bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Sept 2009

Pekong 2 - Pakatan Selangor Bercadang Merompak Wang Zakat?



Perbendaharaan Selangor yang hampir kering membuatkan Tan Sri Khalid tak keruan. Kalau dahulu dia dan barisan exconya sibuk menghentam kerajaan Umno/BN dibawah pimpinan Dato' Seri Mohammad Khir Toyo kerana dikatakan boros, tak pandai mentadbir kewangan negeri dan sering keluar negara, kini beliau (Tan Sri Khalid) kelihatan seperti kehilangan punca.
Sumber kewangan (talian hayat) terdekat yang beliau rasa dapat membantunya ialah sumber dari Pusat Zakat Selangor. Mujurlah Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertegas dan menitahkan bahawa wang zakat tidak boleh diambil, dipinjam atau disalurkan untuk tujuan lain kecuali bagi membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri Selangor.
Bayangkan kalau negeri Selangor tidak bersultan, "confirm" pasti dengan duit-duit baitulmal "licin satu kali". Juga sila rujuk posting Isac yang terdahulu, http://bumiyang.blogspot.com/2009/08/pemimpin-pemimpin-melayu-pakatan.html
Isac pernah menegaskan dahulu, inilah jadinya apabila Melayu/Islam lemah.....Bila Melayu/Islam terpecah, masing-masing kelompok yang pasti "terpaksa" menaggih undi/simpati bukan Melayu untuk  berkuasa akan terpaksa/sengaja menggadaikan lebih banyak "hak-hak" orang Melayu/Islam demi untuk mengekalkan kuasa.
Ini hanyalah suatu contoh....Banyak lagi yang akan "tergadai" selepas ini jika kita orang Melayu/Islam terus berpecah-belah...Selain menggunakan wang zakat untuk bukan Islam adalah terkeluar dari syariat Islam, ianya juga menunjukkan "kebodohan" orang kita yang sanggup berkongsi apa sahaja yang kita ada dengan orang lain tetapi dalam masa yang sama hak orang lain masih tetap menjadi milik mereka.
Macam mana seorang tokoh Korperat Melayu yang hebat seperti Tan Sri Khalid dan DSAI yang kononnya pejuang Islam boleh terlepas pandang perkara ini? Sedarlah sebelum terlambat...Perpecahan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada kita...

1 comment:

  1. nama pun wang zakat.. melayu jenis ape khalid ni sampai nak gunakan wang zakat utk kepentingan diri dan parti dia?? tokoh keparat anwar ke dia contohi sekarang ni? anwar raja segala songlap.. itu juga yg dia nak ikut. selangor yg dulunya kaya, tidak lama lagi akan turut menjadi miskin seperti kelantan..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3