bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Jan 2010

DS Ir. Nizar Masih Dibuai Mimpi....


Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak
Rahmah GhazaliJan 20, 102:26pm


Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman. Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu. Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.




Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN). Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman. "Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.



Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang. Sidang media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.



Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri. Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Komen Isac;
Penulis simpati dengan DS Ir. Nizar, yalah sememangnya bukan senang untuk menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan jawatannya yang baru dipegang selama 10 bulan....Berada di "puncak dunia" dan tiba-tiba terhampas ke tanah, tidak semua manusia yang mampu menghadapi situasi serperti sedemikian....
Walaubagaimanapun berharap agar Dato' Dr Zamby melepaskan jawatannya dan memberi laluan kepada pilihanraya DUN Perak adalah suatu mimpi di siang hari....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3