AIDCNews Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan rahsia ‘kerajaan perpaduan’ di antara PAS dan UMNO dan segelintir PKR di negeri Selangor tetapi menemui kegagalan kerana tidak mempunyai “operator” yang baik untuk melaksanakan gerakan belakang tabir itu.
Menurutnya, rundingan itu berlaku disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
“Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.
“Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.
“Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka,”dedahnya.
Baca selengkapnya, sila klik di sini.
Perbincangan ini menunjukkan sebenarnya rakyaat adalah perkara kedua, yang paling penting buat pemimpin2 politik di Selangor walau dari parti manapun adalah untuk mereka dapat berkuasa dan memerintah...
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.