bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Jan 2010

Gara-gara "Cah Keting" Dalam Pas TGNA Hampir2 "Pancong" TG Hj Hadi dan Rakan2....


TG Nik Aziz akui 'cah keting' berlaku dalam PAS.


KOTA BHARU 16 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut. Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting' semalam.


''Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah. ''Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat Kepada Pesakit Kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan di sini hari ini.


Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'. Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).







Komen Isac;






A ah....gara-gara puak "cah keting" ini juga lah TG Nik Aziz hampir-hampir memancong bukan sahaja TG Haji Hadi tetapi juga Ustaz Nasha, Dato' Mustafa dan Dr. Hassan sakali. Mudah-mudahan TG Nik Aiziz semakin sedar siapakah wajah-wajah "cah keting" disekelilingnya dan apa yang beliau perlu lakukan demi perpaduan umat. Pas perlu benar-benar mencerminkan diri sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3