bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Jan 2010

Aduka Telah Didakwa, Bagaimana Pula Dengan Penghinaan Yang Dilakukan Oleh Bukan Melayu???



http://www.malaysiakini.com/news/123239
Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa
Darwis ZainalJan 29, 103:42pm


Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor. Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu. Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.


Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000. Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok. Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin. Khairul Nizam kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah. Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.




Komen Isac;



Apa yang dialami oleh "Aduka" samalah seperti pepatah Melayu, "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Aduka telah didakwa selayaknya, tetapi bagaimana pula dengan penghinaan yang dilakukan oleh bukan bumiputera yang menghina perlembagaan, sultan dan undang-undang negara? Mengapa mereka ini tidak diseret sekali? Adakah kerana Aduka orang Melayu, tak ada duit maka lebih mudah untuk mengambil tindakan terhadapnya?
Undang-undang kita akan menjadi bahan ketawa apabila hanya orang-orang Melayu sahaja yang ditangkap, baik dalam kes pijak kepala lembu, hina Sultan, bakar gereja dan lain-lain lagi tetapi "orang lain" bakar surau, baling kepala babi di masjid, hina azan dan lain-lain bebas sebebasnya.... Menteri dalam negeri, Polis dan Peguam Negara perlu berbuat sesuatu!!!

5 comments:

  1. Harap2 jangan ada khalid samad versi UMNO. Lebih sayangkan bangsa asing dari bangsa sendiri. Saksama la.... yang komen melayu dan bukan melayu tapi bila naik mahkamah melayu jer... yang bukan melayu... ape cer...????? Ni nak menyirap darah nie...

    ReplyDelete
  2. Slm,kita ni umpama anak sendiri diabaikan,kera dihutan disusukan,depa takut hilang undi dr kafir laknatullah tp depa xtakut hilang undi kita,xphm2 lg antara faktor yg menyebabkan 5 negeri tumbang adalah apabila undi melayu lari kepembangkang,kali ni klu x jaga lg org2 melayu x kluaq langsung mengundi baru depa tau,baru sama2 susah,ini tanah melayu bertunjangkan islam tp kita tunduk kat kafir harbi,takut apa?kenapa nak bias dgn bangsa ngan agama sendiri.Menteri2 yg penakut stakat nak bg amaran tu ,amaran ni, baik letak jawatan,jgn nak berumah ditepi pantai klu takut dilambung ombak.Penang bangkit!

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula penghinaan terhadap sultan di terengganu??

    ReplyDelete
  4. PENDEKAR BUKIT TINGGI30 January 2010 at 16:56

    ITS a WRONG choice of words,apa yang ADUKA TARUNA telah buat...Mungkin kerana tidak peka, mungkin kerana tidak ada perasaan,mungkin tak faham sejarah...ya,mungkin tak faham sejarah...

    DiMalaysia ni,yang faham tentang sejarah KESULTANAN MELAYU,yg faham tentang cerita2 sejarah diraja dan kesultanan Melayu,adalah didalam lingkungan 40 tahun ke 90 tahun.
    Itu pun kerana mereka ni banyak belajar sejarah Raja2 Melayu,banyak menonton cerita2 Melayu yang memaparkan suasana DiRaja(cerita2
    filem P Ramlee dsb),berada dlm situasi dimana budaya hormat kpd SULTAN & RAJA,masih tebal..
    Jadi,bagi Aduka Taruna yg 29 tahun ni,memang dia tak ada FEEL pada apa itu INSTITUSI DIRAJA.
    MUNGKIN Aduka Taruna tak langsung ambil peduli
    tentang sejarah....sejarah pemerintahan orang
    Melayu selama 111 tahun(1400-1511) diMelaka dan
    selama lebih 400 tahun(1511-1941)bagi Sultan2 di-Perak,Kedah,Trengganu,Kelantan,Pasai,Sulu,
    Brunei,Majapahit,Sumatra dsb..(lihat blog Raja Menangis,MistisFiles..)
    Menghukum seseorang ada "KEALPAAN" mereka,sama lah macam menghukum seseorang yang bermasalah
    mental...sepatutnya kita perlu RAWATPULIH dan kaji punca2 timbulnya perasaan anti-Sultan atau
    anti apa apa pun....!!
    1)Ingat tak satu ketika di Kuala Terengganu???dimana satu sepanduk anti Sultan Trengganu???"Sultan....B***###".....
    2)Tahun lepas,seorang budak Cina Muar kutuk negara Malaysia melalui lagu Negara-ku didalam internet...tapi cuma dimaafkan begitu saja....
    3)Blog Ketua Pemuda DAP,Loke Siow Fool,MP Rasah, Negeri Sembilan,mengutuk ISLAM kerana marah kpd Dr.Riduan Tee.Blog(5 Juta hit)segera ditutup...!!
    Siow Fool dipanggil polis tapi tak ada apa apa pun..!!!Sepatutnya ada yg bertanggungjawap ditangkap,reman dan di-bawa keMahkamah...tapi???

    INGAT TAK????soo...JANGAN kita DOUBLE Standard!

    ReplyDelete
  5. Salam ISAC,

    itu juga yang saya lihat seolah-olah menidakkan hak rakyat biasa untuk bersuara. Kalau orang politik yang buat benda macam Aduka buat, saya rasa mereka pasti terlepas tetapi bila rakyat biasa yang melakukannya secepat kilat tindakan dibuat.

    Dulu bukan tidak pernah orang biasa menghina Raja atau Sultan, dalam Pakatan Haram saja berapa orang yang saya tahu telah menghina Sultan Perak..tetapi mana ada tindakan diambil. Dan begitu juga kalau kaum bukan Bumiputera yang buat hal, jarang kita melihat mereka dikenakan tindakan sebagaimana Aduka terpaksa terima.

    saya walaupun sama sekali tidak menyokong apa yang telah dibuat oleh Aduka yang jelas telah menghina Almarhum Sultan Johor...tetapi dari segi keadilan dalam bertindak oleh pihak berwajib terhadap sesiapa juga biarlah tindakan itu samarata.. saya juga berhak punya rasa simpati terhadap Aduka sebab dia adalah sebahagian daripada kaum Bumiputera dalam negara ini dan kita juga harus akui bahawa setiap insan yang ada dimuka bumi ini memang tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan, maka berilah ruang dan peluang kepada mereka yang telah melakukan kesilapan untuk memperbaiki kelemahan diri... hidup ini umpama roda-roda.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3