukan sesuatu dengan teguran ikhlas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3