bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Jan 2010

Lawatan Muhyiddin mungkin tanda pilihan raya kecil di Batu tak lama lagi...

Oleh: ROSLAN BIAN DAN LUKMAN ABDULLAH
January 17, 2010 : 03.45 AM
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a







Ramai kalangan orang politik mencongak akan ada dua pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat membabitkan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah dan kerusi PKR di Parlimen Batu, Kuala Lumpur.Walaupun kedua-dua kes menunggu rayuan mahkamah tetapi banyak pihak membuat andaian bahawa pilihan raya itu hampir pasti dengan kemungkinan di parlimen Batu setelah mahkamah mendapati pemimpin PKR, Tian Chua bersalah mencederakan anggota polis.Tian Chua yang dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada 22 Oktober sedang menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi beliau pernah memberitahu Agendadaily, jika keputusan bersalah itu kekal, beliau tidak akan merayu lagi.Alasannya supaya boleh diadakan pilihan raya kecil di parlimen Batu kerana pembangkang boleh menang mudah kecuali BN meletakkan calon daripada UMNO menggantikan calon Gerakan yang mewakili kerusi itu sebelum ini.

Dan jika Tian Chua mengotakan janjinya jika Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman itu pada rayuannya yang akan didengar 27 Januari ini, sah Batu pembuka gelanggang siri pilihan raya kecil tahun ini selepas sembilan pilihan raya sejak Mac 2008 hingga akhir tahun lalu. Mengambil kira kemungkinan itu juga, pemerhati politik mencongak kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang di majlis mesra rakyat di Bandar Baru Sentul dalam kawasan parlimen Batu pada Sabtu seolah-olah petanda gendang perang pilihan raya kecil kawasan itu mula dipalu. Tandatanya mereka ialah kenapa dalam banyak-banyak kawasan di Kuala Lumpur beliau memilih Batu?


Bandar Baru Sentul dalam kawasan parlimen itu dan perkara lain perlu diberi perhatian, Muhyiddin juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan sekaligus bermakna beliau sendiri yang akan menjadi jeneral dalam perang itu jika ianya jadi kenyataan. “Tian Chua boleh cakap apa sahaja tentang usaha kerajaan tetapi kita akan buktikan rakyat lebih penting bukan wakil rakyat pembangkang,” ujarnya. Muhyiddin menjelaskan, bantuan kerajaan termasuk kepada penduduk di Sentul bermakna kerajaan BN tidak memilih kerana yang kepentingan rakyat lebih utama daripada wakil rakyat pembangkang.


Katanya, komitmen kepimpinan kerajaan dan BN untuk menyelesaikan masalah rakyat adalah komitmen yang total dan bukannya separuh hati. Beliau berkata kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pilih kasih, malah sebaliknya memberi jaminan kawasan yang dipegang wakil rakyat parti pembangkang juga akan dibantu. Walaupun pada sidang media kemudian, Muhyiddin enggan mengulas kemungkinan adanya pilihan raya kecil di parlimen Batu kerana tidak mahu membuat andaian sebab kes itu masih di mahkamah, beliau berharap dengan komitmen yang ditunjukkan kerajaan, akan wujud kesedaran baru di kalangan rakyat.


“Rakyat diharap dapat menilai komitmen kerajaan untuk membantu membaiki taraf hidup rakyat jelata serta melaksanakan apa yang diperlukan khasnya daripada segi pembangunan sosial mahupun ekonomi,” katanya.. Mahu perkara lepas dianggap sudah berlalu, Muhyiddin percaya di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pendekatan baru Gagasan 1Malaysia, rakyat mula sedar sebenarnya BN masih mampu untuk melaksanakan apa yang mereka perlukan.


Jelaslah, jika berlaku pilihan raya kcil di Batu kelak, ianya pasti jadi kayu pengukur kepimpinan Najib serta gagasan 1 Malaysia sama ada benar atau tidak rakyat sudah mulai menerimanya. Bagi pembangkang pula, mungkin mereka sayang untuk melepaskan kerusi parlimen Batu kosong untuk ditandingi semula tetapi semua itu boleh mereka tolak kerana ada pihak melihat keputusan Tian Chua itu adalah untuk mengalih tumpuan terhadap perbicaraan kes dakwaan liwat Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim.


Jika tiada lagi usaha-usaha Anwar menghalang perbicaraan itu, kes itu akan mula didengar 25 Januari ini dan pada 27 Januari pula, rayuan Tian Chua pula diketahui. Lagipun mustahil Tian Chua senang-senang mahu mengorbankan kerusi parlimen Batu tetapi demi Anwar, bukan sahaja Tian Chua malah ramai lagi pemimpin PKR sanggup asalkan cita-cita Anwar tercapai.-16/1/2010

Komen Isac;

Apapun hanya masa yang akan menentukannya, walaupun penulis pecaya yang sebenarnya perancangan sememangnya telah dirangka. Samada Tian Chua mahu mengotakan janjinya atau tidak pastinya itu hak beliau, "orang politik" tak terikat dengan janji-janji yang dibuat mereka.

3 comments:

  1. 50:50 juga kalau ada PRK pun..tapi yang pasti BN akan kurangkan majoriti pembangkang sehebat di Manek Urai. Menang boleh tapi kalau ikut situasi sekarang, kenyakinan rakyat masih berjalan..tapi bukan keseluruhan.

    ReplyDelete
  2. Apa pula kelentong UMNO-BN kali ini jika kawasan Batu diadakan p/raya.

    ReplyDelete
  3. AIB,

    Kan TG NA kata "politik itu tipu muslihat"...Sama lah....

    Jangan kali ni, bila nampak nak kalah Pas istihar "jihad" lagi sudah lah...Kuasa ni X bawak mati AIB...Walaupun kita pakai serban....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3