bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Jan 2010

Jenazah Tun Ghazali Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan


Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menaburkan bunga mawar di pusara Allahyarham Tun Ghazali Shafie, 88, selepas upacara pengkebumian jenazah allahyarham di Makam Pahlawan di Masjid Negara di sini, hari ini. Allahyarham yang juga bekas Menteri Dalam Negeri meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya
pada 7.45 malam Ahad. -- fotoBERNAMA

Published: Isnin Januari 25, 2010 MYT 5:11:00 PM
Jenazah Tun Ghazali Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawanhttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/25/mstar_berita/20100125170710&sec=mstar_berita


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia semalam disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara di sini hari ini kira-kira pukul 2.30 petang. Lebih 200 sanak saudara, kenalan dan dif-dif kehormat hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negara.


Antara dif kehormat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan beberapa menteri dan timbalan menteri kabinet lain.


Dilahirkan di Kuala Lipis, Ghazali, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada 7.45 malam. Sebelum itu, jenazah dimandi, dikapan dan disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin, Damansara Utama berhampiran rumah adik perempuan Allahyarham, Datin Yuhanie Shafie, 78, pada kira-kira pukul 10 pagi.


Jenazah Allahyarham turut disembahyangkan selepas solat zohor pada kira-kira 1.30 petang di Masjid Negara dengan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Suasana pilu menyelubungi Makam Pahlawan bila talqin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.







Sedikit Biography Beliau.






Tun Ghazali Shafie lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 22 Mac 1922. Beliau merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.






Pendidikan




Beliau melanjutkan pelajaran di University College of Wales dan London School of Economics.









Politik




Beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan.




Beliau pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.




Dasar luar semasa zaman Tun Abdul Razak diperkukuhkan dengan pembentukan ICG iaitu Majlis Antara Kerajaan-Kerajaan. Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.




Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.




Dari 1993-1995 beliau menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.






Terselamat dalam nahas Cessna




Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik.Ketika mereka dari Kelab Pnerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya. Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh. Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh.








Komen Isac;






Al-Fatihah. Mudah-mudahan roh beliau beliau ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang soleh amin...

1 comment:

  1. Salam Isac,

    Al Fatihah buat beliau......... seorang pejuang bangsa yang tulin....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3