bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Jan 2010

Jerung Politik Vs Jerung Putih Australia - Siapa Menang???

Selasa Januari 5, 2010
Diselamat Ikan Lumba-Lumba Daripada Jerung
Susunan Oleh : NORUTUL ILHAM

Foto 1: Great White Shark


Semasa kejadian, Rob Howes dan anak perempuannya Niccy, 15, serta dua orang lagi rakan mereka iaitu Karina Cooper dan Helen Slade sedang menjalani latihan sebagai penyelamat pantai, 100 meter dari pantai di Ocean Beach.


Mereka mengganggap kejadian itu sebagai pengalaman pahit yang pernah dilaluinya. Menyedari empat perenang itu sedang dalam bahaya ancaman jerung ganas itu, sekumpulan ikan lumba-lumba berkejar datang menyelamatkan mereka. Tujuh ekor ikan lumba-lumba itu mengepung perenang-perenang itu selama 40 minit sehinggalah mereka dapat berenang ke tempat selamat.

Foto 2: Ikan Lumba-Lumba.


Pada awalnya, Howes dan kumpulannya mereka diserang oleh ikan lumba-lumba tersebut. Dia menceritakan bagaimana ikan lumba-lumba itu mula mengepung mereka sehingga mereka terpaksa berpelukan antara satu sama lain. Howes cuba berenang meninggalkan kumpulannya, tetapi dua ekor ikan lumba-lumba yang lebih besar datang menghampirinya sehingga dia terpaksa berkumpul semula dengan rakan-rakannya.

Pada ketika itulah dia ternampakn seekor ikan jerung putih yang besar berukuran 3 meter panjang menuju ke arah mereka. Howes menggiggil ketakutan bila ikan jerung itu berada hanya 2 meter daripadanya dan barulah dia sedar bahawa ikan lumba-lumba itu bukan mahu menyerang mereka, sebaliknya ingin melindungi mereka.

Selama 40 minit kumpulan ikan lumba-lumba itu mengepung mereka, manakala ikan jerung itu pula terus berlegar timbul tenggelam di sekitar mereka. Ikan lumba-lumba itu terus melibas ekor mereka menyebabkan air laut berkocak dan pada waktu yang sama cuba menakutkan ikan jerung itu. Howes dan kumpulannya yakin sepenuhnya bahawa kumpulan ikan lumba-lumba itu memang mahu melindungi mereka daripada menjadi habuan ikan jerung.

Menurut pakar-pakar, ikan lumba-lumba akan menyerang ikan jerung untuk melindungi diri mereka atau anak-anak mereka, sebab itulah mereka datang apabila mengesan keadaan bahaya yang dihadapi oleh kumpulan penyelamat pantai itu.


Kejadian ini bukanlah kali pertama ikan lumba-lumba mendapat sanjungan kerana menyelamatkan manusia daripada ancaman ikan jerung. Menurut mitos Yunani, penulis Herodotus pernah menceritakan bagaimana Arion, seorang pemuzik telah diselamatkan setelah dicampak ke laut oleh kelasi-kelasi kapal. Menurut kisah lagenda itu, Arion telah diusung pulang ke pantai oleh sekumpulan ikan lumba-lumba.

Komen Isac;

Kalau ikan jerung, waima jerung putih Australia sekalipun boleh kita elakkan, setidak-tidaknya jangan pergi ke pantai/laut. Lagipun jerung dan binatang buas yang lain tak pandai nak berlakon, mereka tak tahu nak menipu ataupun pura-pura baik...Tetapi "jerung" politik, mujur lalu melintang patah. Pandai berpura-pura baik, pandai berlakon untuk tarik simpati dan sokongan ramai....

Agak-agak jerung-jerung "politik" yang berlagak "alim" ni kalau dicempakkan kepada jerung putih Australia ni dia orang ni kena "ngap" tak? Yang saya pasti cuma satu, jerung putih ni tak pandai nak "meliwat"... tetapi "Jerung" politik yang berlagak alim, belum tentu lagi.....

2 comments:

  1. SALAM BRO ISAC..

    BANYAK ILMUNYA BRO ISAC NI..

    ARTIKEL POLITIK BOLEH
    ARTIKEL TEKNIKAL BOLEH
    ARTIKEL PESAWAT BOLEH
    ARTIKEL MINYAK BOLEH
    SEKARANG ARTIKEL JERUNG PULA..HEHEHE

    BAGUS BRO..TERUSKAN USAHA..BLOG PUN DAH SEMAKIN MANTAP DAN IMPROVE..TAPI MASIH ADA LOADING SIKIT-SIKIT..

    OH YA FASAL JERUNG..MEMANG JERUNG POLITK SAMA GANASNYA DENGAN JERUNG PUTIH..MAIN NGAP AJE TANPA BELAS KESIAN..

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,
    Memang benar spt kata Abang Tuah bahawa blog semakin mantap. Tapi keberanian bro menulis isu kali memang harus saya puji. Tahniah dan selamat maju jaya. Kadang-kadang Guru kita pun harus kita tentang, kadang-kadang abang kita pun harus kita tewaskan ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3