bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Jan 2010

Dulu Giliran Umno Menjawab, Sekarang Giliran Pas Pula..........



http://www.malaysiakini.com/news/122184
Bazar Tok Guru: Husam saran siasat exco dahulu
Jimadie Shah OthmanJan 18, 1012:27pm



kemaskini 3.34pm Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong saranan supaya kebocoran maklumat mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru disiasat bagi mengelakkan ada mana-mana pihak "menjadi mangsa permainan". Dan beliau menyarankan supaya Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memulakan siasatan dengan memanggil anggota exco terlebih dahulu.Ini ekoran maklumat tersebut didedahkan oleh penulis blog Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang diketahui umum pernah rapat dengan Husam. Syed Azidi dilapor mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta.Dan kelmarin, exco kerajaan tempatan Datuk Takiyuddin Hassan meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat itu, kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).Mengulas mengenainya, Husam berkata, siasatan tersebut dapat mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari, berhubung perkara itu."Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong," tulis Husam dalam blognya Cetusan Hati kelmarin."Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya.



"Ia boleh bermula dengan ahli exco sendiri supaya ia (tuduh-menuduh) tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka (sesama sendiri)," tulisnya lagi. Menceritakan latar belakang pembinaan bazar berkenaan, Husam berkata, PMBK dan Sensatimur menandatangani perjanjian bagi membina sebuah kompleks perniagaan tiga tingkat untuk menempatkan peniaga daripada Arked Uda dan Bazar MPKB.Menurut perjanjian tersebut, tambahnya, tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM40 juta diserahkan kepada PMBK. Sensatimur pula diberikan tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut yang bernilai RM23 juta. Menurut pendedahan Syed Azidi bulan lalu, menjelang pilihan raya umum Mac 2008, menteri besar telah bersetuju memberikan ruang perniagaan kepada peniaga di tingkat bawah bazar. Perjanjian asal tidak menyatakan Sensatimur akan memiliki premis tingkat bawah tersebut, tulisnya.Kelmarin, Nik Abdul Aziz dilaporkan mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta - yang sedang dibina - daripada Sensatimur disebabkan oleh masalah teknikal, demi menjaga kepentingan peniaga. Husam di blognya itu turut membayangkan maklumat yang didedahkan Syed Azidi bukanlah rahsia kerana perbincangan projek tersebut melibatkan banyak pihak.



"Pertama, ia dibincang oleh jawatankuasa (yang dibentuk kerajaan negeri). Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. "(Oleh) kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Wakil PMBK juga mungkin hadir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK," tulisnya lagi.Dalam perkembangan berkaitan, Syed Azidi dilihat mempertahankan Husam kerana menurutnya, beliau "akrab dengan hampir semua barisan exco kerajaan negeri." "Oleh yang demikian, hampir semua mereka boleh dituduh sebagai suspek yang membocorkan rahsia kerajaan negeri kepada saya, termasuklah YB Datuk Takiyuddin sendiri. "Yang jelas, bukan YB Datuk Husam yang memberi maklumat itu kepada saya," tulisnya semalam, dipercayai untuk mempertahankan mantan naib presiden PAS itu. Syed Azidi juga mempersoalkan sama ada kenyataan Takiyuddin mewakili pendirian PAS, sedangkan parti itu "sudah lama menentang penggunaan OSA".




Komen Isac;



Dunia ini ibarat roda, sekali kita di atas esok lusa kita kat bawah pula....Semalam kita dok kata orang "makan duit" hari ni orang akan mempertikaikan kita pula.....


Tak apa, yang penting kita ambillah iktibar......Rakyaat pun boleh menilai sendiri yang mana intan dan yang mana permata.....Lepas ini kita ada tiga lagi negeri yang boleh dijadikan perbandingan iaitu pentadbiran negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Nampak gayanya dengan bantuan teknologi IT, memudahkan kerja SPRM.....


Tunggu sahaja laporan dalam media dan boleh mulakan siasatan..... Mungkin SPRM yang selama ini di"anjing"kan oleh para pembangkang, kini berpeluang untuk mengenali "hati-budi" pembangkang yang "terbabit" dengan kes-kes yang sedang hangat sekarang.

3 comments:

  1. You orang baru tau ke yang langit tu tinggi ?

    ReplyDelete
  2. saya cadangkan supaya nik aziz gunakan doa keramatnya utk mengetahui siapakah yg membocorkan rahsia kerajaan negeri kelantan...nik aziz harus memohon doa kerana perkara ini boleh menjejaskan keria nik aziz sebagai menteri besar kelantan...harap2 nik aziz sekali lagi memanggil rakyat kelantan berhimpun ditengah2 kws lapang utk mengaminkan doa bala kpd musuhnya....

    ReplyDelete
  3. Salam MT, tahu sebab tak tercapai tangan....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3