bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Jan 2010

Macam Mana Masjid & Stadium Nak Runtuh Kalau Binanya Pun "Tidak"....






KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan sesetengah menteri Pusat yang menganggap Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan mengurus wang royalti minyak. Menurutnya, beliau lebih tahu keupayaan pentadbiran negeri yang bersih dari gejala rasuah dan mampu menguruskan wang hasil minyak negeri lebih baik berbanding dengan apa yang dilakukan Barisan Nasional (BN).



“Kami lebih pandai, jauh lebih pandai (dari BN). Kami tak ada rasuah, stadium dan masjid tidak pernah runtuh, yang menyebabkan runtuh itu kerana tidak pandai,” katanya hadir melawat ke Kolej Yayasan Islam Kelantan di sini, semalam. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak memberi wang royalti disebabkan bimbang cara pengurusan Kerajaan Pas Kelantan.




Komen Isac;


Betullah.....Ada ke kerajaan negeri Kelantan (Pas) pernah bina stadium? Rasannya tak pernah nampak.......Stadium kat sanapun cuma ada satu, itupun mungkin dibina oleh BN berapa puluh tahun yang lalu.... Berapa banyak masjid yang pernah dibina oleh kerajaan negeri pula? Rasanya boleh dibilang dengan jari......Kalau sepanjang pemerintahan selama hampir dua dekat ini, rasanya setahun sebuah masjidpun tak ada....



Orang politik ni kadang-kadang jawapan main ikut sedap mulut aje.....:) Saya bukan anti Tok Guru, tapi nak "perli" orang lain agak-agak lah.....Walau bagaimanapun dalam masa yang sama BN juga kena fikir mengapa Stadium ini boleh runtuh dan macamana hendak mengelakkan perkara ini dari berulang!!!!!! Penulis lastik 2 burung gunakan satu batu......

1 comment:

  1. Kerajaan hamPAS Kelantan pernah bina stadium??? Pelik ni, apa nama stadium tu??? Stadium N.Ajis??? Patut la tak pernah 'runtuh', sebab struktur stadium pun halimunan dari pandangan orang UMNO / BN.... dan mungkin juga stadium N.Ajis tu ada dalam syurga penganut hamPAS kut.

    Tapi jangan hairan la, lepas ini mesti ada pencacai mereka spin balik kata2 orang tua nyanyuk tu dan menyatakan itu hanya kiasan, ilmu kiasan N.Ajis ini tinggi sangat, orang biasa tak dapat memahami maksud tersirat Tok Garu tu. Piiiiraaaaahhhhh.......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3