bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jan 2010

Royalti Minyak Kelantan - Tengku Razaleigh Dijanjikan Jawatan Ketua Pembangkang???


Kenyataan Ku Li bertentangan pendirian beliau 10 tahun dulu
30/01/2010 4:21pm
Oleh Rodelio Junjun Taucan


BACHOK 30 Jan. - Kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Kelantan berhak untuk mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus daripada kerajaan Pusat adalah bertentangan dengan pendirian beliau lebih 10 tahun lalu. Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pada masa itu, Tengku Razaleigh adalah pemimpin yang paling lantang menafikan hak Terengganu ketika pemimpin Pas di negeri itu mengemukakan tuntutan sama.



Merujuk kepada laporan beberapa akhbar pada tahun 2000, Awang Adek berkata, Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Pengerusi Petronas tahu setiap perjanjian berhubung pengeluaran minyak dan gas di perairan negara ini yang mana kerajaan negeri memang tidak mempunyai hak. "Waktu itu katanya kerajaan Terengganu memang tidak ada hak untuk dapat royalti. Memang dalam perjanjian Petronas beliau tahu minyak yang dijumpai di luar 5.5 kilometer (tiga batu nautika) dari perairan bukan hak kerajaan negeri.



"Jadi sebagai seorang negarawan, kenapa Terengganu tidak boleh tapi Kelantan boleh. kalau beliau kata mempunyai hak bersuara, saya juga berhak dan pendekatan saya adalah memperingatkan kembali apa yang telah dikatakan oleh beliau sebelum ini," katanya kepada pemberita di Tangok, Bachok di sini hari ini.
Awang Adek turut membawa rujukan berupa salinan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 November 2000 bertajuk, Minyak: Penjelasan Ku Li. Dalam laporan itu, Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan Pas Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang ihsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu.
- Utusan




Komen Isac;



Penulis melihat perkara ini sememangnya sengaja dipolitikkan. Dipihak BN mereka melihat jika diberikan wang hasil minyak untuk ditadbir urus oleh kerajaan negeri pimpinan Pas, pastinya akan "menguntungkan" Pas. Sudah pasti jika kerjaan Pas Kelantan berjaya membangunan dan memajukan Kelantan secara sendiri peluang untuk merampasnya semula daripada Pas tidak akan kesampaian selama-lamanya.



Selama inipun TG Nik Aziz selalu mencanangkan, "untuk apa mengundi BN, kerana pembangunan tetap diberikan oleh kerajaan pusat, itu tanggung-jawab pusat", katanya. Dakwaan TGNA ada benarnya kerana dalam RM ke 9, negeri Kelantan mendapat peruntukan RM 7.8 billion, iaitu jumlah terbesar untuk sesebuah negeri. Walau bagaimanapun tidakkah rakyaat Kelantan sedar bahawa kata-kata seperti itu berbau angkuh dan tidak sesuai untuk keluar dari mulut seorang TG apalagi apabila beliau sendiri tidak mampu membangunkan Kelantan.



Secara undang-undang Kerajaan negeri sememangnya tidak berhak untuk menuntut hasil minyak tersebut, tetapi isu ini telah dimainkan oleh Pas/Pakatan sebegitu rupa untuk menagih simpati dan sokongan rayaat Kelantan yang pastinya begitu dahagakan pembangunan dan kemakmuran ekonomi yang tidak pernah mereka kecapi selama ini. Tentunya kemakmuran & kemewahan negeri jiran, Terengganu menjadi impian mereka. Apabila YB Husam mengumumkan Kelantan akan memperoleh RM 1 Billion hasil royalti minyak yang kononnya telah dinafikan hak mereka oleh kerajaan pusat, pastinya rakyat Kelantan begitu teruja dan Pas/Pakatan dengan mudah dapat meraih simpati dan sokongan padu rakyaat Kelantan.



Isu hak mutlak atau wang hasil minyak tersebut adalah sebenarnya ikhsan kerajaan pusat tenggelam begitu sahaja dan yang timbul adalah semangat kenegerian yang membuak-buak kerana kononnya mahu membela negeri mereka yang tertindas. Permainan emosi ini disertai dengan penonjolan imej Tok Guru dan perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam akan dengan mudah mempengaruhi mereka.



Tiada faedahnya BN terus memainkan isu ini kerana penulis tidak nampak BN akan dapat mengalahkan permainan politik yang disulami dengan semangat kenegerian dan imej "wali" Tok Guru yang ditonjolkan oleh Pas. Sebaiknya biarkanlah Kelantan dengan caranya, lagipun pemimpin-pemimpin Umno Kelantan sememangnya tidak pernah bersatu. Jestru selagi ianya tidak diperbetulkan secara matematiknya Umno langsung tidak mempunyai harapan. Nampaknya mempolitikkan isu "Royalti Minyak" di Kelantan hanya akan menguntungkan Pas.



Berbalik kepada Ku Li, adakah "bantuannya" dalam isu ini adalah kerana beliau telah ditawarkan jawatan DSAI (Ketua Pembangkang) sekiranya DSAI dipenjarakan kerana kes liwatnya? Maka cita-cita 20 tahun dahulu untuk menjadi PM seakan-akan terhidang di depan mata? Jestru itu peduli apa dengan fakta, peduli apa dengan percanggahan kenyataan yang pernah beliau sendiri ucapkan ketika isu minyak Terengganu dibahaskan!!!!! Cakap orang politik sememangnya tidak boleh dipegang, berubah mengikut keperluan. Apapun cuma Ku Li sahaja yang ada jawapannya.....

3 comments:

  1. SALAM BRO ISAC..

    SATU HASIL PENULISAN YANG BAIK LAGI BERINFORMATIF..

    CUMA SATU SAHAJA KOMEN TERHADAP PAS NEGERI KELANTAN..MEREKA LANGSUNG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH DAN TIDAK TAHU BERSYUKOR.

    ReplyDelete
  2. Harap jangan ada yg jadi PENGAMPU DAN PENDERHAKA di Negeri Sendiri

    ReplyDelete
  3. Terimakasih kepada Abg Tuah kerana sudi singgah.


    Kepada Anon, January 31, 2010 10:51 PM dalam maksud tuan hamba tu....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3