bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Jan 2010

Bila Banyak Rampasan Mercun Maksudnya Raya Cina Dah Dekat!!!!!


Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan (kanan) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Mohamad Zubli Din (kiri) menunjukkan mercun-mercun dan bunga api yang dirampas sebelum sidang media di Pahang, hari ini. Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pahang hari ini menahan dua buah lori yang membawa muatan 4,000 kilogram mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM280,000 di Km 92 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini. -Foto BERNAMASelasa Januari 12, 2010
Kastam Pahang Rampas 4,000 kg Mercun Dari Dua Lori
KUANTAN: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pahang hari ini menahan dua buah lori yang membawa muatan 4,000 kilogram mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM280,000 di Km 92 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini.


Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan berkata sepasukan anggota penguatkuasa menemui mercun dan bunga api itu dalam sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan manakala sebuah lagi lori ditemui dalam kawasan Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Beliau berkata barangan tersebut dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk diedar di sekitar Lembah Klang. -BERNAMA









Komen Isac;

Biasanya selain daripada limau Mandrin, siri rampasan mercun dan bunga api adalah petunjuk yang menunjukkan bahawa Tahun Baru Cina sudah hampir....

Di Segamat, saban tahun apabila TBC hampir tiba, maka masa itu juga datangnya musim angin "sejuk" sepoi-sepoi bahasa bertiup.... Dahulupun penulis tak perasaan perkara ini, tetapi selepas diberitahu oleh seorang sahabat yang berbangsa Tionghua penduduk jati di sini, ianya menjadi ingatan penulis.

Apapun harapan penulis agar kita sama-sama dapat melalui TBC tahun ini dengan aman dan damai sampai bila-bila.....



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3