bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Jan 2010

PKR Hanya Mempunyai Seorang Ahli "Melayu/Islam" ???


"Zaid mahu Zul dipecat...Anwar kata Zul dah cross the line..." Semua itu gara-gara YB Zulkifli mempertahankan Raja-raja Melayu dan kesucian Agama Islam. Ironinya beliau bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana cuba mempertahankan perlembagaan negara dan saranan tersebut dibuat oleh pemimpin-pimpinan PKR yang berketurunan Melayu yang juga beragama Islam.
Jika perkara yang dialami oleh YB Zul ini berlaku terhadap anggota Parti Tindakan Rakyaat (People's Action Party - PAP), Republik Singapura, penulis mungkin boleh memahaminya kerana ia berlawanan dengan aspirasi parti dan negara tersebut, tetapi apabila ia berlaku di negara ini di mana perkara yang diperjuangkan selari dengan aspirasi dan perlembagaan negara, penulis hanya mampu mengurut dada dan beristifar....

Memang sedih kerana nampaknya seperti juga Dr. Hasan Ali di dalam PAS, YB Zulkifli di dalam PKR dilihat berseorangan menongkah arus di dalam usahanya untuk memertabatkan maruah agama dan bangsa di negara sendiri.
Sekiranya perjuangan beliau ikhlas, penulis percaya mejoriti orang-orang Melayu dan Islam di negara ini pasti sedia berdiri teguh di belakangnya.


3 comments:

  1. Habis tu, apa YB Zul tunggu lagi??? Berapa lama mahu bersekongkol dengan Parti Kufurkan rakyat tu????

    Cakap saja la.... akhirnya semua ini adalah drama untuk menutup 'kemaluan' AnWAR je.

    ReplyDelete
  2. ...usahanya untuk memertabatkan maruah agama dan bangsa di negara sendiri.

    biar betul...selagi mereka masih bersekongkol dgn anvar yg terang2 nak menjatuhkan kuasa melayu islam UMNO,takda apa yg patut kita banggakan pd zul ni. Org UMNO jgn mudah leka dgn drama bersiri puak ni. Kenapa zul kulim tak saman aje bosnya sendiri yg juga membenarkan kalimah Allah digunakan gereja ?!!

    Kalau nak memartabatkan agama, jadilah BEBAS jgn asyik nak berdrama samarenda.

    ReplyDelete
  3. blalah umat islam nak sedar..haish

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3